http://i248.photobucket.com/albums/gg194/xairiey/assalaamualaikum11.gif

SelAmaT berSua waHai shBAt2ku~ akU tidAk taHu baGaimana nak muLakAn bLog iNi.. tAk paNdai naK ber'BLOG'.. haha~ dAn sEbEnaRnyA sEkaDar caTatAn peRibaDi dAn tiDak aDa keNa meNgenA dEnGan seSiaPa yEr~~ peace~~!

~Ahlan Wsahlan Wa Marhaban Bikum~

Selasa, 27 Oktober 2015

My short Journey to Jakarta and Bandung (Bahagian 3) -last

Bahagian 3

27 Oktober 2015 (perjalanan ke Bandung)

Saat semua orang masih diulit mimpi indah, kami telah bangun untuk destinasi seterusnya. Pemandu(supir) telah tiba tepat jam 3.00 pagi seperti yang dijanjikan. Jadi kami telah bangun jam 2.45 pagi dan bersiap ala kadar. Beg dicapai dan berpamit dengan tuan rumah, iaitu kawan kami Jenni. Kerana selepas ini kami akan bermalam di rumah kawan yang lain pula iaitu Evi. Tambahan pula kami ingin bertaarufan dan bersilaturrahmi pula dengan keluarga Evi lantaran masih di Jakarta. Sahabat mesti dicari sebanyaknya, musuh jangan bagi ada walau seorang.. haha~ ok.. sambung cerita..

Tepat jam 03.00 pagi, kami keluar rumah dan berjalan menuju ke kereta di luar kawasan perumahan rumah jenni. Kedinginan awal pagi terasa di tubuh kami. Selepas menyusun beg dalam kereta, kami pun mulakan perjalanan. Kali ini solihin dan putri pula menemani kami. Sebelum ini di Pulau Tidung, Evi dan Jenni yang bersama kami. Mereka terpaksa susun dan membahagikan masa lantaran masih belajar dan juga kerja. Kami benar2 terharu dan berterima kasih atas kesanggupan mengambil cuti semata-mata menemani kami. Terima kasih ya kalian J

Perjalanan awal pagi sangat lancar kerana jalanraya juga belum sibuk. Kami semua sudah ke alam mimpi.. tinggallah pak supir memandu keretanya sahaja dek kerana terlalu letih.

penuh dengan motor!
Akhirnya, kami tiba di kota Bandung. Saat ketibaan kami, semua orang mulai keluar untuk pergi kerja, sekolah dan pelbagai urusan. Motor memang tak terkira banyaknya. Waww! Dahsyat! Haha.. ada naik motor sehing 4-5 orang! Haha.. bagi mereka, ini adalah biasa, tapi bagiku ini sangat lain. Haa..

antara pengankutan terpenting di Bandung
Ini motor sahaja, belum masuk segala jenis penganggutan lain. Dan di Bandung terdapat banyak kereta kuda. Untuk mengangkut barang, bawa penumpang.. kira rata-ratanya menggunakan kereta kuda. Sebaik sampai di sini, cepat2 aku keluarkan kamera untuk tangkap gambar kereta kuda tu, tapi rupanya banyakkk di sini. Haha~ Almaklumlah di Malaysia mana ada situasi macam ni. Hehe~

Dalam perjalanan, kami berhenti solat di Masjid (lupa nama masjid) dan terus ke puncak. Destinasi pertama kami ke Kawah Putih. Jalannya MasyaAllah! Memang aku surrender! Selama ini aku yang akan memandu jalan yang macam ni, tapi kali ini jadi penumpang, mmg tahan jer isi perut. Kepala memang berdenyut. Tapi tahan jer.. cuba untuk kawal mood happy dengan tidak endahkan semua itu! Haha~

Ok.. akhirnya kami sampai.. sebaik turun kereta, errrrr sejuknyaa.. suasana masih awal pagi.. dalam jam 6.00 kami sampai (dah cerahlah.. disini subuh jam 4.00.. so, jam 6 ni macam jam 7-8 di malaysia). Malah kenderaan “angkut” untuk bawa kami naik ke atas juga masih belum buka. Jadi kami mengambil peluang ini dengan menekan punat kamera di setiap sudut termasuklah selfie2..haha~ dan tak lupa juga untuk singgah di kedai-kedai ole2. Putri membeli baju ala2 musim sejuk macam tu di sini. Kawanku Sakinah juga membeli penutup kepala ala2 kat western time musim sejuk tu.. haa.. aku pula hanya melihat sahaja sambil menghirup udara segar atas bukit.

