http://i248.photobucket.com/albums/gg194/xairiey/assalaamualaikum11.gif

SelAmaT berSua waHai shBAt2ku~ akU tidAk taHu baGaimana nak muLakAn bLog iNi.. tAk paNdai naK ber'BLOG'.. haha~ dAn sEbEnaRnyA sEkaDar caTatAn peRibaDi dAn tiDak aDa keNa meNgenA dEnGan seSiaPa yEr~~ peace~~!

~Ahlan Wsahlan Wa Marhaban Bikum~

Isnin, 26 Oktober 2015

My short journey to Jakarta and Bandung (Bahagian 2)

Bahagian 2

25 oktober 2015 (Jakarta)

Tepat jam 4.00 pagi, penggera di telefon bimbitku berbunyi. Lantas aku terjaga. Aku ambil tuala dan bergegas ke kamar mandi.. bersihkan diri kerana semalam terus tidur tanpa mandi.

Alhamdulllah.. lega rasa.. segar~ baru syoq nak pergi jalan-jalan.

Evi dan kakak Jenni awal-awal lagi telah keluar.. Rupanya pergi beli “Nasi Uduk” kepada kami buat bekalan dalam perjalanan. Wah! Makasih ya mbak J

Tepat jam 6.00, kami berangkat ke Jetty Muare Angke.. tapi ferry ke pulau di pelabuhan Kali Adem. Perjalanan ke Jetty mengambil masa hampir sejam daripada rumah kawan kami kerana keadaan jalanraya yang sangat sibuk. Motor terlalu banyak di jalan. Belum masuk angkut, dan segalanya. Haha~ tapi kecekapan Mas Irwan memandu mampu melancarkan perjalanan. Kalau aku yang memandu, ntah berapa jam baru nak sampai. Haha~

Sampai di kawasan tepi laut, melalui denai perumahan nelayan dan rumah-rumah ikan. Kelihatan ribuan ekor ikan di jemur untuk buat ikan masin atau “ikan asin”. Juga terdapat sotong kering, udang kering dan segala hidupan laut lah.. seperti juga di kuala kedah, tepi-tepi laut macam tu lah. Bau memang ga usah omong lah. Sape yang tak tahan, boleh keluar isi perut. Itu situasi biasa di perkampungan tepi laut.

Kereta di parking dengan jaminan orang kampung berhampiran jetty. Iya.. of course berbayar.. rp50ribu untuk 2 hari semalam. Itu lebih murah katanya jika parking di kawasan khusus untuk pengunjung kerana perlu bayar ikut jam. Rp4000 sejam, kalau 2 hari? Kalau 24 jam, sudah hampir rp100ribu. Ok. Ga papa sih yang penting keselamatan terjamin. Hayo teruskan perjalanan.
Ferry kami telah dipenuhi orang dan dan bersedia nak bergerak. Lantas, agen kami untuk pakej pulau ini memberikan tiket kepada kami dan tergesa-gesa kami menuju ke ferry. Sebelumnya, aku gambarkan ferry seprti ferry ke Pulau langkawi kerana tempoh yang lama. Jika jetty Kuala Kedah ke Pulau Langkawi mengambil masa selama 1 jam 30 minit, tapi kali ini kami di khabarkan perjalanan 2 jam 30 minit!! Waww! Ok.. di situ aku dah lihat bnyak ferry, bot, speeed bot.. yang mana satu nih.. ohh! Yang cantik tu kot..

Langkah demi langkah kami berjalan di sebelah ferry2, akhirnya abg tu masuk ke dalam satu ferry yang menyebabkan aku tertelan air liur. Baik betul ferry nie?? Boleh ke untuk perjalanan 2 jam 30 minit??! Takut,, seram pun ada. Ferry kayu. Kalau dipukul ombak, berbunyi kayu “kree.kreekk” haha..

Ok bismillah, kami naik.. orang ramai penuh di sekeliling ferry (kapal).. oh! Mungkin dyorang duduk sekejap jer ku. Monolog ku dalam hati.. kami teruskan langkah masuk ke dalam. MashaAllah!! Nie kapal ke, rumah orang?? Haha.. ada yang berbaring, duduk bersila sambil sembang dan makan. Macam2 keadaan aku lihat di dalam kapal tersebut. Cuak sekejap melihat suasana baru ni. Kalau ferry pulau langkawi tak dibenarkan begini. Malah semua orang kena duduk di seat yang telah di tetapkan pada tiket. Sebelum perjalanan akan akan taklimat keselamatan daripada Jabatan Laut. Di tunjukkan tempat simpan jaket keselamatan. Kalau kapal ini, puas aku mencari pelampung atau jaket keselamatan. Haha.. mundar mandir aku berjalan di dalam kapal dan melihat apa2 yang boleh aku gunakan seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini.. nauzubillah.. kerana bersamaku kawan2 yang mesti aku jagai dan menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan keselamatan semua.. ciyeee~

Ok.. aku dah jumpa tempat pelampung dan beberapa jaket keselamatan di bahagian depan. Terasa lega sikit. Hal ini cuma aku lakukan diriku sendiri aja tanpa aku khabarkan kepada yang lain. Kapal dah mula bergerak. Kedudukan kami di belakang sekali hanya mendengar deruan enjin dan ombak di belakang. Pemandangan laut subhanallah! Sangat cantik!

Beberapa minit perjalanan, kami menjamu selera dengan nasi uduk.. sedapnyaa~ macam nasi lemak pun ada. Di makan dengan telur dan tempe. Dan menu wajib semua jenis makanan adalah keropok. Selepas itu, masing2 telah ke alam mimpi. Kawanku mengalami pening dan loya. Nasib baik aku telah siapkan ubat dan minyak cap kapak. Pengalaman sebelum ni ke Pulau Langkawi, pulau perhentian, pulau pangkor dan beberapa pulau lagi membuatku menyediakan kelengkapan awal.
Selepas 2 jam lebih perjalanan, akhirnya kami tiba di Pulau. Wah! Tidak sabar rasa nak menjejaki pulau ini. Jauhh dari malaysia dan hanya selalu ku lihat didalam internet sahaja. Tapi saat ini aku telah menjejakkan kaki di sini! Teruja sekejap.

Keadaan orang ramai dengan pelbagai aksi membuatku terkesima. Tingkap juga menjadi pintu!! Keluar melalui tingkap aja.. haha~ kami pun tiru je lah keluar kat tingkap atau dyorang panggil jendela. Waduhh! Unik betul lah... kami melepasi gate dan langsung di bawa oleh abang agen pakej (abg A). Kami langsung di bawa ke chalet dengan hanya berjalan kaki. Dekat jer dari jetty. Keadaan sekeliling benar2 rasa seperti di dalam perkampungan aja.. rumah orang di kiri dan kanan jalan. Oh ya.. kecik jer pulau ni.. memandang seperti ular.. ular tidung (tedung) haha.. macam tu lah aku di beritahu. Ada bahagian, dapat lihat laut di kanan dan kiri. Bermakna, hanya memanjang daratannya. Haha. Ok.. teruskan..

Akhirnya kami tiba di chalet.. subhanallah! Cantiknyaaa! Tenang rasa.. kami disambut dengan makan tengah hari yang sangat enak ditambah bunyian ombak dan angin laut yang menghembus. Nyaman sungguh suasana ini. Gelak tawa kami sambil menjamu selera benar2 hilang keletihan atas kapal tadi. Saat ini, dalam fikiranku hanya nak cepat2 masuk laut. Haha.. kejernihan air benar2 membuatku excited!

