http://i248.photobucket.com/albums/gg194/xairiey/assalaamualaikum11.gif

SelAmaT berSua waHai shBAt2ku~ akU tidAk taHu baGaimana nak muLakAn bLog iNi.. tAk paNdai naK ber'BLOG'.. haha~ dAn sEbEnaRnyA sEkaDar caTatAn peRibaDi dAn tiDak aDa keNa meNgenA dEnGan seSiaPa yEr~~ peace~~!

~Ahlan Wsahlan Wa Marhaban Bikum~

Selasa, 9 Julai 2019

Mencari Travel Buddies

Tips and Tricks mencari Travel Buddies

***************************************************

Hi, Salam.

Sudah lama rasanya saya tak menulis berkenaan perkongsian tips dan tricks. Hari ni gatal pulak tangan saya nak share sikit pasal tips and tricks berkenaan pemilihan travel buddies.

Ramai yang update dapat bad experience dengan travel buddies masing-masing bila travel ibarat seperti kaca terhempas ke batu. Tapi ramai juga yang dapat best experience dengan travel buddies mereka ibarat siang menjadi angan-angan malam menjadi mimpi. Chewah!

Perkongsian saya hari ni sebenarnya nak share sikit berkenaan dengan tips dan tricks macamana nak pilih travel buddies sebelum memulakan satu-satu trip. Semoga bermanfaat untuk semua.

1) Nombor satu, kenal pasti ciri anda. Tanpa kenal diri, macamana nak kenal orang lain. Ye dak? Maksud kenal diri disini ialah, kenal behaviour travel anda. Anda ni jenis dominant atau passive. Kalo anda jenis dominant, pasti kan travel buddies anda jenis submissive. Kalo tak, akan ada conflicts bila travel nanti. Kan susah!

Apa yang di maksudkan dengan dominant? Dominan ni bermaksud anda jenis berkuasa atau mempunyai pengaruh kuat. Passive atau submissive ni bermaksud pengikut means kalo travel, korang jadi tukang ikut je nanti dan bukan bermaksud anda seperti lembu di cucuk hidung ya. Bukan.

So bila anda dominant, make sure travel buddies anda passive. Jadi semua benda anda boleh aturkan. Kalo anda jenis submissive pula, anda boleh follow mana-mana trip yang travel buddies dominant organise. Percayalah, pasti senang hidup anda.

Jika, both dominant, sila buat perbincangan yang betul-betul sebelum berlangsungnya trip. Siapa nak atur kan itinerary, siapa nak pilih accommodation, waima nak naik airlines apa sekali pun. Semua tu kene take into account. Contohnya kalau korang travel dua cities, satu si A yang buat itinerary and satu lagi si B pula yang buat. Jadi, disitu korang boleh minimise conflict. Pepatah melayu ada mengatakan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

2) Kenali financial anda dan financial travel buddies anda. Kalo anda jenis bajet rendah untuk semua perkara, silalah travel dengan orang yang sama level bajet juga dengan anda, nanti dikhuatiri berlaku conflict semasa travel. Orang cakap enggang sama enggang, pipit sama pipit. Unless korang ni dapat travel dengan helang yang mana tak kisah pasal bajet, itu tak jadi masalah.

Solusinya bila travel antara si pipit dan enggang, sila mentioned awal-awal how much your budget and what to spend so that enggang tak high expectations dari korang.

3) Kenali style travelling anda seperti fully backpacker ke, bawak backpack tapi stay hotel ke, bawak bag trolley tapi stay hostel ke atau jenis luxury traveler. Bila dah kenal diri, maka pilih lah travel buddies yang paling sesuai supaya tak ada conflict masa pemilihan accommodation nanti supaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Saya pernah travel mix luxury dan backpacker ya. Pernah ada kes, ada travel buddies yang decided nak dok hostel, dan pada masa yang sama travel buddies lain menginap di hotel berbintang empat. Some naik train first class, some pulak hop train 3rd class. So, benda ni tak jadi masalah sebenarnya asalkan all parties selesa dan ada sefahaman dan bukan kaki dengki dengan ahli yang lain.

4) Setelah semua ciri diatas dikenal pasti, now kita move ke part penting dalam travel, iaitu itinerary. First thing, tanya travel buddies korang, apa dia expect atau apa outcome bila trip nanti? Ada orang suka cities, ada yang suka scenery, muzium, arts, food, culture dan macam-macam.

Dari sini korang bole sort mana attractions yang patut skip, mana yang patut focus supaya semua orang rasa adil dan saksama. Orang tua-tua cakap, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

5) Bila itinerary dah siap, now masa untuk beli tiket flight pulak. Ingat tak semua orang suka naik low cost airlines dan tak semua orang suka membazir untuk tiket mahal.

Untuk conflict macam ni, solution dia, korang bole berpisah naik flight asing-asing je senang. Nanti jumpa balik kat airport atau jumpa kat hotel je kan lagi senang.

"Ala tak best la travel asing-asing". Eh, tak de masalah sebenarnya. Tujuan kita travel adalah destinasi yang nak dituju. Bukan naik flights sama - sama bertujuan untuk selfie dalam kapal terbang.

Saya biasanya minta travel buddy jumpa kat hotel je. Pergi asing-asing, balik asing-asing. Some trips, jumpa kat arrival destination airport.

6) Itinerary dah, ticket flight dah. Apa kata korang tanya travel buddy korang pasal makanan pulak. Meal biasanya masak ke, bawak instant food ke, atau makan saja kat mana-mana restaurant, janji kedai tu halal.

Ingat, pasal makanan pon boleh ada issue tau. Ada yang cakap nak jimat masa, masak untuk breakfast dan dinner. Makan kat luar untuk lunch je. Ada juga jenis ikat Perut during lunch, dan tak lupa juga yang memang jenis makan kat luar all the time. Ada yang jenis nak save budget, ada juga yang memang tak selera nak makan makanan asing. Jadi, identify behavior permakan travel buddy korang.

Ingat, nak masak juga consume time, consume energy. Jadi, perlu berhati-hati dan selidik dulu travel buddies korang ni jenis macam mana.

Benda simple je dan bole bawa bincang. Jadi, berbincang lah sesama korang.

7) Timing. Ni the most crucial part bila travel dengan travel buddy. Kenali pasangan anda. Ada yang jenis kaki make up sejam, ada yang jenis bangun lambat, ada yang jenis bila shopping lupa dunia, ada yang pantang jumpa benda pelik wajib singgah dan macam-macam lagi ragam manusia.

Jadi, deal lah dari awal. Make sure korang prepare 30-40 minit buffer untuk mengelakkan sakit hati bila travel buddy lambat nanti.

Psssttt, aku suka bangun lambat. Tapi kalo suruh bangun 5 am untuk keluar berjalan-jalan, i have no problems at all as long as not every day 🙊.

8) Next part ialah waktu untuk keluar berjalan, bersiar-siar atau melawat attractions. Ada traveler suka keluar seawal pagi, ada yang suka keluar lambat, ada yang suka keluar awal dan balik awal, ada yang suka keluar lambat dan balik lambat dan ada juga yang keluar keluar pagi-pagi lepas tu balik rehat, refresh dan keluar balik pada belah malam nya.