angkut~ antara kenderaan umum di Indo.
Ok.. kaunter tiket dah buka.. langsung Putri dan Solihin membelikan tiket dan kami naik angkut. Angkut ini adalah van kecil yang di ubahsuai (tgok gambar nnti lah J) perjalanan dengan angkut dalam 10 minit mendaki gunung.. sebaik tiba di “Kawah Putih”, hidung aku jadi menyengat.. haha.. kuatnya bau belerang! Kami di galakkan untuk pakai penutup hidung.. ada dijual dengan harga rp5000. Keadaan yang sejuk dan berbau belerang menyebabkan aku sedikit semput.. tapi still maintain aja.

kena pakai mask kerana bau belerang yang kuat..
Sampai di Kawahnya, Subhanallah! Cantikknyaaaa... tak dapat nak gambarkan kecantikannya dengan kata2.. anda kena datang sendiri melihat kehebatan ciptaan Allah taala ni! Pasirnya yang putih dan airnya yang hijau.. ada bukit pula beserta kayu bakau yang indah! Wahh.. lantas kami mengambil peluang ini dengan bergambar sepuasnya.

kawah putih..
seperti salji pun ada.. haha
kawah putih, Bandung..
lihat ape tu??
Setelah itu, kami ke “Situ Patenggang” yang terletak betul2 di puncak.. tetapi yang menariknya, di atas puncak ini terdapat tasik!!! Luas juga tasiknya.. tasik di puncak gunung! Haha.. sebenarnya ada sejarah tempat ini.. tapi anda search sendirilah dalam google.. kisah “situ patenggang”. Disini terdapat basikal itik utk disewa dan boleh kayuh di dalam air.. di tengah tasik terdapat “batu cinta”.. bolehlah ukirkan nama kita dan pasangan di situ (haha.. jgn percaya sangat yer).. di sini juga terdapat banyak gerai makanan dan jualan. Setelah puas di sini, kami bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu check in hotel... uwaaa.. letihh~

gerai2 di Situ Patenggang
bergambar dulu di pintu masuk..
basikal itik.. lupalah namanya.. haha
Di Bandung kami pilih “V hotel and luxury” yang berkonsepkan mewah, tapi murah.. haha.. ada swimming pool, disediakan breakfast yang sedap.. memang puas hatilah.. ptg tu sebelum maqrib, kami mengambil peluang mandi manda di swimming pool hotel ini.. puas! Segar..

Malam itu, selepas bersiap ala kadar, kami keluar dengan dipandu oleh pak supir mencari makan.. atau dipanggil “Kuliner”.. cari punya cari, akhirnya KFC jer yang di pilih.. haha.. lapar sangat kut.. KFC ini terletak di dalam mall “Cihampelas walk”.. perghhh! Cantikk sangat mall ni.. design dan keadaan dia memang gempak! Tak terlepas kami bergambar di sini.

jalan2 mall di Bandung.. gempak kut mall di sini!
Selepas itu, pergi ke lokasi wajib bagi siapa yang datang ke Bandung iaitu tempat shopping.. dekat jer dari mall tadi.. lebih kurang macam Jalan Bukit Bintang di Malaysia.. di sini yang banyaknya adalah pakaian. Aku tak ada beli apa sangt. Sebab waktu ini aku dah ketandusan wang. Perlu ke money changer dulu.. haha~ selepas dah puas, langsung balik ke hotel dan istirahat.. sampai bilik terus tidur dengan kemeja apa semua. Ini betul2 letih ni.

28 Oktober 2015 (Bandung)

Awal pagi kami dah bangun tidur, mandi, bersiap dan turun ke cafeteria hotel untuk menikmati breakfast.. nyummy.. banyakk makanan.. aku cuba serba serbi.. haa..

Selesai bersarapan pagi, kami terus check out hotel dan bergerak ke destinasi seterusnya yang menjadi lambang puncak Bandung ni iaitu “Tengkuban Perahu”..