Setelah makan tengah hari, kami di bawa ke “family room”. Kami meletakkan barang2 dan bersiap untuk aktiviti pertama kami di sini. Yeayyy..

Selepas siap, kami diberikan basikal (sepeda) seorang satu..rase comel jer naik basikal ni. Hehe~ yang cowo warna merah, yg cewe warna pink.. haha. Ok.. aktiviti pertama ni, kami akan berbasikal ke utara atau dipanggil “kebon wa wahid” atau “tanjongan”.. disini ada Jembatan Cinta dan orang jual kelapa muda segar.. ok.. itu sebentar lagi. Sekarang masa untuk pergi snokling. Perahu telah menunggu kami untuk di bawa ke tempat snokling. Perjalan dengan perahu hampir 30 minit. Puas!! Tadi kapal 2 jam 30 minit, sekarang perahu 30 minit! Pening tu tak perlu cakap lah.. memang terasa sangat tapi aku cuba tidak melayaninya.. dari duduk di belakang, aku bergerak ke depan.. biar angin hilangkan pening tersebut.. alasan aku berikan kepada teman2, aku mau ber’selfie’ padahal dah pening sangat. Haha~

Petang tu, kami ber’snokling’ di 1 pulau nih kemudian bergerak ke pulau putih di sebelah pulau yang snokling untuk bergambar.. setelah itu, 30 minit pula untuk perjalanan pulang. Kawanku sakinah tak dapat bertahan lantas menyapu minyak cap kapak.. bukan dia aje, aku sendiri pun akhirnya terpaksa sapu minyak cap kapak juga. Haha~ laut agak bergelora. Saat perahu melawan ombak, air laut percik sampai dalam perahu.. kadangkala ombak tinggi sehingga kami dalam perahu bagaikan berada di kaki bukit dan di kelilingi gunung biru.. haha~

Akhirnya kami sampai ke tanjongan.. Alhamdulillah~

Sepatutnya aktiviti kami seterusnya adalah ‘banana boat”, tapi kami batalkan saja. Aku, Fil dan kinah pergi mencari kelapa muda untuk mengurangkan loya. Aku dan Sakinah sahaja yang peningnya, Fil kuat! Haa.. kawan ku lagi 3 org, Mas Irwan, evi dan jenni, mereka bergambar di atas ‘Jembatan Cinta’..   

Petang itu, kami berbasikal lagi ke. Tapi kali ini ke barat pula untuk melihat sunset. Tapi nasib tak menyebelahi kami kerana awan mendung. Kami pulang ke chalet dan berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti malam iaitu berBBQ.. yeayy~ kami di hiburkan dengan lagu2 indonesia.. malah berpeluang untuk menyanyi bersama2.. haha~

26 Oktober 2015 (Pulau Tidung)

Keesokannya, aku dan mas Irwan ‘berjalan2’ di dalam laut sehingga ke tengah kerana air surut.. jangkat jer. Sangat indahh.. nyaman.. tenang.. arghh! Tidak tahu nak ungkapkan dengan kata2.. J
Jam 10.00 kami sudah di dalam kapal dan berpamit dengan abang2 yang membawa kami sepanjang di pulau. Mereka turut memberikan kepada kami ole2 keropok buatan penduduk pulau tidung. Makasih ya mas! Haha.. keadaan di dalam kapal sama seperti kedatangan kami.. tapi kali ini dipenuhi budak2.. mungkin rombongan sekolah kut.. ah! Aku dah tak fikir, lantas kami tidur terus sehingga sampai ke pelabuhan Kali Adem. Pening dan loya tidak ku endahkan..

Jam 12.00 kami tiba dan langsung mendapatkan kereta. Destinasi seterusnya ialah MONAS yang menjadi tugu Jakarta. Tetapi nasib kami juga tidak baik kerana MONAS di tutup pada hari Isnin. Kami hanya dapat bergambar di luar sahaja. Ga papa asalkan bisa sampai udah puas.. J MONAS ini seperti menara. Kita boleh naik ke atas dan melihat pemandangan kota Jakarta. Di luarnya terdapat orang menjual ole2. Kami mengambilkesempatan untuk membeli serba sedikit.. sikit je beli kerana trip kami bukan nak membeli sangat, tapi nak jalan2 jer.. hee~ Selepas itu, kami makan “Mee Ayam Bakso”.. mee = maggi yang siap di tos campur ayam masak kicap.. dan di beri semangkuk Bakso.. haha.. kami makan sehingga licin. Alhamdulillah~

Setelah itu, kami ke masjid Istiqlal yang merupakan Masjid utama di Jakarta ini. Setibanya di Masjid, kami di minta bayar tiket masuk untuk kenderaan. Setiap kenderaan yang masuk mesti membayar tiket! Seperti di mall! Katanya untuk penyelenggaraan kawasan parking dan untuk pembangunan masjid. Ok lah tu.. kami masuk solat dan bergambar di persekitaran masjid..

Kami teruskan perjalanan melihat sekeliling ibukota Jakarta. Kelihatan Banggunan2 yang penuh dengan senibina indah. kami ke Tanah Abang.. antara tempat shopping.. jalan kaki di tengah bandar.. bergambar di tugu mercu tanda Jakarta.. Akhirnya, kami singgah di satu Mall yang sangat besar. Menikmati Aiskrim special Jakarta. Hee~

Malam itu kami disajikan dengan “Nasi Goreng + sayur + keropok” dan juga sate padang. Enaknya.. kedatangan Putri dan Solihin membawa makanan lagi.


Keletihan sudah terasa di seluruh tubuh.. kami pulau semula ke rumah kawan dan tidur senyenyaknya kerana esok kami akan ke Bandung pula! Yaeayy~



gerai2 seperti ini penuh di mana

gerai bergerak.. haha~ tak tahu lah apa namanya

perjalanan ke Pelabuhan Kali Adem

perkampungan tepi laut di pelabuhan kali adem.. kelihatan kereta
Mas Irwan tengah cari parking.

ferry2 di Kali Adem.. ku fikir ferry yang cantik tuu.. haha~

rupa2nya ferry ini yang membawa kami 2 jam 30 minit ke Tidung!!

selfie dulu di dalam ferry~

deruan ombak dan enjin membingitkan telinga..

hahah~ moto juga nak naik ferry!!

orang ramai hanya duduk di mana sahaja sekeliling ferry..

ini atas perahu masa dalam perjalanan snokling.

jembatan cinta!!! haha..
serius banyak ikan cantik2 di sini...

haha~ foto dulu...

besttt~~

kantoi selfie.. haha

jom BBQ dulu..

haha~ speed boat di air yang cetek..

inilah kawasan chelet kami... 

air surut.. boleh jalan hingga ke tengah.. jangkat jer..

pemandangan dari atas chalet kami..

basikah (sepeda) yang kami gunakan sepanjang di Pulau Tidung..
Haha.. mcam comel jerr...