Benda nampak kecik ya, tapi kalo jenis travel dengan kaki bawang, benda macam ni pon bole jadi masalah besar.

Kes aku, aku prefer keluar sekali je, dah penat baru balik. Dan aku tak suka keluar awal pagi melainkan, keadaan yang memerlukan untuk keluar awal pagi.

9) Ground transport. Bila travel, please kaji dulu ground transport tempat yang korang nak pergi. Accessible by public transport ke, senang dapat e-hailing car ke, senang dapat taxi ke atau boleh jalan kaki je nak visit attractions.

So, dari sini bole discuss method of transportation yang korang dan travel buddy prefer. Ada yang suka jalan kaki je, ada yang suka naik Public transport, dan ada yang suka naik taxi. Senang katanya. Door to door. Apa-apa pon, tepuk poket, tanya bajet.

10) Last but not least, ada banyak lagi korang kene kaji seperti kaki OOTD, kaki shopping, kaki minum, kaki tidur dan macam-macam kaki lagi.

Itu atas budi bicara korang. Kalo korang selesa, walaupun travel dengan kaki dadah sekali pun, why not? Yang penting selesa dan sekepala. Betul tak? Ibarat kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. 

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, marilah kita memulakan pengembaraan kita dengan lafaz bismillah. Semoga mendapat kebahagiaan dan kegembiraan sehingga selepas trip nanti. Amin.

Sekian dari saya,

C/p from:
Oren Katique
Pengembara Sepenuh Masa

Sabtu, 12 Disember 2015

perasaan jer~

12/12/15 – 3.00 pagi
Malaysia – UIAM

Bismillah..
Dengan nama Allah aku tulis dan dengan namaNya aku memohon pertolongan dan kasih sayang..

Entah mengapa mata masih belum mahu terlelap.. fikiran pula jauh melayang.. sehingga aku sendiri pun tak tahu apa yang aku fikirkan.. segalanya bersimpang siur.. kadang-kadang rasa semangat, rasa gembira, rasa sunyi, rasa tertekan, rasa tiada apa2.. haa.. tidak tahuu.. maaflah jika penulisan aku kali ni xde manfaat sangat.. sekadar melepaskan apa yg membelenggu fikiran sahaja.. kadang2 hal kecil pun boleh buat aku sedih, lemahnya diri ini.. tidak! Aku MESTI kuat! Dan aku memang KUAT! Masih mencari diri yang sebenar.. apa yang aku nak kecapi dalam hidup dunia sementara ini?? Apa yang aku nak sebenarnya?? Segalanya bermain di fikiran.. meratapi hidup yang penuh pancaroba.. Jgn bimbang! Hadapi sahaja dengan tenang~~

Siapa teman kita.. siapa sahabat kita.. siapa di sisi kita yang mencorakkan diri kita.. aku bersyukur di kurniakan teman2 yang baik.. Cuma syaitan sentiasa membisik kepadaku untuk sentiasa “terasa hati” dalam berteman ini. Padahal, itu hanyalah perasaan dan bisikan yg mencemburui.. kadangkala aku di salah ertikan persahabatan itu.. entah.. aku pun xtahu nak cakap.. mungkin aku yang keterlaluan atau memang diri aku x disenangi.. Ahh~ saja ja nk lontarkan.. x betul pun.. haa~

Saban hari Allah memberikan kepadaku rakan yg datang dan pergi.. satu ketika, dialah temanku saat itu, dan aku rasakan itulah teman yg sanggup susah senang bersamaku sebagai sahabat.. tetapi akhirnya dia pergi… datang pla sahabat yg lain atas sebab tertentu.. habis sebab itu, berlalulah dia tanpa khabar berita lagi.. begitulah yang dilalui sepanjang hari demi hari.. Rilek!! Sahabat yg baik sentiasa ada.. haha~ Cuma biasalah, masing2 sudah ada tugasan dan tanggungjawab masing2.. aku juga mungkin menjadi teman dalam situasi2 yang sama.. berlalu pergi tanpa khabar.. Apa alasan aku? Begitu juga dia.. salamatussodri akh! (berlapang dada saudara!).. haha~ ya! Xde hal lah..

Sebab tu, aku bertekad selagi peluang masih ada untuk mencari seorang teman seumur hidup aku yang benar2 boleh menjadi teman, kawan dan sahabat aku sampai aku mati.. haha~ kalian tahu lah siapa yang aku maksudkan.. itulah seorang isteri, yg juga org paling rapat dengan aku disaat aku tidur dan jaga.. dia yang menyempurnakan diri aku dalam kehidupan dunia ini dan kehidupan akhirat nanti.. berusaha bersama untuk ke syurga Allah dengan anak2 yang soleh solehah yang sentiasa mendoakan untuk ibu dan ayahnya~ itu sahaja dunia.. sebab kehidupan sebenar di akhirat nanti yg selama2nya.. kan??

Itu impian aku.. dan mungkin impian kalian juga kan?

Hanya doa jer dulu yang mampu aku tadahkan untuk merealitikan impian ini. Disamping aku mencari.. dan terus mencari.. sebenar si dia dah ada disekeliling kita sahaja.. mungkin telah bertemu.. haha~ tapi kita masih tidak mengetahui.. kita hnya akan tahu di saat akad dilafazkan..itulah yg betul2.. haha.. right??

So, bersabarlah untuk tunggu saat itu.. bagaimanapun dia di saat itu, itulah segala2nya bagi kita.. itulah teman seumur hidupkita.. itulah sahabat susah senang kita.. itu kawan gurau senda kita.. tpi bisakah dia hidup dengan kita? Selalu bermain persoalan ini dalam fikiran.. membayangkan sesuatu yg tak terjangkau dek fikiran kerana itu adalah masa depan.. masa depan kita mampu merancang, tapi kita xtahu realitinya.. mungkin xseperti kita bayangkan.. jika lebih baik, Alhamdulillah.. jika sebaliknya, sebagai ujian kepada kita.. mohon lah sungguh2 kepada Allah supaya berikan kepada kita yang terbaik.. aishh~ jgn silap faham maksud yg terbaik itu! Yg terbaik itu adalah terbaik untuk diri kita.. bukan terbaik pada pandangan orang.. kadang2 terbaik pada pandangan org, x semestinya terbaik kepada diri kita.. contoh: bagi dia pekerjaan yg terbaik adalah menjadi seorang doctor.. tpi bgi kita tak.. kerana kita merasakan yg terbaik itu adalah perniagaan.. begitulah analoginya.. haha~

Ok lah~

Sesaje nak lontarkan perkara nie… berdoalah banyak2 kepada Allah.. itu sahaja jalanNya buat masa ini. Siapa pun di sekeliling kita, hargailah.. nanti bila dia tiada, kamu pasti merinduinya.. baik buruk dia itulah diri dia.. kita sebagai temannya yg melengkapinya sebagai teman.. jangan di pandang org lain, tapi lihat dulu diri kita.. lihat cermin, bercakaplah kepada diri.. segala persoalan dalam fikiran lontarkan kepada diri.. dan cubalah menjawab segala persoalan itu dengan cara yang paling berhikmah.. nescaya kita akan dapat jawapannya.. ini yg di panggil sebagai muhasabah.. haha~ ikut lah nk muhasabah ape pun.. muhasabah cinta.. muhasabah keyakinan diri.. muhasabah kerja.. muhasabah apa2 sahaj lah..