Tengkuban Perahu ini adalah kawah gunung berapi yang masih aktif! Kami di beritahu tahun 2014 pernah meletus.. sehingga saat kami di sini juga, asap masih kelihatan keluar dan disekelilingnya adalah belerang warna kuning yang sangattt kuat baunya.. lebih kuat dari di kawah putih.. tapi aku tidak endahkan bau itu dan menikmati keindahan di dapan mata ini. Hebat! Tiada lafaz yang boleh di ucapkan!

kawah Tengkuban Perahu.. hidupan x boleh masuk.. mati terus~
korang dua!, itulahhh.. 
cantik pemandangan di sini..
kamuuu... 
dahsyat kan tempatnya~ real gunung berapi!
hayoo.. datang sini..
masih berasap lagi! kuning tu belerang.. manusia masuk kesini terus mati!
Selepas itu, kami bergerak ke “DE’Ranch Lembang” iaitu kandang kuda.. haha.. time utk menjadi koboi pula! Disini kami dapat naik kuda dan bergambar dengan pakaian seperti koboi.. dengan topi dan vast koboi. Bagi aku yang selalu menunggang kuda, aku sudah tak perlukan orang menarik tali kuda, tapi aku mengawalnya sendiri.. nak tahu macam mna nak kawal kuda?? Senang jer..
nak jalan: hentak badan kuda dengan kedua kaki kita.. lagi kuat, lagi laju..
nak berhenti : tarik tali serentak
kanan, tarik kanan.. kiri, tarik kiri.. haha.. senang jer kan.. kena try dulu baru tahu senang ke susah.. J

De'Ranch.. 
kereta kuda.. still digunakan..
tudiaa.. koboi Malaysia.. haha
bestt berkuda... 
laluan untuk nak berkuda...
seterusnya?? Ayuh kita ke “float Market”.. haha.. di sini terdapat tasik, dan orang berniaga di dalam perahu! Haha.. so, kita akan berada di tepi tasik dan membeli dari peniaga di dalam perahu.. tempatnya sangattt cantikk.. ok.. tak tahu nak gambarkan macam mana, lihatlah dalam gambar yer..
gerai dalam perahu! di Float Market..
tasik di tengah Float Market ni..
haha.. peace!
antara taman di Float market~
tudiaaa.. 
di float market, kami makan tgh hari, solat kerana selepas ini kami akan terus pulang ke Jakarta. Perjalanan 4 jam. Malam ini kami akan menginap pula di rumah teman kami Evi. Ibu dan ayahnya telah menantikan kami.. macam2 mereka masak.. masyaAllah! Enakk.. tambahan pula masakan ibu mmg sedap.. 3 kali aku tambah.. hambek!! Malam tu kami tidur dengan nyenyaknya..

29 Oktober 2015 (Jakarta)

Pagi ini aku bangun dan mengikut ayah Evi ke masjid naik moto.. nasib aku telah siapkan jubah.. Ayah evi memperkenalkanku dengan jemaah masjid.. aissh segannya.. ada jemaah yang menggunakan bahasa indonesia pekat, so, aku hanya tersenyum sahaja tanpa tahu apa yang di cakapnya.. haha~
bersama ayah Evi..

Pasar Pagi

Makanan pagi telah disediakan oleh ibu Evi.. sampai betul2 kenyang aku makan pagi ni.. betul2 berselera. Sebelum bertolak ke “bandara” atau airport, kami menyambil peluang menyapa jiran tetangga yang juga merupan keluarga Evi.. di hadapan rumahnya ada pasar pagi.. jalan2 dulu di pasar pagi melihat suasana. Orang jgn cakaplah, mmg ramai.. motornya lagi..

Tepat jam 08.30, kami berpamit dengan keluarga Evi dan bergerak ke Airport dengan menaiki kereta Jazz ayah Evi. Adiknya yang memandu. Sengaja kami keluar awal kerata dikhuatiri jalan sesak.. tetapi rupanya, jalan lancar.. so, sampai awallah di airport.. ga papa sih.. bisa santai2..


Terminal 2.. SHIA..

Malindo Airline~~

Tepat jam 13.50 (waktu jakarta), kami boarding dengan pesawat Malindo Air OD315. Jam 16.15 (waktu malaysia) kami selamat tiba di KLIA 2.. lantas kami naik bas JetStar ke TBS kerana aku parking kereta di situ..



ladang teh di puncak bandung.. luass ladangnya..

Inilah 6 hari short journey kami.. letihh tapi bestt..
ikut tu banyakk lagi gambar kenangan kitorang.. tapi cukuplah dulu sebagai utk berkongsi..
kepada teman2 di Jakarta (Putri, Solihin, Evi dan Jenni) terima kasihhh sangat2 yg x terhingga.. tumpangkan kami tidur di rumah.. siapkan makan.. temani kami.. susun jadual trip yg seruu (bestt).. happy aku dapat mengenali kalian.. persahabatan kita walaupun jauh beribu batu, tetapi sangt akrab..
kepada Filzati dan Sakinah, thanks soo much sebab sudi mengembara bersamaku.. tak tahu nak ungkap dah rasa terharu ini.. hee..

dan semua teman2 yang lain juga.. aku bersyukur dapat mengenali semua..

jom next trip~~~~~
kemana? haha.. jomlah plan..