Masjid Istiqlal, jakarta

Bajai.. antara pengankutan terpenting..

macettt.. segalanya ada atas jalan! haha

mercu tanda Ibukota Jakarta.. bukan yang baju biru tuu! haha

bangunana2 besar di ibukota Jakarta

gerai2 yang ada di mana2 di Indonesia..

pekena aiskrimm,,, sedappp.. aku punya nih!

aiskrim gula kapas.. haha

dari dalam Mall.. hebat do!

nasi gorengg... menu malam kami..

pempek palembang.. putri dan solihin bawa~ tapi dah kenyang..


haha~ cukup dulu lah bahagian 2.. haha~ dah letihh.. nanti sambung lagi bahagian 3 ke Bandung pula hehe~
selamat malam semua.. 
kalau nak tau pasal pakej pulau ni, boleh search aja kat google.. "paket pulau tidung murah" atau apa2 ja..pasti akan jumpa.. 
ok.. 
see u all my friend~

salam alaikum.. :) 

Sabtu, 24 Oktober 2015

My short journey to Jakarta and Bandung (bahagian 1)

Nukilanku dengan bahasa yang ringkas dan santai sebagai berkongsi pengalaman di negara orang.. hee~

24 okt 2015
02.50 - TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

                Kesejukan penghawa dingin di terminal bersepadu selatan (TBS) menggigit tulang belulang kami.. Masih setia menunggu ketibaan bas 'Jetstar' untuk membawa kami ke terminal KLIA 2.. Inilah permulaan perjalanan kami merentasi lautan ke negara jiran. Perancangna kami hampir 6 bulan akhirnya telah tiba masanya. Tidak sabar rasanya mahu menjejakkan kaki di bumi yang hanya selalu ditonton di dalam sinetron.
Tepat jam 03.00 pagi, akhirnya bas telah sampai.. Lantas kami bangun dan dengan segeranya menuju ke bas.. Beg kami capai dan simpan di ruang bagasi. Kami hanya bawa beg galas. Kononnya style backpacker.. Hehe..
Ok... Ini peluang untuk tidur sebentar.. Dijangka perjalanan mengambil masa selama sejam 15 minit.. Sempat untuk memejamkan mata. Okei.. Tidur dlu..

06.40
                Alhamdulillah.. Sekarang sudah berada di balai pelepasan gate Q3 untuk pesawat Lion Air JT0287 ke Jakarta. Boarding jam 07.40 dari KLIA 2.. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih kurang.. Dijangka akan sampai jam 9 lebih waktu tempatan.. Untuk di jakarta, berbeza sejam daripada malaysia. Awal sejam.. Kalau di malaysia sudah jam 10, di jakarta masih pukul 9.. Begitulah.. Ok. Sekarang seriusly mmg sangat mengantuk.. Soo sleepy..

09.40 (8.40 pagi jam tempatan)

Alhamdulillah.. Macam tak percaya sudah mnjejakkan kaki di bumi jakarta... Soekarno- Hatta International Airport yang bercirikan tradisional indonesia menyambut ketibaan kami. Teman Jakarta Mas Irwan dan Evi telah menunggu ketibaan kami dan menjemput aku dan 2 lagi kawan di terminal 2, airport Jakarta ini... Luas benar airport ini kerana sebaik tiba, kami turun dari pesawat, langsung naik bas airport seperti di jeddah.. Bas bawa kami ke terminal ketibaan.. urusan imegresen dan kastam juga sangat mudah.. kami disambut dengan ucapan selamat datang Mas,Mbak. Hehe.

Perjalanan dengan kereta Mas Irwan sangat lancar melalui jalan toll. Disini, jalan toll tiada langsung motor,  beca dan sejenisnya. Jika jalan umum, fuh! Jika aku drive, tak berjalan kereta.. terlampau banyak motor, angkut, bajai, beca, penjual kaki lima.. macet bangat sih! Haha..

Hampir sejam perjalanan, akhirnya kami tiba di rumah kawanku bernama Jenni. Kawasan perumahan yang padat di tengah ibukota Jakarta. Wah! Ini pengalaman baru bagiku. Jarang aku merasai keadaan yang sangat sesak seperti ini. Semua orang dengan ragam masing-masing.. golongan tua berborak sambil minum teh (disana glemer dengan teh.. teh pucuk, teh wangi, teh hijam.. segalanya teh.. haha), golongan muda berlumba-lumba mencari pelanggan untuk gerai mereka dan dari kenderaan yang di panggil angkut-angkut (van yang diubah suai menjadi pengangkutan awam utama di sini), juga abang Gojek (taxi motor) menunggu pelanggan mereka. Keadaan seperti ada karnival kalau di Malaysia.
Setelah sampai, kereta di parking di hadapan Indo Mart kerana laluan ke rumah kawan hanya boleh dilalui oleh motor atau berjalan kaki sahaja. Hanya muat untuk berselisih motor sahaja. Ini keadaan biasa di Indonesia baik di Jakarta, bandung atau di Surabaya (perjalanan 24 jam menaiki kereta dari Jakarta) haha.. kalau malaysia, dri Perlis ke Johor bahru baru 10-11 jam.

Ok.. teruskan cerita..

Kami di sambut dengan rasa senang bangat oleh kawanku. Di rumahnya hanya dia dan kakaknya sahaja. Ibu dan ayahnya bekerja di tempat lain. Jadi meriah dengan kedatangan kami ditambah pula kawan-kawan Jakarta yang lain seperti Putri dan Solihin.. kami bertiga, di tambah Mas Irwan dan Evi, Jenni, Putri dan Solihin, 8 orang kami berborak santai.. temanku lagi 2 orang masih belum mahir menuturkan bahasa Indonesia, jadi suasana jadi kelakar dan senda gurau antara 2 bahasa. Aku juga masih tak boleh. Kadang-kadang mereka sampai tertawa bahasa aku.. haha.. lucu bangat bahasanya bang.. haha.. akhirnya kami hanya tertawa.

Kedatangan kami telah di rancang sejak awal lagi. Jadi, mereka telah bersedia menunggu kami dengan makanan yang di masak oleh mereka sendiri.. haha.. ada maggi, nasi, pisang cokelat, dan tak lupa makanan wajib mereka adalah keropok dan tempe. Kami makan dengan berseleranya tengah hari itu.. kerana selepas ini kami ada agenda lagi. Di rumah, kami sekadar makan, bersiap ala kadar dan letakkan begpack kami. Hari pertama ini, kami Cuma di Jakarta melihat ibukotanya.. kami dibwa ke Kota Tua.

Kota Tua, Jakarta

Wah!!! Ramainya orang.. aku fikir keadaannya sama seperti di Malaysia kerana aku di beritahu di Kota Tua hanya terdapat muzium-muzium.. klu di Malaysia, Muzium ni sunyi..haha..
Ok. Aku semakin teruja setelah sampai disini.. monopod dan kamera langsung aku keluarkan. Punat kamera di tekan sesuka hati sahaja. Takpe, pakai memory card.. haha..
Disini terdapat costum-costum, pameran dan boleh masuk muzium-muzium.. terdapat juga bagi sesiapa yang nak berbasikal “basikal tua di malaysia” dan nak berbelanja ole2 dan makanan.. pelbagai makanan pelik2 bagiku yang aku lihat disini..

Ya udah.. lihat sahaja lah foto2 di bawah ya... 

selfie sokmo~ hehe

cukkk.. cakkkk!..haha~ manusia terapung derr.. 

terdapat banyak manusia patung macam ni dalam pelbagai posisi dan style.

Dataran Kota Tua, Jakarta. Disekelilingnya adalah Muzium-muzium.

tak terkecuali costum2 kartun..

dah jadi kawasan dyorang bersantai petang2..

wah! Upin Ipin juga ada.. Happy dyorang bila di beri wang kertas RM1..
1 singgit..! 1 singgit!

antara bangunan di sekelilingnya..