Ok2~

Haa.. dah 2 kali ok dah.. so, setakat ni sje lah dulu omongan aku ni.. haa~ spe yg bace tu, xde kena mengena dengan sesape yer.. saya, sharafi memohon jutaan kemaafan jika ada salah silap, khilaf dalam tindakan, tutur bicara dan segalanya sepanjang perkenalan kita.. entah kenapa rasa sebak sangat.. rasa terlalu sunyi.. arghh! Perasaan je tu! Jgn di layan.. ok2~ selamat2.. aku sentiasa doakan semua teman2 dan yg mengenaliku sentiasa sihat, happy dan di permudahkan segala urusan.. walaupun tiada khabar diriku, tapi doaku sentiasa untuk kalian.. dan aku sentiasa menunggu khabar kalian~ maafkan aku xmenjadi teman yg perfect untuk kalian kerana aku tidak perfect~
Ok.. jom beristirehat dulu..


Wassalam..

Khamis, 10 Disember 2015

Rilek jer bila terlalu sibuk..

Assalamualaikum wbt...
Ape khabar semua.. Semoga sentiasa sihat jer..

Hari ni 10/12/15, dah hmpir ke pnghujung 2015... 2015 bakal melabuhkan tirainya dan dibuka dengan tirai baru 2016... Rasa sekejap jer masa berlalu kan..

Sebenarnya xde apa pun yg nk di ceritakan.. Sesaje nk menulis.. Catatan lepas aku dh cerita pnagalaman aku.. Bukan bertujuan nk membangga diri, tpi sekadar catatan peribadi yg mana one day nnti aku boleh tnjuk kat anak cucu aku.. Haha.. Jauh planning.. Padahal calon pun xde lagi..

Minggu ni adalah minggu yg agak gila bagi aku.. Jadual msti aku susun sehabis baik.. X buat jadual, habis x jadi belaka.. Haha.. Korg boleh la klu nk ikut aku pnya planning if jadual trlalu padat dngn cara aku buat jadual detail ikut jam, then ikut priority... Yg penting didahulukan, yg kurang dikemudiankan.. Try la buat dan follow, nnti satu2 sttle, mmg tenangg sangat... Pape pun, rilek jer klu dlm keadaan macam tu.. Make sure perut x berkeroncong, klu x, korg xleh fikir... Isi perut, mandi bagi segar, duduk dan bru fikir.. InsyaAllah susah mcm mne pun, pasti korang akan dpt sttle kan..

Aku nk crita sikit jadual aku minggu ni...

Mula hari jumaat:
Pagi macam biasa, aku ke masjid solat subuh.. Kmudian balik, tetibe ada kwn minta tolong hntar ke tbs (ambil masa juga) sdgkan planning nk buat assgmnt.. Blik tbs, kumpul semua baju nk basuh, dpt msg minta bca khutbah.. X jdi basuh, buka laptop, cri khutbah dan print.. Baca sikit dan edit2.. Siap, pergi solat jumaat... Lps solat jumaat, aku trus bwa bju gi basuh kt dobi layan diri jer.. Dkt2 asar, aku dpt msg, minta segerakan dokumen utk jemaah umrah.. Jdi aku harus pulang ke kedah ambil dokumen tu.. Tetibe tringat sahabatku fais nk blik kedah mlm ni, lantas aku call tnya.. Alhamdulillah ade kosong kereta dia..
Kmudian, sahabtku minta tolong pla temankan dia nak bli brg utk kereta.. Ok.. Aku on jer.. Masa tgh2 beli barang tu, ade lagi kwn minta tolong bawa dyorg ke giant.. So, aku ngn fais trus jer pegi ambil dyorg dn bwa ke giant naik kereta fais..
Akhirnya maqrib baru dpt blik.. Plan sebelum balik, nk buat assgment sikit, tapii
Belum smpai bilik lagi, fais dh call minta tolong temankan pergi subang ambil barang.. Ok.. Aku on jer.. Hee.. Balik tu, trus kalut masuk baju dlm beg, kemas bilik sikit..  Naik kereta aku pergi parking di tbs.. Dan fais ambil aku di situ..

Fais drive smpai ipoh, dari ipoh aku drive smpai rumah tok..

Sabtu pagi.. aku mmg plan nk rest, buat assigment jer.. Sbb jnji nk jumpa asar.. Tpi xdptt.. Haha.. Aku smpat tidur 30 minit, kmudian dh sembang2 ngn family semua.. Rupanya hari itu ada 3 kenduri! So, mmg kena ikut lah bwa umi dan adik2.. Knduri pertama jauh juga.. Dan knduri kedua.. Hbis knduri ke dua, dan pkul 3 lebih.. Kna balik dlu.. Nk bersiap utk ke tmpat lain pla..
Asar aku pergi jumpa jemaah umrah ni di masjid sblah makan di raja langgar... Dpa minta aku jdi imam.. Ok ja.. Lps tu, trus ke rumah dy utk collect dokumen smbil sembang, minum2.. Dekat maqrib bru dpt blik, trus aku ke rumah jumpa abah.. Bersembang ja.. Kmudian, drive kereta bliknke rumah tok dlm keadaan separuh sedar dh.. Haha.. Malam tu, kena pergi ambil adik di sekolah sbb dia bru balik dri lawatan.. Nasib di temani..

Ahad pgi.. Terus aku ke perlis dri pendang.. Selepas sttle urusan, pecut balik rumah tok, ambil beg, dan di hntar ke airport sbb alhamdulillah, aku check flight msih ada yg promo.. Trus aku beli jer.. Tgok2 flight delay pla.... Aduhhh.. Tertunggu2 la aku sorg2... Xpe.. Sabar..

Akhirnya boarding... Dan selamat landing di subang sbb malindo... Naik public trus ke tbs sbb aku parking kereta di tbs..
Pkul 6 baru smpai uia...

Sampai jer trus bersiap jubah utk AGD JKQ malam ni.. Lps maqrib aku pergi... Smpai pkul 10...

Pkul 10 aku minta diri sbb ada urusan di selayang.. Ambil sahabat baikku sbb dia nk ke TTDI, dn kebetulan shabatku yg dri AGD tdi pun ade bk blik subang.. Dan aku juga kena tidur di PJ mlm ni.. So, langsung jer..

Dekat pkul 2 baru aku smpai PJ..
Plan nk buat assgment dngn bawa laptop pe smua.. Tpi... Haa.. Trtido.. Letih sngt kutt.. Sblum tu, sje2 aku tgok flight tuk ke terengganu sbb aku kna gi sna juga utk urusan aku.. Tgok2, flight return 100 lebih jer.. Lantas aku beli...