Isnin, 26 Oktober 2015

My short journey to Jakarta and Bandung (Bahagian 2)

Bahagian 2

25 oktober 2015 (Jakarta)

Tepat jam 4.00 pagi, penggera di telefon bimbitku berbunyi. Lantas aku terjaga. Aku ambil tuala dan bergegas ke kamar mandi.. bersihkan diri kerana semalam terus tidur tanpa mandi.

Alhamdulllah.. lega rasa.. segar~ baru syoq nak pergi jalan-jalan.

Evi dan kakak Jenni awal-awal lagi telah keluar.. Rupanya pergi beli “Nasi Uduk” kepada kami buat bekalan dalam perjalanan. Wah! Makasih ya mbak J

Tepat jam 6.00, kami berangkat ke Jetty Muare Angke.. tapi ferry ke pulau di pelabuhan Kali Adem. Perjalanan ke Jetty mengambil masa hampir sejam daripada rumah kawan kami kerana keadaan jalanraya yang sangat sibuk. Motor terlalu banyak di jalan. Belum masuk angkut, dan segalanya. Haha~ tapi kecekapan Mas Irwan memandu mampu melancarkan perjalanan. Kalau aku yang memandu, ntah berapa jam baru nak sampai. Haha~

Sampai di kawasan tepi laut, melalui denai perumahan nelayan dan rumah-rumah ikan. Kelihatan ribuan ekor ikan di jemur untuk buat ikan masin atau “ikan asin”. Juga terdapat sotong kering, udang kering dan segala hidupan laut lah.. seperti juga di kuala kedah, tepi-tepi laut macam tu lah. Bau memang ga usah omong lah. Sape yang tak tahan, boleh keluar isi perut. Itu situasi biasa di perkampungan tepi laut.

Kereta di parking dengan jaminan orang kampung berhampiran jetty. Iya.. of course berbayar.. rp50ribu untuk 2 hari semalam. Itu lebih murah katanya jika parking di kawasan khusus untuk pengunjung kerana perlu bayar ikut jam. Rp4000 sejam, kalau 2 hari? Kalau 24 jam, sudah hampir rp100ribu. Ok. Ga papa sih yang penting keselamatan terjamin. Hayo teruskan perjalanan.
Ferry kami telah dipenuhi orang dan dan bersedia nak bergerak. Lantas, agen kami untuk pakej pulau ini memberikan tiket kepada kami dan tergesa-gesa kami menuju ke ferry. Sebelumnya, aku gambarkan ferry seprti ferry ke Pulau langkawi kerana tempoh yang lama. Jika jetty Kuala Kedah ke Pulau Langkawi mengambil masa selama 1 jam 30 minit, tapi kali ini kami di khabarkan perjalanan 2 jam 30 minit!! Waww! Ok.. di situ aku dah lihat bnyak ferry, bot, speeed bot.. yang mana satu nih.. ohh! Yang cantik tu kot..

Langkah demi langkah kami berjalan di sebelah ferry2, akhirnya abg tu masuk ke dalam satu ferry yang menyebabkan aku tertelan air liur. Baik betul ferry nie?? Boleh ke untuk perjalanan 2 jam 30 minit??! Takut,, seram pun ada. Ferry kayu. Kalau dipukul ombak, berbunyi kayu “kree.kreekk” haha..

Ok bismillah, kami naik.. orang ramai penuh di sekeliling ferry (kapal).. oh! Mungkin dyorang duduk sekejap jer ku. Monolog ku dalam hati.. kami teruskan langkah masuk ke dalam. MashaAllah!! Nie kapal ke, rumah orang?? Haha.. ada yang berbaring, duduk bersila sambil sembang dan makan. Macam2 keadaan aku lihat di dalam kapal tersebut. Cuak sekejap melihat suasana baru ni. Kalau ferry pulau langkawi tak dibenarkan begini. Malah semua orang kena duduk di seat yang telah di tetapkan pada tiket. Sebelum perjalanan akan akan taklimat keselamatan daripada Jabatan Laut. Di tunjukkan tempat simpan jaket keselamatan. Kalau kapal ini, puas aku mencari pelampung atau jaket keselamatan. Haha.. mundar mandir aku berjalan di dalam kapal dan melihat apa2 yang boleh aku gunakan seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini.. nauzubillah.. kerana bersamaku kawan2 yang mesti aku jagai dan menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan keselamatan semua.. ciyeee~