Disekeliling Kota Tua ni terdapat Muzium Fatahillah, Muzium Keramik, Muzium Wayang, Muzium Bank Indonesia, Muzium Bank Mandiri dan Muzium Bahari.. tetapi kami hanya masuk 2 muzium sahaja kerana terlalu capek.. haa~ nice lah utk hari pertama.. we need rest.. keletihan~ tapi seruu.. asyikkk.. haha~ (maksudnya happy lah)

cukup dlu bahagian pertama yer.. haha.. selepas tu, kami ke Mall tepi laut.. Waww! hebat kut jakarta nie.. haha..sekejap jer melihat2 pemandangan tepi laut.. stelah itu, kami menjamu selera di Steak House.. nyummy~

Malam tu kami balik, langsung tidur tak sedar.. jam 4 dah kena bangun solat subuh dan bersiap ke Pulau Tidung pula.. Yeayyy!


UIA - TBS - KLIA 2 - Soekarno- Hatta International Airport - rumah kawan - Kota Tua - Mall - Steak House - rumah kawan.



Sabtu, 15 Mac 2014

Kumpulan Marhaban Citra al-Wafiyyah (IIUM) - FESTMA-V UPM 2014





Bismillah..



Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah yg masih memberi peluang dan  ruang kepada kita selaku hambanya dalam meraih kehambaan kepadaNya dan nikmat yang tidak ternilai dalam khidupan seharian kita.



Saja je malam nie, walaupun cuaca yg tidak menentu dengan kemarau dan jerebu, tetapi nikmat malam tetap dirasai. Yang penting setiap kita mesti berfikir akan hikmah setiap apa yang Allah jadikan.. Baik sesuatu yg pada pandangn kita buruk atau baik.. Eh! sebenarnya bukan niat utk berceramah atau cerita perihal nie.. buka2 jer blog nie, asalnya nk cerita la sikt pengalaman masuk pertandingn marhaban peringkat IPT nie.. Tajuk pun "Marhaban di UPM~ Citra Al-wafiyyah".. haha :)



Alhamdulillah.. bersyukur kpd Allah, kmi dri UIAM berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan nie.. oh ya! Citra Al-Wafiyyah tue, nma nma kumpulan kami... bkn kami yg letakkan yer.. UIA yg letakkan.. emm secara tepatnya, Nasyid Club yang letakkan.. sbb kami pegi atas nama UIA tetapi everything diuruskan oleh Nasyid Club nie ar.. hee~



Sebenarnya, suka2 jer masuk nie.. skadar nk dapat pengalaman dan minat terhadap seni marhaban nie sendiri.. so, kami betul2 training secara serius 2 minggu sebelum pertandingan.. So, xdak la sngt nk fokus naib juara apatah lagi juara.. haha~ tapi xtipu laaa, dalam hati ada la jga sikit2.. hehe.. bohong la klu ckp xnak menang an.. haha~



So, mulalah training setiap malam kot... pkul 9.30 - 12.. setiap hari.. Fuh!! mmg penattt sangt.. tapi apakan daya.. nk dapat yg terbaik, kna buat yg terbaik... Berlatih.. berlatih.. sampai laa org kt area kami berlatih tu tahu dah.. sbb marhaban nie, mmg gna suara yg paaaaaaling tinggi.. mmg dengar ar satu banggunan.. haha~ tapi, ada kmi kesah?? haha.. lagipun marhaban an.. selawat kpd nabi.. bkan kami mlalak yg ntah pape..



akhirnya.. tiba la msanya.. lpas jumaat, kami bertolak ke UPM dengan kereta masing2~ terus menuju ke hotel.. Check In.. kmudian terus ke UPM utk sesi taklimat dan atur cara... program ini dinamakan Festival Marhaban Kolej Kelima atau ringkasnya Festma 5 UPM.. pertandingn nie terbahagi kpd 2 peringkat.. yg pertama saringan.. yg terbaik dripada saringn baru boleh ke Final... Alhamdulillah.. kami dapat ke final.. banyak kumpulan2 lain yg mmg terbaik dari segi vokul, pakaian... kami nie juz masing2 jer.. jubah putih masing2.. rida' masing2.. kasut pn masing2.. haha.. klu tgok IPT lain, seragam semua.. kopiah pn seragam.. Perghh!! tpi xpalah.. kmi nie p pun gitu2 ja an.. nek reta sendiri.. pakaian semua sendiri.. urus sndiri2 jer.. kalau nk dibandingkan dngn IPT lain siap datang naik bas Universiti lagi... waaah! mmg gempak ar.. cuak jga sebenarnya bla tgok macam tue.. tapi.. kmi try rilek ja laaa.. serius cakap, kami p sana macam p jalan2 jer.. p makan angin duk hotel.. malam2 siap boleh p kareoke pastu main bowling lagi.. kul 2 pagi baru balik hotel.. kami duduk di hotel Mines Time kat area UPM tu jer.. haha~



pertandingn final pn bermula la... kami mmg buat yg terbaik ar... sampai basah baju ngn peluh.. spotlight pn terang sangt.. mcm konsert la pla an.. haha~ akhirnya, alhamdulillah.. kami dinobatkan sebagai naib juara.. ok laaa tue.. haha.. UTP mnjadi juara.. mmg patut pun sbb dpa siap ngn bju seragam.. blazer pn sragam.. haha~ ok.. nie sy share kan video kmplan kami... Sekarg nie, kami still berlatih utk belajar lagu2 lain pla beserta rawi @ berzanji.. dan kami bersedia utk persembahan di majlis2 dan ape2 prgram.. InsyaAllah.. Doakan smoga kami istiqamah dalam mnyampaikan puji-pujian kpada nabi dan zikrullah~ hayatilah marhaban daripada kami, Citra Al-wafiyyah.....




Isnin, 10 Mac 2014

Marhaban di UPM~ Citra Al-Wafiyyah UIAM

Bismillah..

Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah yg masih memberi peluang dan  ruang kepada kita selaku hambanya dalam meraih kehambaan kepadaNya dan nikmat yang tidak ternilai dalam khidupan seharian kita.

Saja je malam nie, walaupun cuaca yg tidak menentu dengan kemarau dan jerebu, tetapi nikmat malam tetap dirasai. Yang penting setiap kita mesti berfikir akan hikmah setiap apa yang Allah jadikan.. Baik sesuatu yg pada pandangn kita buruk atau baik.. Eh! sebenarnya bukan niat utk berceramah atau cerita perihal nie.. buka2 jer blog nie, asalnya nk cerita la sikt pengalaman masuk pertandingn marhaban peringkat IPT nie.. Tajuk pun "Marhaban di UPM~ Citra Al-wafiyyah".. haha :)

Alhamdulillah.. bersyukur kpd Allah, kmi dri UIAM berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan nie.. oh ya! Citra Al-Wafiyyah tue, nma nma kumpulan kami... bkn kami yg letakkan yer.. UIA yg letakkan.. emm secara tepatnya, Nasyid Club yang letakkan.. sbb kami pegi atas nama UIA tetapi everything diuruskan oleh Nasyid Club nie ar.. hee~

Sebenarnya, suka2 jer masuk nie.. skadar nk dapat pengalaman dan minat terhadap seni marhaban nie sendiri.. so, kami betul2 training secara serius 2 minggu sebelum pertandingan.. So, xdak la sngt nk fokus naib juara apatah lagi juara.. haha~ tapi xtipu laaa, dalam hati ada la jga sikit2.. hehe.. bohong la klu ckp xnak menang an.. haha~

So, mulalah training setiap malam kot... pkul 9.30 - 12.. setiap hari.. Fuh!! mmg penattt sangt.. tapi apakan daya.. nk dapat yg terbaik, kna buat yg terbaik... Berlatih.. berlatih.. sampai laa org kt area kami berlatih tu tahu dah.. sbb marhaban nie, mmg gna suara yg paaaaaaling tinggi.. mmg dengar ar satu banggunan.. haha~ tapi, ada kmi kesah?? haha.. lagipun marhaban an.. selawat kpd nabi.. bkan kami mlalak yg ntah pape..