Isnin pla... Lps subuh, aku perlu hntar pak sedara aku ke klia sbb dy dan isteri nk berhoneymoon di KK.. Dan aku juga ambil peluang ni naik flight juga ke terengganu.. Haa.. Dengn pakai jubah AGD smalam, lantak laa.. Haha..

Flight jam 10.. Smpai jam 11.. Aku cuma di airport shj.. Org tu dtg jumpa aku.. Makan sikit di old town dlm airport tu.. Then, check in pla utk flight balik aku jam 1.. Alaa.. Delay pla sejam.. Sabar jer..

Alhamdulillah selamat landing di klia jam 3.. Smpai uia dlm pkul 5 lbih.. Mmg tido x sedar sekejap.. Haha..

Malam tu, mula start mngelabah sbb kna hafal, assigment, presentation... Mula dri malam tu la, dalam keadaan yg gelabah, takut, sbb smuanya nak minggu ni, aku buat tips aku tu.. Bertenang.. Buat jadual elok2..

Hari ni (isnin) 7/12... 10/12 kna submit 2 assgmnt, 1 presentation, kna hafal utk tahfiz.. Rilekk.. Buat jadual... Dan alhamdulillah, tghbhari skrg 10/12.. Aku dh siapakn 1 assgmnt dan utk presentation.. Yg assgmnt sptutnya hntar hari ni ust bagi masa lagi smpai 14/12 utk smua.. Alhamdulillah..

Cuma hari selasa.. Rabu.. Dan hari ni khamis still pnuh jadual aku..
Rabu ke klia pla urus jemaah baru pulang dri mekah.. Dapat air zamzam sekotak.. Alhamdulillah..

Kaunter check in air asia.. Jubah dri AGD semalam.. Haha

Dapat air zamzam sekotak.. Alhamdulillah..

Ole2 tuk kwn sekelas.. 1 kelas ni jer..
Kelak Rhetoric of the quran and hadis..
Kelas ni 8 org jer.. Haa..
Sbb tu ktorg jdi rapat..

Sahabat se tenure JKQ yg dtg AGD JKQ..

Ahad, 29 November 2015

A part of my experiences~~

Bismillah.. Dengan nama Allah aku bersyukur di atas segalanya~

Bayu angin malam menampar lembut tubuhku. Kedinginan terasa hingga ke tulang.. dek kerana bumi UIAM ini di kelilingi bukit dan hutan. Apatah lagi, bilik aku betul2 di sebelah hutan dan di kaki bukit. Sebab itu, angina malam sangat sejuk. Jam telah menunjukkan jam 3.00 pagi. Tetapi mata masih tidak mahu terlelap. Lagu2 yang lembut aku pasang sebagai halwa telinga. Mybe sebab tu tetibe rasa nak mengimbau nostalgia dan memori lama hidup aku. Haa.. lagipun, kalau tak di catat, pasti hilang macam tu sahaja. Kenangan dow..

So, aku letaklah catatan ni sebagai pengalaman adalah sebahagian pembelajaran.. haha.. sbb aku bukan nak cerita kenangan2 pasal hati2 ni.. haha.. ni kenangan aku dalam mencari pengalaman.. pengalaman hidup.. dan aku hari ni banyak belajar dari pengalaman ini.. ok.. dah la muqaddimah.. hee~

1st sekali, bila orang tanya aku belajar apa di UIAM, so aku jawab belajar bahasa arab.. degree bahasa arab.. then, pasti dia akan cakap,ooo, lepas ni boleh mengajar jadi ustaz lah… haa.. maaf ya.. sejujurnya aku kurang minat dalam hal mengajar.. mengajar seronok, tapi sampingan tu yang aku lemah sikit.. laporan macam2, itu ini, mesyuarat dan segalanya.. aku tahu, kerana aku dah berpengalaman mengajar semua jenis sekolah di Malaysia nie.. hahaha~ sori.. bukan nak bangga diri, tapi ini pengalaman aku.. tetapi mngajar sekejap2 jer la.. time cuti sem..

Ok.. aku nak try list sekolah yang aku pernah mengajar :
Sekolah Rendah Islam darul Aman (SRIDA), Sek Keb Dato Wan Mat saman, Sek Keb Seri Pantai, Sekolah Menengah Keb di Gombak (lupa nama sekolah), Sek Ren Agama Saidina Ali di Gombak, Saudi International School (sekolah totally dibwah embassy Saudi di sebelah zoo Negara), Caliph School di Ampang (private school.. org kaya jer nie), Sek Men Agama di KL (lupa nama sbb ngajar sekejap jer), sek keb Ijok, hulu Selangor dan di pusat tuisyen juga pernah.. haa.. nie sekolah yang aku pernah mengajar.. macam2 subjek.. quran, bahasa arab, subjek2 agama, subjek akademik dll..

Kemudian, aku pernah juga di jemput utk bagi bengkel yang aku mahir iaitu bengkel tarannum dan bengkel khat.. antaranya di Uni KL sebelah UIA, Sek Men Kg Pandan KL, Pengajian Islam UM, di KUIS, Maktab perguruan Darul aman, maktab perguruan di sebelah UM dan beberapa sekolah dan masjid.. selain tu, aku juga selalu bagi taklimat untuk Jemaah umrah.. macam tahun ni (2015) hampir setiap bulan… so.. ini pengalaman aku dalam pendidikan ni.. insyaAllah tahu laa sikit2 pasal dunia mengajar ni.. tapiii.. macam aku cakap, macam x kena jiwa aku.. haha~

Sejujurnya.. jurusan bahasa arab yang aku ambil di UIA ni bukan pilihan aku.. dulu masa isi boring MOHE, aku juz letak Ekonomi, Akaun dan pengajian Islam di semua Universiti yang menawarkannya.. takde langsung aku pilih bahasa arab.. tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, dan sekarang aku sangat bersyukur.. sebab tu, apa2 hal istikharah itu penting.. mohon bagi Allah pilih yang terbaik untuk kita.. aku istikharah, dan aku dapat apa yang aku langsung x pilih, tetapi pilihan itulah yg terbaik untuk aku..

Haa.. sebab apa?  Sebab biola kita pelajari bahasa ni kita mampu untuk buat macam2… dapat bahasa, dapat apa yg boleh relate dengannya… haa~

Alhamdulillah.. Allah dah aturkan hidup aku dari aku kecil lagi… sejak darjah 4 aku dah mula bersosial dengan org dengan cara Alquran, kumpulan marhaban, kumpulan di bawah pejabat sultan kedah.. kira darjah 4 aku dah mula punya income sendiri.. hee~ hampir setiap minggu kami ada show, persembahan di majlis2.. dan sekali sekala aku di jemput untuk bacaan quran pembukaan majlis.. masuk pertandingan2.. klu yang sultan kedah pula, mana tuanku pergi kami akan follow sebagai team “lagu negeri” haa.. setiap kali jemputan mmg makan di hotel dulu, makan di Istana, dan makan di meja VVIP lah.. haa.. seingat aku darjah 5, akun dah terlibat kursus protocol di Langkawi oleh Bahagian Protocol Istana.. belajar protocol istana, protocol majlis VVIP, protocol di meja makan dll.. haa.. hal ni, dari aku sekolah rendah smpailah aku sekolah menengah… bersama teman2 seperjuangan yang lain di bawah kelolaan dato haji kassim Ahmad.. guru aku dari kecil smpai sekarang..alhamdulillah ala kulli hal.. inilah aturan Allah yg terbaik untuk aku…

Lps SPM, aku dapat ke asasi UIAM.. di sini rupa-rupanya ramai senior aku dari Maahad Mahmud, so, mereka kenal aku dan akhirnya aku di taklifkan macam2 jawatan… masuk 1st year pun dah kena pegang jawatan President BARB society (kelab bahasa arab), dalam FRC dibawah UIA, kelab anak kedah dan macam2 jawatan.. so, selama 2 tahun di asasi UIA, terlalu banyak pengalaman yg aku dapat dalam mengurus organisasi, event management, dan dah mula ke merata tempat.. Taman Negara Pahang, kem di Port Dickson, Terengganu, Melaka, dan lain2.. pernah wakil asasi UIA pertandingan tilawah alquran di KISDAR Perak..