Ok.. aku dah jumpa tempat pelampung dan beberapa jaket keselamatan di bahagian depan. Terasa lega sikit. Hal ini cuma aku lakukan diriku sendiri aja tanpa aku khabarkan kepada yang lain. Kapal dah mula bergerak. Kedudukan kami di belakang sekali hanya mendengar deruan enjin dan ombak di belakang. Pemandangan laut subhanallah! Sangat cantik!

Beberapa minit perjalanan, kami menjamu selera dengan nasi uduk.. sedapnyaa~ macam nasi lemak pun ada. Di makan dengan telur dan tempe. Dan menu wajib semua jenis makanan adalah keropok. Selepas itu, masing2 telah ke alam mimpi. Kawanku mengalami pening dan loya. Nasib baik aku telah siapkan ubat dan minyak cap kapak. Pengalaman sebelum ni ke Pulau Langkawi, pulau perhentian, pulau pangkor dan beberapa pulau lagi membuatku menyediakan kelengkapan awal.
Selepas 2 jam lebih perjalanan, akhirnya kami tiba di Pulau. Wah! Tidak sabar rasa nak menjejaki pulau ini. Jauhh dari malaysia dan hanya selalu ku lihat didalam internet sahaja. Tapi saat ini aku telah menjejakkan kaki di sini! Teruja sekejap.

Keadaan orang ramai dengan pelbagai aksi membuatku terkesima. Tingkap juga menjadi pintu!! Keluar melalui tingkap aja.. haha~ kami pun tiru je lah keluar kat tingkap atau dyorang panggil jendela. Waduhh! Unik betul lah... kami melepasi gate dan langsung di bawa oleh abang agen pakej (abg A). Kami langsung di bawa ke chalet dengan hanya berjalan kaki. Dekat jer dari jetty. Keadaan sekeliling benar2 rasa seperti di dalam perkampungan aja.. rumah orang di kiri dan kanan jalan. Oh ya.. kecik jer pulau ni.. memandang seperti ular.. ular tidung (tedung) haha.. macam tu lah aku di beritahu. Ada bahagian, dapat lihat laut di kanan dan kiri. Bermakna, hanya memanjang daratannya. Haha. Ok.. teruskan..

Akhirnya kami tiba di chalet.. subhanallah! Cantiknyaaa! Tenang rasa.. kami disambut dengan makan tengah hari yang sangat enak ditambah bunyian ombak dan angin laut yang menghembus. Nyaman sungguh suasana ini. Gelak tawa kami sambil menjamu selera benar2 hilang keletihan atas kapal tadi. Saat ini, dalam fikiranku hanya nak cepat2 masuk laut. Haha.. kejernihan air benar2 membuatku excited!

Setelah makan tengah hari, kami di bawa ke “family room”. Kami meletakkan barang2 dan bersiap untuk aktiviti pertama kami di sini. Yeayyy..

Selepas siap, kami diberikan basikal (sepeda) seorang satu..rase comel jer naik basikal ni. Hehe~ yang cowo warna merah, yg cewe warna pink.. haha. Ok.. aktiviti pertama ni, kami akan berbasikal ke utara atau dipanggil “kebon wa wahid” atau “tanjongan”.. disini ada Jembatan Cinta dan orang jual kelapa muda segar.. ok.. itu sebentar lagi. Sekarang masa untuk pergi snokling. Perahu telah menunggu kami untuk di bawa ke tempat snokling. Perjalan dengan perahu hampir 30 minit. Puas!! Tadi kapal 2 jam 30 minit, sekarang perahu 30 minit! Pening tu tak perlu cakap lah.. memang terasa sangat tapi aku cuba tidak melayaninya.. dari duduk di belakang, aku bergerak ke depan.. biar angin hilangkan pening tersebut.. alasan aku berikan kepada teman2, aku mau ber’selfie’ padahal dah pening sangat. Haha~