akhirnya.. tiba la msanya.. lpas jumaat, kami bertolak ke UPM dengan kereta masing2~ terus menuju ke hotel.. Check In.. kmudian terus ke UPM utk sesi taklimat dan atur cara... program ini dinamakan Festival Marhaban Kolej Kelima atau ringkasnya Festma 5 UPM.. pertandingn nie terbahagi kpd 2 peringkat.. yg pertama saringan.. yg terbaik dripada saringn baru boleh ke Final... Alhamdulillah.. kami dapat ke final.. banyak kumpulan2 lain yg mmg terbaik dari segi vokul, pakaian... kami nie juz masing2 jer.. jubah putih masing2.. rida' masing2.. kasut pn masing2.. haha.. klu tgok IPT lain, seragam semua.. kopiah pn seragam.. Perghh!! tpi xpalah.. kmi nie p pun gitu2 ja an.. nek reta sendiri.. pakaian semua sendiri.. urus sndiri2 jer.. kalau nk dibandingkan dngn IPT lain siap datang naik bas Universiti lagi... waaah! mmg gempak ar.. cuak jga sebenarnya bla tgok macam tue.. tapi.. kmi try rilek ja laaa.. serius cakap, kami p sana macam p jalan2 jer.. p makan angin duk hotel.. malam2 siap boleh p kareoke pastu main bowling lagi.. kul 2 pagi baru balik hotel.. kami duduk di hotel Mines Time kat area UPM tu jer.. haha~

pertandingn final pn bermula la... kami mmg buat yg terbaik ar... sampai basah baju ngn peluh.. spotlight pn terang sangt.. mcm konsert la pla an.. haha~ akhirnya, alhamdulillah.. kami dinobatkan sebagai naib juara.. ok laaa tue.. haha.. UTP mnjadi juara.. mmg patut pun sbb dpa siap ngn bju seragam.. blazer pn sragam.. haha~ ok.. nie sy share kan video kmplan kami... Sekarg nie, kami still berlatih utk belajar lagu2 lain pla beserta rawi @ berzanji.. dan kami bersedia utk persembahan di majlis2 dan ape2 prgram.. InsyaAllah.. Doakan smoga kami istiqamah dalam mnyampaikan puji-pujian kpada nabi dan zikrullah~ hayatilah marhaban daripada kami, Citra Al-wafiyyah.....



Ahad, 2 Mac 2014

Cinta sejati

بسم الله الرحمن الرحيم
Salamullahi alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

semoga kalian berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. dah lama rasanya tidak ku bermain papan kekunci ini.. menulis rasa yg terbuku dalam sanubari ini.. eh! xde la perasaan sangt.. cma skadar apa yg bermain didalam fikiran saaat jari ini menari meyusun kata... malu juga apabila merasakan akan ada org yg membaca dan mesti tergelak membaca coretan demi coretan yang entah pape an.. haha~ tpi mcm ayat yg pernah aku dengar.. Aiman tak kisah.. (ce try sbut mngikut intonasinya) bagussssss! hehe~

Kebelakangan nie, cuaca kat Gombak ni, panas sngt.. hari2 yg dilalui, sngt membahang shingga ramai yg didatangi dengn sakit kepada, demam, batul dll.. tak terkecuali diriku ini.. smpai dpt MC sehari dr klinik UIA.. xpe.. sakit ni sebagai ujian dan jga ebagai kifarah kpd dosa2~ kan.. kan...

Ya Allah.. sedar xsedar, rupanya dh 5 tahun aku berkecimpung dlm tugasanku sebagai mahasiswa di UIA nie.. ye lah.. 2 tahun di Pusat Asasi UIAM di Nilai dn 3 tahun di main campus UIAM di Gombak nie... Rasanya dah bermacam2 benda aku telah tempuhi.. hee.. tapi xde la hebat mne nk dibandingkan dengan org lain an.. tapi aku bersyukur kepada Allah yg memberikan nikmat dan segala2nya kepada aku.. segala ujian dan dugaan, mehnah dn tribulasi, gembira dan sedih, susah dan senang, segala2nya sangt aku syukuri... masakan kita akan matang jka tiada ujian.. masakan kita dpt selesaikan sesuatu masalah jika kita tiada masalah, malah setiap saat yg kita lalui xkiralah macam mna pun adalah sesuatu yg kita kena syukuri.. berfikirlah akan hikmah terhadap segala sesuatu yg berlaku kepada kita dan sekeliling kita, nescaya kita akan merasai tenang dn cool dalm mghadapi liku2 perjalanan di dunia ini...

C.I.N.T.A S.E.J.A.T.I

hee~ sbnarnya bukan ini tujuan aku nk menulis hari ini, tapi rasa terpanggil utk berkongsi apa yg ada dlm hati ini.. bkn ape, nnti bila dah tua, boleh la nk tgok2 balik dn boleh dijadikan sebagai kenangan..
bla sebut pasal cinta sejati nie, ramai yg mngatakan dgn istilah2 cinta buta, ku sanggup renangi lautan api, biarku mati asalkan kau bahagia, tanpa engkau kekasihku xbermakna hidup, dan bermacam2 lagilah... wahhh! agongnya cinta sehingga sampai tahap yg macam tue... adakah manusia tidak mengerti bahawa akan ada dunia lain lagi..dunia yg kekal abadi... sehinggakan sanggup buat apa shj termasuk gadaikan maruah!! klu dah kawin, xpelah.. itu cerita lain.. bkn kategori gadai maruah dah, malah buat ape shj dpt pahala beb! suap air kosong kt pasangan pn dpt pahala kot! ok. bkn nk cerita pasal org yg dah kahwin, tpi couple2 yg belum kahwin nie... kluar merata2.. berpegangan tangan.. ucap janji2 dan kata2 manis, utk ape? malah org yg dah bertunang pun... heboh satu dunia tntang pertunangannya..utk ape? cuba fikirkan, seandainya tidak jadi, xke akan memberi malu? apatah lagi kpd si wanita...

ok jap.. klu la anda wanita solehah, mahukah anda dngn lelaki yg pernah berpegang tangan, berpelukan dngn perempuan lain tanpa muhrim? utk lelaki2 soleh pla, anda mahu jika mendapat isteri yg begitu? sudah tentu berat an walaupun itu adalah kisah silamnya... cool suda.. xperlu nk heboh2 dal media sosial atau ape2 pn... utk ape kita nk tayang diri kta dengn "boy@girlfriend" kita... klu suami dan isteri mgkin boleh cnsider sbb nk bagi org kenal ke an..

aku tulis, bukan nk kata aku perfect dn maksum (tiada dosa mcm para nabi).. malah, aku pun tak terlepas dripada mlakukan maksiat2 dan dosa2.. cuma, Islam mengajar kita saling nasihat menasihati, so, aku cuba utk berkongsi supaya hidup kita akan lebih bernilai dan mengikut segala yg diperintahkan oleh pencipta kita, ALLAH SWT..

kawan2~ cinta sejati di dunia nie hanya Allah... kepada manusia xde istilah cinta sejati yg sebenarnya hatta isteri sekalipun, sebab selalu sy ckp bhawa cinta sejati hanyalah apabila berpegangan tangan di syurga Allah nnti... berjaya memasuki syurga allah bersama2 suami dn isteri, berpegangan tangan, menghayati keindahan syurga yg mna mngalir dibawahnya sungai susu dan khamr... ada pohon2 yg menghijau dn istana bertatahkan zamruh dan berlian... luasnya seperti 3 dunia... di dalamnya xterucap dn xterungkap kenikmatannya... dan di sinilah kehipun kita akan selama2nya.. kekal abadi... bersama isteri tersayang... disini jauh dri sifat2 mazmumah, nafsu2 jahat, syaitan yang menghasut... disinilah bru cinta sejati yg sebenar2nya antara kasih dn kekasih...