Habis Asasi UIA, batch aku bercuti hampir 6 bulan! Sebab batch aku yg pertama akan mula masuk Gombak bulan 9.. habis asasi bulan 3.. lama cuti.. dan kembara aku bermula di sini yang bukan atas sebab program. Aku dan kawan2 atur trip ke kuala Terengganu dan Kelantan.. dari Kelantan balik terngganu semula.. dan dri Terengganu pulang ke kedah.. haa~

Selepas tu aku mula buat my 1st kembara seorang diri bermula di kedah. Masa ni tahun 2011 klu x silap.. Naik bas ke penang, jalan2 sekejap.. then naik KTM ke KL.. dari di KL duduk rumah pak sedara di PJ.. dari KL ke Pahang naik bas seorang.. gi rumah mak sedara, mendaki gunung senyum.. kemudian, naik bas pula ke Kuantan.. dari kuantan, naik bas ke KL.. dari KL naik bas ke Cameron Highland.. turun Cameron balik semula ke KL.. last, aku pergi  KEM Bahasa Arab yang mana aku sebagai pengarah program.. program ni lebih kurang untuk persediaan ke UIA Gombak khusus utk semua pelajar bahasa arab dri Asasi.

Di UIA Gombak, kehidupan aku sedikit berubah.. kerana aku ditaklifkan pegang jawatan, tugas aku sebagai pelajar dan dalam masa yang sama aku mula mengajar.. mengajar sekolah dan mengajar alquran di rumah2.. Alhamdulillah, tahun 2 di UIA aku Berjaya beli sebuah kereta kecilku warna hitam.. haha~ Viva jerr.. tapi viva ni banyak bakti kat aku nie.. haa..

Sejak ada viva ni, semakin advance sikit.. mengajar, bengkel, dan macam2 lagi lah… haha~ sebenarnya nak dapat viva tu, aku bekerja keras juga.. masa short sem sebelum dapat viva, aku buat hampir 3 kerja sehari sampai demam.. siang aku bekerja di Pasaraya istafa (jual barangan arab.. gedung kurma..), petang siap, ke hotel Holiday Villa sebagai Imam Hotel.. jam 12 malam aku kerja di KFC pula.. haa..dpt bertahan 2 bulan shj.. lps tu, demam teruk dan berhentiu semuanya.. tapi kwngan dah cukuplah untuk beli kereta.. hee.. lps tu lah aku dapat beli kereta vivaku tu..
Ok.. yang nie betul2 masih segar dalam ingatanku nie…

Di Uia, aku telah ambil study leave atau cuti spnjang… aku dapat offer ke mekah free.. peluang hanya sekali.. tambahan pula time ni aku akan bawa atuk, nenek, mak2 sedara, sepupu juga ke mekah.. so, aku ambil study leave.. dan mulakan pengalaman baru ni… lama juga di madinah dan mekah.. aku pergi bertugas bawa Jemaah, tetapi aku tetap ada ruang untuk menyendiri dan beribadah.. Alhamdulillah..

Balik dari mekah, masuk Ramadhan.. sepanjang ramadhan 2015 aku terima jemputan imam terawih di Kedah sahaja berbanding sebelum ni. Ramadhan 2014, sebulan aku duduk di HOTEL  CASUARINA, Ipoh.. ramadan 2013, aku di TH Hotel, Kuala Terengganu, 2012 dan 2011 di Hotel Holiday Villa, Alor setar.. kira start ramadhan 2011 aku xpernah jadi makmum lagi utk ramadhan.. huu.. ok.. ni juga pengalaman yg bernilai bagi aku.. nak belajar bersosial dalam kalangan korporat2 dan org2 kaya ni.. haa.. dapatlah handphone sebiji, ada dato bagi masa di Ipoh.. lepas raya terus aku datang ke KL walupun sebulan lagi nak buka sem baru.. aku datang mengajar sprti aku gtau di atas.. selain tu, aku buat sambilan kerja banci kenderaan.. haa.. (tgok gambar di bawah nnti.. haa)

Sebelum gi mekah, aku ke Pulau langkawi sebulan.. balik, pergi pula beberapa hari.. sampai masyi sangat di Langkawi bersama teman baikku fais..

Asalnya planning kononnya nak kerja cari pengalaman di hotel2.. tapi puas cari, masuk keluar hotel2, xde rezeki kali di situ.. so, macam gi bercuti jer lah.. gi mandi pntai, melayan perasaan kt tepi pntai.. haa~ tapi Alhamdulillah ada juga rezeki kami sebagai DRIVER untuk LIMA LANGKAWI 2015.. LIMA nie dibawah tentera, so, selama 10 hari aku bekerja dan jadi tentera.. haa.. aku mendapat tugasan sebagi driver untuk “Panglima Tentera Darat South Africa”.. tapi aku bawa PA dy jer.. abg tentera dri Kor Logistik yang drive Panglima tu.. dan kami di escort 24 jam oleh abg2 tentera MIA.. dyorang ni ala2 CIA macam tu lah.. haa.. kebal.. boleh bawa senjata masuk airport.. haa~ duduk ngn dyorg, sy pun jadi kebal gak.. haha.. dalam group ni, aku seorang ja org biasa.. bukan tentera.. tapi Kernel yang jdi ketua konvoi aku tu buat aku macam tentera gak! .. haha.. arahan dia bukan lembut2.. tapi “DENGAR! Aku nak hang terpacak di sini tepat jam 5 pagi! Kalau tak dak, aku tendang hang!! Faham???!” dengn cara macam bgi arahan dalam tentera.. aku kena balas setiap kata2 dia dengan “baik tuan!!”.. haha.. ada gaya dak.. gila kutt..