Petang tu, kami ber’snokling’ di 1 pulau nih kemudian bergerak ke pulau putih di sebelah pulau yang snokling untuk bergambar.. setelah itu, 30 minit pula untuk perjalanan pulang. Kawanku sakinah tak dapat bertahan lantas menyapu minyak cap kapak.. bukan dia aje, aku sendiri pun akhirnya terpaksa sapu minyak cap kapak juga. Haha~ laut agak bergelora. Saat perahu melawan ombak, air laut percik sampai dalam perahu.. kadangkala ombak tinggi sehingga kami dalam perahu bagaikan berada di kaki bukit dan di kelilingi gunung biru.. haha~

Akhirnya kami sampai ke tanjongan.. Alhamdulillah~

Sepatutnya aktiviti kami seterusnya adalah ‘banana boat”, tapi kami batalkan saja. Aku, Fil dan kinah pergi mencari kelapa muda untuk mengurangkan loya. Aku dan Sakinah sahaja yang peningnya, Fil kuat! Haa.. kawan ku lagi 3 org, Mas Irwan, evi dan jenni, mereka bergambar di atas ‘Jembatan Cinta’..   

Petang itu, kami berbasikal lagi ke. Tapi kali ini ke barat pula untuk melihat sunset. Tapi nasib tak menyebelahi kami kerana awan mendung. Kami pulang ke chalet dan berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti malam iaitu berBBQ.. yeayy~ kami di hiburkan dengan lagu2 indonesia.. malah berpeluang untuk menyanyi bersama2.. haha~

26 Oktober 2015 (Pulau Tidung)

Keesokannya, aku dan mas Irwan ‘berjalan2’ di dalam laut sehingga ke tengah kerana air surut.. jangkat jer. Sangat indahh.. nyaman.. tenang.. arghh! Tidak tahu nak ungkapkan dengan kata2.. J
Jam 10.00 kami sudah di dalam kapal dan berpamit dengan abang2 yang membawa kami sepanjang di pulau. Mereka turut memberikan kepada kami ole2 keropok buatan penduduk pulau tidung. Makasih ya mas! Haha.. keadaan di dalam kapal sama seperti kedatangan kami.. tapi kali ini dipenuhi budak2.. mungkin rombongan sekolah kut.. ah! Aku dah tak fikir, lantas kami tidur terus sehingga sampai ke pelabuhan Kali Adem. Pening dan loya tidak ku endahkan..

Jam 12.00 kami tiba dan langsung mendapatkan kereta. Destinasi seterusnya ialah MONAS yang menjadi tugu Jakarta. Tetapi nasib kami juga tidak baik kerana MONAS di tutup pada hari Isnin. Kami hanya dapat bergambar di luar sahaja. Ga papa asalkan bisa sampai udah puas.. J MONAS ini seperti menara. Kita boleh naik ke atas dan melihat pemandangan kota Jakarta. Di luarnya terdapat orang menjual ole2. Kami mengambilkesempatan untuk membeli serba sedikit.. sikit je beli kerana trip kami bukan nak membeli sangat, tapi nak jalan2 jer.. hee~ Selepas itu, kami makan “Mee Ayam Bakso”.. mee = maggi yang siap di tos campur ayam masak kicap.. dan di beri semangkuk Bakso.. haha.. kami makan sehingga licin. Alhamdulillah~

Setelah itu, kami ke masjid Istiqlal yang merupakan Masjid utama di Jakarta ini. Setibanya di Masjid, kami di minta bayar tiket masuk untuk kenderaan. Setiap kenderaan yang masuk mesti membayar tiket! Seperti di mall! Katanya untuk penyelenggaraan kawasan parking dan untuk pembangunan masjid. Ok lah tu.. kami masuk solat dan bergambar di persekitaran masjid..

Kami teruskan perjalanan melihat sekeliling ibukota Jakarta. Kelihatan Banggunan2 yang penuh dengan senibina indah. kami ke Tanah Abang.. antara tempat shopping.. jalan kaki di tengah bandar.. bergambar di tugu mercu tanda Jakarta.. Akhirnya, kami singgah di satu Mall yang sangat besar. Menikmati Aiskrim special Jakarta. Hee~

Malam itu kami disajikan dengan “Nasi Goreng + sayur + keropok” dan juga sate padang. Enaknya.. kedatangan Putri dan Solihin membawa makanan lagi.