Di dunia, hanyalah sebagai satu medan proses menyemai dan menanam benih cinta sejati itu utk dituai tatkala menjejakkan kaki di dalam syurga Allah nnti... Sebagai manusia biasa, kita xdapat lari dri perasaan malas, bernafsu, apabila keseorangan... sebab itu diciptakan teman yg akan saling.. saling.. dan saling (antara dua pihak) saling nasihat-menasihati, saling cinta-mencintai, saling ajak-mngajak membuat kebaikan dan segala2nya.. sbb hnya suami dan isteri shj yg dpt bersama dri bngun tdur sehingga tidur semula.. malah ketika tidur pn bersama... klu mak ayah, kawan2 dan org lain xkan dpt melalui setiap episod khidupan seharian kita... so, disinilah adanya proses2 tanam, semai, baja, dn jaga cinta sejati itu... bersama2 bertahajud.. sama2 mendidik anak2 mnjadi anak2 yg soleh/ah yg dpt mendoakan kita bla kita mati nanti, sama2 menambah ilmu dan mengamalkannya dlm kehidupan seharian, bertadabur alquran dn bermuhasabah.. nah! inilah yg akan membentuk keluarga yg allah redha.. apabila allah redha, allah sayang.. bila allah sayang, insyaAllah allah akan beri ganjaran dngn pertemuan semula kita bersama keluarga kita di dalam syurga allah... saat itulah saat mekarnya cinta sejati yg sebenar2nya...

tidak dapat tidak, proses ini bermula daripada diri kita sendiri bagi membentuk fardi muslim (individu muslim), kemudian pemilihan pasangan utk membentuk baitul muslim (rumah / keluarga yg mengamalkan ajaran islam sepenuhnya) kmudian anak2 yg soleh/ah dn masyarakat islam... jdi, kmbali apa yg aku perkatakan di awal2 tadi, penting utk kita melihat diri kita dan apa yg kita nak di kemudian hari... purata hidup manusia nie dlm 70-80 tahun shaja.. sekejap jer.. pejam celik.. pejam celik, dh dewasa kemudian tua.. kemudian mati.. dunia nie hanya sementara, jdi, rebutlah peluang ini utk bhagia di akhirat nanti didalam syurga Allah nanti.. Aminnn ya rabb~


Ahad, 1 Disember 2013

~aNtaRA ePisoD keMbaRaku~

28 November 2013 - 

Seawal 5.30 pagi aku telah bangun utk mncari kekuatan dripada pencipta yang esa .. sehinggalah kedengaran suara azan yang mendayu2 .. lantas aku bersiap ala kadar dan menuju ke kereta kecilku .. engine dihidupkan dan aku bergerak menuju ke masjid.  tepat 6 pagi, bilal melaungkan iqamat.. kmudian aku diminta untuk mengimamkan solat subuh tersebut.. selepas subuh, diriku sekali lagi diminta untuk memberikan sedikit tazkirah subuh kerana ustaz yang sepatutnya hadir, tdak dapat hadir.. lantas aku memulakan bicara dengan pujian kpd allah dan rasulnya serta syukur kpada Allah~ sejujurnya aku tak tahu nak bercakap apa kerana tiada persediaan.. jdi, aku hanya berkongsi sedikit sebanyak "tentang cinta".. eh! bukan apa yang kamu fikirkan, tapi cinta kepada allah.. cinta kepada nabi.. dan cinta sesama manusia.. 

alhamdulillah~ 
tepat pukul 7 aku kembali ke mahalah.. maka, brmulalah rutin aku sem nie.. seawal jam 8 pagi aku dah kluar utk pergi mngajar al-quran di taman pinggiran permata.. aku mngajar drpd pukul 8.30 -9.30.. seusai mgajar terus aku memecut kereta kecilku pulang ke UIA utk meneruskan sesi pembelajaranku sebagai student.. setiap hari kelas aku pukul 10 pg - 1 ptg.. pada hari itu, ada tugasan menantiku lantas aku tergesa2 pulang ke mahalah dan bersiap ala kadar dn masukkan 1 2 helai baju.. shabat baikku dihubungi dn dengan kreta kecilku aku menuju ke Pantai Dalam untuk mngambil barang Darul hadis utk di bawa pulang ke Kedah.. 

setelah melalui jem dan sebagainya (maklumlah.. KL kan) akhirnya tepat pukul 6 ptg dh berada d KLIA.. kmudian trus terkejar2 menuju tempat bungkus brg2 (apetah nmenya.. lupa dah.. hee) 

YA allah.. msa smakin suntuk utk check in lantas lari2 anak ke kaunter Malindo Air utk check in~ aku hampir terlewat .. tapi alhamdulillah, sempat jga utk aku check in dan drop luggage.. Allah.. flight aku delay pla hampir sejam setengah.. spatutnya pukul 8.25 tapi hampir pkul 10 bru sampai.. aduh.. letihnya menunggu.. sabar2.. naik flight macam nie laa.. akhirnya sampai pun.. 

Masyaallah..! cantik jga flight nie.. besar.. hehe.. maklumla, jarang naik flight.. aku naik Malindo Air.. flight nie besar, bkn mcm air asia, sempit bangt sih.. siap ada screen di setiap seat.. ada music, lagu2, movie.. kmudian diberikan door gift..haha~ blh tahan la,,  di udara, aku melalui cuaca buruk yg menyebabkan kapal terbang terhuyung hayang... sesekali bergegar sehingga asst pilot suruh semua kembali ke tempat masing2 dan memakai tali pinggang keselamatan... 

ya allah.. cuaknya.. xpernah macam nie... akhirnya sampai di Penang airport.. alhamdulillah.. jam dah mnunjukkan pkul 11 mlm.. aku diambil oleh ust shah darul hadis kmudian mnuju ke Sungai Petani Utara kmudian tukar kpada akh umar.. Dengn Hilux, aku di bawa ke stadium suka menanti (prgram lantunan mahabah Kedah).. 

hampir pukul 3 pagi bru dibawa pulang ke rumah... kesian abah umi sbb aku terpaksa membangunkan mereka di awal pagi.. silap aku, xduplicate kunci rumah utk simpananku... klu x, kan senang... jam dah menunjukkan pukul 3,30 pgi.. badanku mmg terasa sangt letih... aku mandi sekejap tuk kembalikan kesegaranku... aku sempat tidur sekejap sehingga jam 5.30 pgi (2 jam jer) sbb kebiasaanku akan terjaga pkul 5.30 pgi...