Awai2 ketar juga.. tapi akhirnya ok la.. ajar aku lebih confident dan tegas! Haa..
Selama 10 hari aku kerja sebagai driver LIMA langkawi (gambar dibawah)

Lepas tu, jadi Driver untuk penutup Sidang kemuncak ASEAN (Asean Summit yang melibatkan semua ketua 10  Negara)  kali ini aku bekerja bersama abang2 polis pula dalam kovoi PM Singapore.. haa.. dapat pengalaman drive sampai dalam kawasan airport.. berenti depan private jet.. 10 negara, 10 private jet tersusun.. paling Gempak dari Brunei.. airbus 2 tingkat.. besaqqqqq! Di escort dengan 10 biji polis motorbike.. 2 biji peronda bersiren.. 2 biji kereta polis biasa.. selain tu, kereta2 kami iaitu vellfire, vios baru, mers, BMW rasmi… haa.. pngalaman 3 hari yang ni, mmg seriously xkan dapat klu xde macam ni..

Haa.. balik langkawi.. buat kerja tulis Khat di dinding sekolah dan surau.. then, berangkat ke mekah..
Alhamdulillah~ cuti mid-sem baru ni (2015) aku teruskan trip kembara aku ke luar Negara.. kali ini ke Jakarta dan Bandung.. (bacalah catatan blog aku yang sebelum ni.. haha)

Sebenarnya ini trip aku yg ke dua ke Indonesia.. sebelum ini aku dah ke Surabaya.. tapi under kelab.. JKQ Kelab.. masa tu, aku sebagai president kelab JKQ UIAM ni.. so, mmg aku suka jalan, so, aku plan ngn kawan2 kelab, buat program 6 hari ke Surabaya Indonesia.. dan ketika itu, aku juga sebagai pengarah program.. penattt! Tapi puas.. ingat lagi, masa tu kebanyakan yg pergi 1st time buat passport dan ada juga 1st time naik flight! Tu pngalaman yg juga berharga bagiku.. masa ni tahun 2013 xsilap.. dalam tahun yang sama juga, aku pegang jawatan Exco PR ALA.. atau Arabic Language Association IIUM.. so, kami masa tu buat program ke Serawak seminggu.. Baktisiswa.. masa ni aku Cuma urus modul ja.. buat program di kampung, sekolah dll.. di kg Santubung, Sarawak..

Tpi 2015 ini mula aku bnyak ke luar Negara.. passport aku pun dah renew yg kedua.. Januari ke Singapore, kmudian ke mekah madinah, ke Jakarta dan bandung.. ok la tu dlm setahun 3 negara.. planning untuk 2016 pla.. haa.. target: Australia, Bangkok, mekah tu aku dah nk wajibkan setiap tahun insyaAllah..

Dan ada Negara impian aku ke Istambul Turkey pula selepas ni..tapi kena tunggu dulu.. haa.. planning dah siap, tunggu masa jer (nak simpan untuk honeymoon.. acecece.. haha~ calon pun xdak gi.. xdak spe nak.. huhu)

Hahaha~.. dah la cerita pasal ni.. aku bukan nak berlagak apa tau! Tapi aku tulis kat sini supaya aku boleh baca lagi suatu hari nnti dan boleh la tunjuk kat anak cucu.. perghhh! Haha..
Alhamdulillah.. ini pengalaman hidup aku.. aku nak jdi seorang yg flexible.. boleh buat apa sahaja.. hee~ terima kasih awak yg membaca noltalgia panjang nie… xde sape sngt yg tahu blog saya ni.. spa yg tahu ni adalah seseorg yg istimewa bagi aku.. ok.. dah rasa ngantuk ni~~ cukup dululah…

BAKSIS ALA 2013 di Santubung Serawak..

ini pula BAKSIS JKQ Club di Surabaya, Indonesia..
Aku sebagai Pengarah Program..

Ramadhan 2013 : Imam terawih sebulan di sini (TH Hotel Kuala Terengganu) 

Pernah mewakili UIAM Gombak dalam
Pertandingan Marhaban antara Universiti.. 

Masa di CFS Nilai : mewakili CFS UIA
Pertandingan Tilawah Al-Quran..
2010 nie..

antara sekolah yang aku mengajar..
Sek Ren Agama Saidina Ali, Gombak.

Antara anak murid yang aku ngajar quran secara private di
rumah mereka.. Rindu kalian..

3 tahun berturut aku terlibat dalam perogram ni sebagai Ketua Modul.

zaman sekolah dulu, inilah kerja aku setiap kali cuti.
Ini KEM di Langkawi..

berprogram ni sejak aku sekolah lagi.. haa~ ni 2009 x silap..

antara program yg aku ikuti sepnjang di CFS UIAM..
Ni program di bawah FRC CFS IIUM di Taman Negara, Pahang..

haa.. kerja Driver masa Penutup Sidang Kemuncak Asean 2015 di Langkawi.

Ini kereta rasmi PM Singapore yg aku bawa..
Sidang Kemuncak Asean 2015

dalam kawasan airport ni..
menunggu ketibaan pesawat pribadi PM Singapore.

Pesawat peribadi PM Singapore.. 

anatara program aku masa CFS UIAM.. 2010..

OPS Bom.. setiap kereta konvoi akan diperiksa oleh Unit Bom Polis sebelum mulakan perjalanan.
Sidang kemuncak Asean 2015.

Kereta2 rasmi 10 ketua negara ASEAN..

Abg2 Polis yg segak bergaya dah ready untuk convoi..

Kereta rasmi ketua negara ASEAN..

ni pula masa LIMA Langkawi.. bersama abg2 tentera pla..
DApat try bawa moto Polis Tentera round2.. haa..

ini SU Sulit kepada JENERAL Utama South Africa..
Merangkap PA Jeneral..
BAik sangat dia ni.. 

View dari bilik Hotel yg aku duduk di Langkawi..
Lagoon Hotel, Langkawi.. 

bersama abg2 Army Malaysia... MIA..

Abg2 Tentera Malaysia.. MIA.. dalam airport ni mngiringi Jen.
Aku tangkap gambar nie.. haha..

LIMA LANGKAWI..
ini flight kecil untuk training.. nak dptkan lesen pilot..
InshaAllah one day!
Pilot flight ni baru umur 19 tahun kut!

Kereta Rasmi Jeneral...

Flight traning...

antara kerja aku buat.. Survey kereta.. banci lalulintas..
mcam JPJ kan.. haha~
orang nmpak kami, terus tarik talipinggang keledar.. haa~

pengalaman aku semasa
Mukhtamar Alami Bahasa Arab di UIAM..
bukan kawin yer.. haha

Ramadhan 2014: Imam Terawih sebulan di Hotel Casuarina Perak.

Sepanjang di Mekah..

Sepanjang di Madinah..

Antara kerja aku.. menulis khat di dinding..
YAng ni di Surau Sek Keb. Klang Utara.

Sepanjang LIMA LANGKAWI.. 

Sidang Kemuncak Asean 2015 di LAngkawi..

Abg2 polis konvoi PM Singapore... Aku sorg jer org biasa.. haa~

Ini di Surau Sek. Keb. Kubur Panjag, kedah..

Ini di rumah tok aku.. haha~ saja syoq2..