Keletihan sudah terasa di seluruh tubuh.. kami pulau semula ke rumah kawan dan tidur senyenyaknya kerana esok kami akan ke Bandung pula! Yaeayy~



gerai2 seperti ini penuh di mana

gerai bergerak.. haha~ tak tahu lah apa namanya

perjalanan ke Pelabuhan Kali Adem

perkampungan tepi laut di pelabuhan kali adem.. kelihatan kereta
Mas Irwan tengah cari parking.

ferry2 di Kali Adem.. ku fikir ferry yang cantik tuu.. haha~

rupa2nya ferry ini yang membawa kami 2 jam 30 minit ke Tidung!!

selfie dulu di dalam ferry~

deruan ombak dan enjin membingitkan telinga..

hahah~ moto juga nak naik ferry!!

orang ramai hanya duduk di mana sahaja sekeliling ferry..

ini atas perahu masa dalam perjalanan snokling.

jembatan cinta!!! haha..
serius banyak ikan cantik2 di sini...

haha~ foto dulu...

besttt~~

kantoi selfie.. haha

jom BBQ dulu..

haha~ speed boat di air yang cetek..

inilah kawasan chelet kami... 

air surut.. boleh jalan hingga ke tengah.. jangkat jer..

pemandangan dari atas chalet kami..

basikah (sepeda) yang kami gunakan sepanjang di Pulau Tidung..
Haha.. mcam comel jerr...

Masjid Istiqlal, jakarta

Bajai.. antara pengankutan terpenting..

macettt.. segalanya ada atas jalan! haha

mercu tanda Ibukota Jakarta.. bukan yang baju biru tuu! haha

bangunana2 besar di ibukota Jakarta

gerai2 yang ada di mana2 di Indonesia..

pekena aiskrimm,,, sedappp.. aku punya nih!

aiskrim gula kapas.. haha

dari dalam Mall.. hebat do!

nasi gorengg... menu malam kami..

pempek palembang.. putri dan solihin bawa~ tapi dah kenyang..


haha~ cukup dulu lah bahagian 2.. haha~ dah letihh.. nanti sambung lagi bahagian 3 ke Bandung pula hehe~
selamat malam semua.. 
kalau nak tau pasal pakej pulau ni, boleh search aja kat google.. "paket pulau tidung murah" atau apa2 ja..pasti akan jumpa.. 
ok.. 
see u all my friend~

salam alaikum.. :) 

Sabtu, 24 Oktober 2015

My short journey to Jakarta and Bandung (bahagian 1)

Nukilanku dengan bahasa yang ringkas dan santai sebagai berkongsi pengalaman di negara orang.. hee~

24 okt 2015
02.50 - TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

                Kesejukan penghawa dingin di terminal bersepadu selatan (TBS) menggigit tulang belulang kami.. Masih setia menunggu ketibaan bas 'Jetstar' untuk membawa kami ke terminal KLIA 2.. Inilah permulaan perjalanan kami merentasi lautan ke negara jiran. Perancangna kami hampir 6 bulan akhirnya telah tiba masanya. Tidak sabar rasanya mahu menjejakkan kaki di bumi yang hanya selalu ditonton di dalam sinetron.
Tepat jam 03.00 pagi, akhirnya bas telah sampai.. Lantas kami bangun dan dengan segeranya menuju ke bas.. Beg kami capai dan simpan di ruang bagasi. Kami hanya bawa beg galas. Kononnya style backpacker.. Hehe..
Ok... Ini peluang untuk tidur sebentar.. Dijangka perjalanan mengambil masa selama sejam 15 minit.. Sempat untuk memejamkan mata. Okei.. Tidur dlu..

06.40
                Alhamdulillah.. Sekarang sudah berada di balai pelepasan gate Q3 untuk pesawat Lion Air JT0287 ke Jakarta. Boarding jam 07.40 dari KLIA 2.. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih kurang.. Dijangka akan sampai jam 9 lebih waktu tempatan.. Untuk di jakarta, berbeza sejam daripada malaysia. Awal sejam.. Kalau di malaysia sudah jam 10, di jakarta masih pukul 9.. Begitulah.. Ok. Sekarang seriusly mmg sangat mengantuk.. Soo sleepy..

09.40 (8.40 pagi jam tempatan)

Alhamdulillah.. Macam tak percaya sudah mnjejakkan kaki di bumi jakarta... Soekarno- Hatta International Airport yang bercirikan tradisional indonesia menyambut ketibaan kami. Teman Jakarta Mas Irwan dan Evi telah menunggu ketibaan kami dan menjemput aku dan 2 lagi kawan di terminal 2, airport Jakarta ini... Luas benar airport ini kerana sebaik tiba, kami turun dari pesawat, langsung naik bas airport seperti di jeddah.. Bas bawa kami ke terminal ketibaan.. urusan imegresen dan kastam juga sangat mudah.. kami disambut dengan ucapan selamat datang Mas,Mbak. Hehe.