29 November 2013 - 
alhamdulillah.. seperti biasa aku dapat solat berjemaah di surau di hadapan rumahku.. org kampung pakat bersalaman dan berpelukan denganku.. membuatkan aku sangat terharu... ya allah baiknya orang kampung nie~


selepas itu, aku habiskan awal pagi tu dengn bersembang dan bercerita dengan abah, umi, makteh dan family ku di ruang tamu~ macam cerita aku ceritakan.. tntang flight delay.. flight bergegar sehinggalah hari cerah.. kemudian, aku keluar dangn abah dan adik kecilku pergi ke pekan kuala kedah utk beli roti canai~ lamenya xmakn roti canai... sedappp.. hehe~ aku dukung adikku, org kata anak aku.. haha~ ada rupa jadi ayah dah nie..

balik rumah.. kami breakfast sama2.. seronoknya.. jarang aku breakfast di uia.. haha.. biasa la tu... dalam hampir pukul 10, aku dan family bertolak pergi ke rumah tok... sebelum pegi umah tok, aku singgah sekejap di Lantunan Mahabbah.. ya Allah.. seronoknya tengok semua berpakaian putih termasuk aku dan masing2 datang kerana cinta rasulullah... subhanallah~ 

kmudian perjalanan diteruskan ke rumah tok... setelah sekian lama, akhirnya aku dapat bersolat jumaat di rumah tok aku.. aku diminta membaca khutbah seperti kebiasaan, tapi aku xbersedia dan terlalu letih, jd aku terpaksa menolak... di rumah tok aku, family2 aku (mak2 sedara dan sepupu, tok dan tokwan) buat bubur assyura... kami ramai2 kacau bubur.. bestnya.. mmg meriah tambah pla ramai sepupu2 aku yg masih kecil.. mmg riuh rendah.. keadaan aku mmg dah teramat letih tapi aku bersemangt bila bersama family mcm nie... malam itu aku bertolak ke KL semula.. haha~ sekejap ja an aku balik.. 



30 November 2013- 
seawal pagi aku sampai di KL.. lantas aku mencari masjid.. aku pergi ke masjid jamek kerana berdekatan dengn LRT utk aku pulang ke UIA.. jam dah menunjukkan pukul 5.00 pgi.. lantas aku mngambil wudu' dan bersujud kpd yg esa... alahamdulillah~ walaupun letih, aku merasa sngt tenang bila dapat bertemu sang pencipta... aku solat subuh di masjid jamek KL.. 

selepas solat, aku menuju ke LRT dan naik LRT menuju ke Gombak.. di tanganku msih setia memegang bubur assyura utk diberikan kepada sahabat2ku di UIA.. dek kerana terlalu letih, sepanjang perjalanan dengan LRT, aku tertidur.. akhirnya aku tersedar bla betul2 dah smpai di Gombak.. ape lagi terus aku ambil beg dan keluar... sahabatku mngambilku dngan kereta kecilku... dalam kereta, dy tnya, mana bubur assyura yang hang masak kelmarin.. YaAllah!! aku tertinggal atas train.. aduhhh.. nk pusing balik mmg xleh dah.. mmg bukan rezeki korg la.. huhu~


dalam pukul 7.30 aku sampai di UIA.. lantas aku teringat utk hantar sahabtku ke saudi school sbb dy mngajar di situ (aku pn biasa mgajar disitu 2 kali).. pukul 8.30 aku hantar mereka...

dalam perjalanan pulang dripada hantar mereka, aku telah terlihat seorg pakcik tua bersusah payah utk membuka tayar keretanya yg pancit... lantas aku u turn dan pergi kpd pakcik tue.. aku mnawarkan pertolongn utk menukarkan tayar keretanya... aduh! penat sangt sbb bdan aku terlalu letih~ tapi xpe, aku biase dgr hukama ckp, spe tolong org diwaktu pagi maka seluruh hari itu allah akan beri kekuatan... Yela!! lps tue aku jadi mcm kuat.. dah xmnguap.. dan jdi biase jer.. aku tgok kereta, kotornyaaa... > aku bawa g snow wash kat Greenwood.. tempat biasa aku basuh kereta... haaaa~ dah bcantik n berkilat.. hehe~ pkul 12.30 aku mngambil mereka kembali.. 

kemudian singgah sekejap utk lunch di Deen Restaurant di Danau Kota.. alhamdulillah~ kenyang setelah dri semalam tu xmakan... aku hantar mereka pulang ke mahalah mereka.. tetiba, aku teringat sahabat baikku.. aku msg dy tnya khabar.. kmudian dy terus call aku.. slpas bertanya khabar dirinya dan family nya.. dy ckp, dy teringn sangt2 nk keluar release tension tambah pla dy bru sembuh dri demam... tanpa fikir panjang aku terus stuju dan kami kluar pergi tengok wayang~ pada asalnya kami nk tengok cerita lakonan Ustaz Azhar Idrus.. tapi nasib xbaik sbb tempat yang kami pergi tiada cerita tue.. huhu~ xpe la.. kmudian.. pergi ke Ampang makan pecel Lele~ shabatku ini minat makann tue.. ni mkanan indonesia.. nk tahu ape, carilah sendiri.. hehe~ lepas makan, kami singgah di Aeon Big Ampang utk solat dan jalan2 sekejap.. 

kemudian, kami naik bukit Ampang utk lihat pemandanagn seluruh Kuala Lumpur.. Subhanallah.. cantiknya~~
hampir pukul 10 malm baru kami pulang... aku sampai di bilik.. dalam fikiranku hanya fikir utk terus baring dn tidurrrr... tetiba aku dapat msg dri kawan minta tolang ambilnya di LRT.. jam dan menunjukkan pukul 11 malam.. Allah.. letihnya.. tpi aku gagahkan diri jga pergi mngambil kawanku itu... sbb jenis aku happy kalau dapat bantu kawan, apatah lagi kawan baik aku... hampir pukul 12 aku sampai di bilik.. 

sebelum aku tidur, macam biasa aku aku ingt semula apa yg aku perlu lakukan esok hari... Ya Allah!! aku baru teringat bahawa pagi tue aku kena bagi Tazkirah subuh di Masjid Batu 11 Gombak.. Allah.. Apa yg aku nk cakap esok.. arghh.. tidur dlu lah... hampir pukul 1 aku baru dpt lelapkan mata... kemudian, dalam pukul 3 pgi, aku dapat msg tentang prgram.. YaAllah! benar2 mnguji kesabaranku krna aku terjaga.. dan susah dah nk tidur semula.. aku paksakan jga, akhirnay terlelap.. 

pagi tue, aku terjaga macam biasa, pukul 5.30 pagi.. lantas aku bersiap dan start kereta dan pergi ke masjid~ pagi tue aku bnyk berkongsi tentang sejarah dan sirah.. pukul 7.30 aku pulang dan tetiba aku dpt msg dri kwan sama kos mnta tlg hantar ke sg pisang.. allah.,. bru plan nk tidur.. tapi aku xtidur dan aku bantu bawa mereka... 

balik tue, aku pergi ke darul hadis.. alhamdulillah dpt jga aku tidur sejam.. aku bngun, mandi dn solat dhuha 2 rakaat kmudian aku ambil kembali mereka di sg pisang.. dan pulang ke UIA..  terus menuju ke meeting utk prgram.. pukul 2 ptg ada meeting lagi sampai pukul 4.30 ptg.. balik bilik, mandi dan rehat sekejap.. huhu.. letihhhh~ 

kmudian pukul 6 aku kembali ke darul hadis utk mnyiapkan dan kemas... sbb ada org nk duduk... lps maqrib, aku keluar dinner dgn kawan baikku dan kawan dri bukhary international university, kedah di Dapur Thai, taman melati... sedap makan nasi dalam nenas..