Haaa~ begitulah antara pengalaman aku.. aku x cerita habis laa.. cukup dulu yg ni antara yang paling berharga setakat 2015 ini.. hee~ ok2.. Have a nice day~~ All the best in our life :)

Khamis, 12 November 2015

UPDATE! UPDATE! buku baru pula~

Bismillah~

Huishh.. dah berkurun x dak apa2 dalam ni.. hampir terlupa dah password nya.. haha~

so. mulai hari ni, aku rasa smpai masa untuk zahirkan diri... 
aku menulis bukan nak dibaca oleh sesiapa.. tapi sebagai coretanku buat kenagan di hari tua.. hahaha.. perghh!

sebab kalu tulis di buku, boleh hilang.. dalm fb, macam x sesuai jer.. jadi inilah tempat terbaik yang aku rasa boleh untuk simpan... dalam masa yang sama jika ada yang baca.. ya kamu yang baca tu, moga dapatlah sikit2 manfaat atau suka2 pun xpa.. 

InsyaAllah mulai yang ini, aku akan bercerita tentang dunia travel, melihat alam ciptaan Allah swt nih pula.. no more pasal hati jer.. haha... yang lepas tu juz suka2 jer taw! xde kena mngena dengan sesiapa hatta diriku sndiri... tapi lepas ni saya akan cerita about my life story yang aku rasa boleh berkongsi.. ok lah~

jumpa lagi selepas ini.. :)

Selasa, 27 Oktober 2015

My short Journey to Jakarta and Bandung (Bahagian 3) -last

Bahagian 3

27 Oktober 2015 (perjalanan ke Bandung)

Saat semua orang masih diulit mimpi indah, kami telah bangun untuk destinasi seterusnya. Pemandu(supir) telah tiba tepat jam 3.00 pagi seperti yang dijanjikan. Jadi kami telah bangun jam 2.45 pagi dan bersiap ala kadar. Beg dicapai dan berpamit dengan tuan rumah, iaitu kawan kami Jenni. Kerana selepas ini kami akan bermalam di rumah kawan yang lain pula iaitu Evi. Tambahan pula kami ingin bertaarufan dan bersilaturrahmi pula dengan keluarga Evi lantaran masih di Jakarta. Sahabat mesti dicari sebanyaknya, musuh jangan bagi ada walau seorang.. haha~ ok.. sambung cerita..

Tepat jam 03.00 pagi, kami keluar rumah dan berjalan menuju ke kereta di luar kawasan perumahan rumah jenni. Kedinginan awal pagi terasa di tubuh kami. Selepas menyusun beg dalam kereta, kami pun mulakan perjalanan. Kali ini solihin dan putri pula menemani kami. Sebelum ini di Pulau Tidung, Evi dan Jenni yang bersama kami. Mereka terpaksa susun dan membahagikan masa lantaran masih belajar dan juga kerja. Kami benar2 terharu dan berterima kasih atas kesanggupan mengambil cuti semata-mata menemani kami. Terima kasih ya kalian J

Perjalanan awal pagi sangat lancar kerana jalanraya juga belum sibuk. Kami semua sudah ke alam mimpi.. tinggallah pak supir memandu keretanya sahaja dek kerana terlalu letih.

penuh dengan motor!
Akhirnya, kami tiba di kota Bandung. Saat ketibaan kami, semua orang mulai keluar untuk pergi kerja, sekolah dan pelbagai urusan. Motor memang tak terkira banyaknya. Waww! Dahsyat! Haha.. ada naik motor sehing 4-5 orang! Haha.. bagi mereka, ini adalah biasa, tapi bagiku ini sangat lain. Haa..

antara pengankutan terpenting di Bandung
Ini motor sahaja, belum masuk segala jenis penganggutan lain. Dan di Bandung terdapat banyak kereta kuda. Untuk mengangkut barang, bawa penumpang.. kira rata-ratanya menggunakan kereta kuda. Sebaik sampai di sini, cepat2 aku keluarkan kamera untuk tangkap gambar kereta kuda tu, tapi rupanya banyakkk di sini. Haha~ Almaklumlah di Malaysia mana ada situasi macam ni. Hehe~

Dalam perjalanan, kami berhenti solat di Masjid (lupa nama masjid) dan terus ke puncak. Destinasi pertama kami ke Kawah Putih. Jalannya MasyaAllah! Memang aku surrender! Selama ini aku yang akan memandu jalan yang macam ni, tapi kali ini jadi penumpang, mmg tahan jer isi perut. Kepala memang berdenyut. Tapi tahan jer.. cuba untuk kawal mood happy dengan tidak endahkan semua itu! Haha~

Ok.. akhirnya kami sampai.. sebaik turun kereta, errrrr sejuknyaa.. suasana masih awal pagi.. dalam jam 6.00 kami sampai (dah cerahlah.. disini subuh jam 4.00.. so, jam 6 ni macam jam 7-8 di malaysia). Malah kenderaan “angkut” untuk bawa kami naik ke atas juga masih belum buka. Jadi kami mengambil peluang ini dengan menekan punat kamera di setiap sudut termasuklah selfie2..haha~ dan tak lupa juga untuk singgah di kedai-kedai ole2. Putri membeli baju ala2 musim sejuk macam tu di sini. Kawanku Sakinah juga membeli penutup kepala ala2 kat western time musim sejuk tu.. haa.. aku pula hanya melihat sahaja sambil menghirup udara segar atas bukit.

angkut~ antara kenderaan umum di Indo.
Ok.. kaunter tiket dah buka.. langsung Putri dan Solihin membelikan tiket dan kami naik angkut. Angkut ini adalah van kecil yang di ubahsuai (tgok gambar nnti lah J) perjalanan dengan angkut dalam 10 minit mendaki gunung.. sebaik tiba di “Kawah Putih”, hidung aku jadi menyengat.. haha.. kuatnya bau belerang! Kami di galakkan untuk pakai penutup hidung.. ada dijual dengan harga rp5000. Keadaan yang sejuk dan berbau belerang menyebabkan aku sedikit semput.. tapi still maintain aja.

kena pakai mask kerana bau belerang yang kuat..
Sampai di Kawahnya, Subhanallah! Cantikknyaaaa... tak dapat nak gambarkan kecantikannya dengan kata2.. anda kena datang sendiri melihat kehebatan ciptaan Allah taala ni! Pasirnya yang putih dan airnya yang hijau.. ada bukit pula beserta kayu bakau yang indah! Wahh.. lantas kami mengambil peluang ini dengan bergambar sepuasnya.

kawah putih..
seperti salji pun ada.. haha
kawah putih, Bandung..
lihat ape tu??
Setelah itu, kami ke “Situ Patenggang” yang terletak betul2 di puncak.. tetapi yang menariknya, di atas puncak ini terdapat tasik!!! Luas juga tasiknya.. tasik di puncak gunung! Haha.. sebenarnya ada sejarah tempat ini.. tapi anda search sendirilah dalam google.. kisah “situ patenggang”. Disini terdapat basikal itik utk disewa dan boleh kayuh di dalam air.. di tengah tasik terdapat “batu cinta”.. bolehlah ukirkan nama kita dan pasangan di situ (haha.. jgn percaya sangat yer).. di sini juga terdapat banyak gerai makanan dan jualan. Setelah puas di sini, kami bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu check in hotel... uwaaa.. letihh~

gerai2 di Situ Patenggang
bergambar dulu di pintu masuk..
basikal itik.. lupalah namanya.. haha
Di Bandung kami pilih “V hotel and luxury” yang berkonsepkan mewah, tapi murah.. haha.. ada swimming pool, disediakan breakfast yang sedap.. memang puas hatilah.. ptg tu sebelum maqrib, kami mengambil peluang mandi manda di swimming pool hotel ini.. puas! Segar..

Malam itu, selepas bersiap ala kadar, kami keluar dengan dipandu oleh pak supir mencari makan.. atau dipanggil “Kuliner”.. cari punya cari, akhirnya KFC jer yang di pilih.. haha.. lapar sangat kut.. KFC ini terletak di dalam mall “Cihampelas walk”.. perghhh! Cantikk sangat mall ni.. design dan keadaan dia memang gempak! Tak terlepas kami bergambar di sini.

jalan2 mall di Bandung.. gempak kut mall di sini!
Selepas itu, pergi ke lokasi wajib bagi siapa yang datang ke Bandung iaitu tempat shopping.. dekat jer dari mall tadi.. lebih kurang macam Jalan Bukit Bintang di Malaysia.. di sini yang banyaknya adalah pakaian. Aku tak ada beli apa sangt. Sebab waktu ini aku dah ketandusan wang. Perlu ke money changer dulu.. haha~ selepas dah puas, langsung balik ke hotel dan istirahat.. sampai bilik terus tidur dengan kemeja apa semua. Ini betul2 letih ni.

28 Oktober 2015 (Bandung)

Awal pagi kami dah bangun tidur, mandi, bersiap dan turun ke cafeteria hotel untuk menikmati breakfast.. nyummy.. banyakk makanan.. aku cuba serba serbi.. haa..

Selesai bersarapan pagi, kami terus check out hotel dan bergerak ke destinasi seterusnya yang menjadi lambang puncak Bandung ni iaitu “Tengkuban Perahu”..

Tengkuban Perahu ini adalah kawah gunung berapi yang masih aktif! Kami di beritahu tahun 2014 pernah meletus.. sehingga saat kami di sini juga, asap masih kelihatan keluar dan disekelilingnya adalah belerang warna kuning yang sangattt kuat baunya.. lebih kuat dari di kawah putih.. tapi aku tidak endahkan bau itu dan menikmati keindahan di dapan mata ini. Hebat! Tiada lafaz yang boleh di ucapkan!

kawah Tengkuban Perahu.. hidupan x boleh masuk.. mati terus~
korang dua!, itulahhh.. 
cantik pemandangan di sini..
kamuuu... 
dahsyat kan tempatnya~ real gunung berapi!
hayoo.. datang sini..
masih berasap lagi! kuning tu belerang.. manusia masuk kesini terus mati!
Selepas itu, kami bergerak ke “DE’Ranch Lembang” iaitu kandang kuda.. haha.. time utk menjadi koboi pula! Disini kami dapat naik kuda dan bergambar dengan pakaian seperti koboi.. dengan topi dan vast koboi. Bagi aku yang selalu menunggang kuda, aku sudah tak perlukan orang menarik tali kuda, tapi aku mengawalnya sendiri.. nak tahu macam mna nak kawal kuda?? Senang jer..
nak jalan: hentak badan kuda dengan kedua kaki kita.. lagi kuat, lagi laju..
nak berhenti : tarik tali serentak
kanan, tarik kanan.. kiri, tarik kiri.. haha.. senang jer kan.. kena try dulu baru tahu senang ke susah.. J

De'Ranch.. 
kereta kuda.. still digunakan..
tudiaa.. koboi Malaysia.. haha
bestt berkuda... 
laluan untuk nak berkuda...
seterusnya?? Ayuh kita ke “float Market”.. haha.. di sini terdapat tasik, dan orang berniaga di dalam perahu! Haha.. so, kita akan berada di tepi tasik dan membeli dari peniaga di dalam perahu.. tempatnya sangattt cantikk.. ok.. tak tahu nak gambarkan macam mana, lihatlah dalam gambar yer..
gerai dalam perahu! di Float Market..
tasik di tengah Float Market ni..
haha.. peace!
antara taman di Float market~
tudiaaa.. 
di float market, kami makan tgh hari, solat kerana selepas ini kami akan terus pulang ke Jakarta. Perjalanan 4 jam. Malam ini kami akan menginap pula di rumah teman kami Evi. Ibu dan ayahnya telah menantikan kami.. macam2 mereka masak.. masyaAllah! Enakk.. tambahan pula masakan ibu mmg sedap.. 3 kali aku tambah.. hambek!! Malam tu kami tidur dengan nyenyaknya..

29 Oktober 2015 (Jakarta)

Pagi ini aku bangun dan mengikut ayah Evi ke masjid naik moto.. nasib aku telah siapkan jubah.. Ayah evi memperkenalkanku dengan jemaah masjid.. aissh segannya.. ada jemaah yang menggunakan bahasa indonesia pekat, so, aku hanya tersenyum sahaja tanpa tahu apa yang di cakapnya.. haha~
bersama ayah Evi..

Pasar Pagi

Makanan pagi telah disediakan oleh ibu Evi.. sampai betul2 kenyang aku makan pagi ni.. betul2 berselera. Sebelum bertolak ke “bandara” atau airport, kami menyambil peluang menyapa jiran tetangga yang juga merupan keluarga Evi.. di hadapan rumahnya ada pasar pagi.. jalan2 dulu di pasar pagi melihat suasana. Orang jgn cakaplah, mmg ramai.. motornya lagi..

Tepat jam 08.30, kami berpamit dengan keluarga Evi dan bergerak ke Airport dengan menaiki kereta Jazz ayah Evi. Adiknya yang memandu. Sengaja kami keluar awal kerata dikhuatiri jalan sesak.. tetapi rupanya, jalan lancar.. so, sampai awallah di airport.. ga papa sih.. bisa santai2..


Terminal 2.. SHIA..

Malindo Airline~~

Tepat jam 13.50 (waktu jakarta), kami boarding dengan pesawat Malindo Air OD315. Jam 16.15 (waktu malaysia) kami selamat tiba di KLIA 2.. lantas kami naik bas JetStar ke TBS kerana aku parking kereta di situ..



ladang teh di puncak bandung.. luass ladangnya..

Inilah 6 hari short journey kami.. letihh tapi bestt..
ikut tu banyakk lagi gambar kenangan kitorang.. tapi cukuplah dulu sebagai utk berkongsi..
kepada teman2 di Jakarta (Putri, Solihin, Evi dan Jenni) terima kasihhh sangat2 yg x terhingga.. tumpangkan kami tidur di rumah.. siapkan makan.. temani kami.. susun jadual trip yg seruu (bestt).. happy aku dapat mengenali kalian.. persahabatan kita walaupun jauh beribu batu, tetapi sangt akrab..
kepada Filzati dan Sakinah, thanks soo much sebab sudi mengembara bersamaku.. tak tahu nak ungkap dah rasa terharu ini.. hee..

dan semua teman2 yang lain juga.. aku bersyukur dapat mengenali semua..

jom next trip~~~~~
kemana? haha.. jomlah plan..

Catatan Popular