haha~balik dri makan tue, aku bersembang2 sekejap dkt bilik kawan baikku dan smpai laaa sekarang.. saat aku menaip ayat2 ini~~ haha~ inilah perjalann hidupku sepanjang 4 hari ini...letih.. tetapi puaihhh~~ haha~ so skarang jam dah menunjukkan tepat pukul 12~ dah ngntuk dahh.. ada satu assignment belum aku buat dan slide utk presentation pn blum buat.. aduh~ xlarat dah nk buat... sambung pagi esok je la... nak tidur dlu dan aku harap aku dapat bngun pukul 5.30 pagi esok dengan segar dan dpt siapkan assignment aku tue... haaaaaaa... letih dah~~



Agenda esok~


8.30 - 9.30 : mngajar quran
10.00 - 3.30 : kelas
4.30 : gerak g darul hadis
5.00 - 6.30 : ngajar tarannum
leps maqrib : ngajar quran
lpas isya : study, buat assgnment dn kerja2... tidor~



Ya Allah permudahkanlah ya allah~~~

Isnin, 1 April 2013

Ayuh!! Amalkan sunnah Nabi kita Muhammad S.A.W

بسم الله الرحمن الرحيم
Pembuka bicara,  moga rahmat mencurahi kita semua...
Subhanallah~ Alhamdulillah~ Allahu akbar~

Dah lama aku tidak coretkan sesuatu dalam blog ni.. hinggakan hampir ku lupa password.. ish3
jadi, alang2 dah buka nie.. teringin jga nk tulis something.. hehe~

Semakin menginjak usia kita.. semakin dekat kita dengan saat kematian~
Bersediakah kita?? Ya allah.. sejujurnya aku belum bersedia.. terlalu banyak maksiat dan dosa yang aku lakukan.. ya Allah~ Ampunilah aku ya Allah.. 

Saat ini.. aku terlalu rindu.. kerinduan ini bagaikan hujan lebat yang diselangi ribut baru sahaja melanda bumi UIA nie.. guruh dentum mendentum.. Kilat sambar menyambar... oh Allah~ Bagaimanalah saat pengakhiran bumi ini...  terlalu dahsyat seperti yang Kau bayangkan kepada kami dalam Al-Quran...

Aku rindu~
Aku rindu Rasulullah~~
Aku berusaha untuk amalkan sunnah baginda...
Apa itu sunnah??

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya, dan orang-orang yang memegang kekuasaan antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan rasul,  jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan." 
(Surah An Nissak:59)

"Kembalikan kepada Allah dan rasul" yang dinyatakan oleh-Nya dalam ayat tersebut jelas merujuk kepada al-Quran dan sunnah. Justeru, tidak dapat tidak, manusia tidak hanya perlu bergantung kepada kitab Allah, tetapi juga sunnah Rasulullah yang mempunyai pengaruh amat besar dalam perluasan pembinaan hukum Islam.

PENGERTIAN SUNNAH

As sunnah mempunyai pelbagai pengertian yang dilihat berdasarkan kaca mata banyak pihak. Walau bagaimanapun, setiap definisi yang diberikan kelihatan tidak banyak bezanya antara satu sama lain.

Dalam buku berjudul Pedoman Muslim terjemahan daripada Minhaajush Shaalihin, ahli hadis melihat sunnah sebagai sesuatu peninggalan Rasulullah sama ada dalam bentuk perkataan, ketetapan mahupun sifat-sifat jasmani atau budi pekerti serta sejarah hidup – sebelum dan sesudah kenabian baginda diangkat Allah.

Sementara bagi ahli usul, as sunnah merupakan sesuatu yg dinukilkan daripada Nabi Muhammad. Ini boleh jadi membabitkan perkataan, perbuatan mahupun ketetapan. Contoh yang melibatkan perkataan ialah sesuatu yang disabdakan oleh baginda dalam pelbagai bentuk yang berhubung dengan pembinaan hukum. Perbuatan pula adalah seperti perlakuan Rasulullah dalam urusan ibadah seperti solat.

Menurut istilah fikah, as sunnah merupakan sesuatu yang tetap (sah) daripada baginda. Ia bukan fardu dan tidak wajib. Menurut sebahagian daripada ahli fukaha, sunnah adalah mutlak atas sesuatu yang berlawanan dengan bidaah.


PERANAN SUNNAH DALAM KEHIDUPAN

Sebagai hamba Allah, al-Quran wajib dijadikan panduan hidup. Begitulah juga keadaannya dengan sunnah. Abu Abdillah Hakim mentakhrijkan daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah bersabda :

"Sesungguhnya syaitan telah putus asa untuk menjadi sembahan di bumimu, tetapi ia senang untuk ditaati selain disembah daripada perbuatan-perbuatanmu yang merendahkan kamu, maka berhati-hatilah. Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepadamu selama kamu bepegangan dengannya maka kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya."

Hadis merupakan sunnah Rasulullah. Dalam Islam, ia termasuk dalam dalil bagi menentukan hukum serta peraturan agama selain al-Quran. Ia terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama berperanan penting dalam menjelaskan maksud al-Quran. Sementara yang kedua pula menghuraikan hukum-hukum yang tidak dinyatakan oleh Allah dalam kitab-Nya.

Ini sesuai dengan dua firman Allah dalam surah An Nahl ayat 44 yang bermaksud :

"Kami turunkan kepadamu (Muhammad) akan Quran supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan (Quran) kepada mereka."  

Dan surah An Nissa' ayat 59 yang bermaksud:

"Hai orang beriman! Ikut olehmu akan perintah Allah dan ikut olehmu akan perintah rasul."

Walau bagaimanapun, agak menyedihkan apabila tidak semua semua daripada sunnah baginda dilaksanakan dalam kehidupan kita. Dan tambah menyayat hati apabila wujud segelintir pihak yang memesongkan sunnah Rasulullah dengan memutar belitkan hadis.

PERINGKAT HADIS

Terdapat beberapa peringkat hadis iaitu sahih, hasan dan daif.

Hadis sahih merupakan hadis yang sanadnya bersambung dengan riwayat orang adil yang memiliki ingatan kuat (dhabith). Selain itu, hadis tersebut turut selamat daripada unsur-unsur penyimpangan dan illat (penyakit). Hadis sahih tidak terkumpul secara mutlak dalam satu kitab hadis.

Bagi hadis hasan pula, perawinya ringan iaitu tidak kukuh hafalannya berbanding hafalan orang yang dhabith.

Sementara hadis daif adalah hadis yang tidak melengkapi syarat-syarat hadis sahih dan hasan. Terdapat tiga jenis hadis daif iaitu daif (lemah), amat daif (sangat lemah) dan hadis maudhu' (palsu).

SUNNAH SEBAGAI SUATU HIKMAH

Sunnah Rasulullah amat istimewa kerana ia merupakan suatu hikmah.

Allah berfirman dalam kitabnya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah telah memberikan kurnia bagi orang-orang yang beriman, ketika dia telah mengutuskan seorang rasul kepada mereka antara mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka dan membersihkan mereka (dari sifat-sifat yang jahat) lagi mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata." (Ali Imran:164)

Berdasarkan ayat tersebut, kebanyakan ulama dan penyelidik berpendapat, hikmah yang  dimaksudkan ialah sesuatu yang diperlihatkan oleh Allah kepada baginda daripada rahsia agama dan hukum syariat-Nya. Mereka memanggilnya sebagai sunnah.

Justeru, selaku umat Muhammad, Muslim hari ini tidak wajar mensia-siakan sunnah peninggalan baginda. Mengabaikannya tidak lebih daripada suatu kerugian.

ayuh... sama2 kita cuba sedaya upaya untuk mengembalikan amalan sunnah rasulullah s.a.w~
((Isnin 1 April 2013 - UIAM))

hayatilah~~~~~~~~~

Catatan Popular