Perjalanan dengan kereta Mas Irwan sangat lancar melalui jalan toll. Disini, jalan toll tiada langsung motor,  beca dan sejenisnya. Jika jalan umum, fuh! Jika aku drive, tak berjalan kereta.. terlampau banyak motor, angkut, bajai, beca, penjual kaki lima.. macet bangat sih! Haha..

Hampir sejam perjalanan, akhirnya kami tiba di rumah kawanku bernama Jenni. Kawasan perumahan yang padat di tengah ibukota Jakarta. Wah! Ini pengalaman baru bagiku. Jarang aku merasai keadaan yang sangat sesak seperti ini. Semua orang dengan ragam masing-masing.. golongan tua berborak sambil minum teh (disana glemer dengan teh.. teh pucuk, teh wangi, teh hijam.. segalanya teh.. haha), golongan muda berlumba-lumba mencari pelanggan untuk gerai mereka dan dari kenderaan yang di panggil angkut-angkut (van yang diubah suai menjadi pengangkutan awam utama di sini), juga abang Gojek (taxi motor) menunggu pelanggan mereka. Keadaan seperti ada karnival kalau di Malaysia.
Setelah sampai, kereta di parking di hadapan Indo Mart kerana laluan ke rumah kawan hanya boleh dilalui oleh motor atau berjalan kaki sahaja. Hanya muat untuk berselisih motor sahaja. Ini keadaan biasa di Indonesia baik di Jakarta, bandung atau di Surabaya (perjalanan 24 jam menaiki kereta dari Jakarta) haha.. kalau malaysia, dri Perlis ke Johor bahru baru 10-11 jam.

Ok.. teruskan cerita..

Kami di sambut dengan rasa senang bangat oleh kawanku. Di rumahnya hanya dia dan kakaknya sahaja. Ibu dan ayahnya bekerja di tempat lain. Jadi meriah dengan kedatangan kami ditambah pula kawan-kawan Jakarta yang lain seperti Putri dan Solihin.. kami bertiga, di tambah Mas Irwan dan Evi, Jenni, Putri dan Solihin, 8 orang kami berborak santai.. temanku lagi 2 orang masih belum mahir menuturkan bahasa Indonesia, jadi suasana jadi kelakar dan senda gurau antara 2 bahasa. Aku juga masih tak boleh. Kadang-kadang mereka sampai tertawa bahasa aku.. haha.. lucu bangat bahasanya bang.. haha.. akhirnya kami hanya tertawa.

Kedatangan kami telah di rancang sejak awal lagi. Jadi, mereka telah bersedia menunggu kami dengan makanan yang di masak oleh mereka sendiri.. haha.. ada maggi, nasi, pisang cokelat, dan tak lupa makanan wajib mereka adalah keropok dan tempe. Kami makan dengan berseleranya tengah hari itu.. kerana selepas ini kami ada agenda lagi. Di rumah, kami sekadar makan, bersiap ala kadar dan letakkan begpack kami. Hari pertama ini, kami Cuma di Jakarta melihat ibukotanya.. kami dibwa ke Kota Tua.

Kota Tua, Jakarta

Wah!!! Ramainya orang.. aku fikir keadaannya sama seperti di Malaysia kerana aku di beritahu di Kota Tua hanya terdapat muzium-muzium.. klu di Malaysia, Muzium ni sunyi..haha..
Ok. Aku semakin teruja setelah sampai disini.. monopod dan kamera langsung aku keluarkan. Punat kamera di tekan sesuka hati sahaja. Takpe, pakai memory card.. haha..
Disini terdapat costum-costum, pameran dan boleh masuk muzium-muzium.. terdapat juga bagi sesiapa yang nak berbasikal “basikal tua di malaysia” dan nak berbelanja ole2 dan makanan.. pelbagai makanan pelik2 bagiku yang aku lihat disini..

Ya udah.. lihat sahaja lah foto2 di bawah ya... 

selfie sokmo~ hehe

cukkk.. cakkkk!..haha~ manusia terapung derr.. 

terdapat banyak manusia patung macam ni dalam pelbagai posisi dan style.

Dataran Kota Tua, Jakarta. Disekelilingnya adalah Muzium-muzium.

tak terkecuali costum2 kartun..

dah jadi kawasan dyorang bersantai petang2..

wah! Upin Ipin juga ada.. Happy dyorang bila di beri wang kertas RM1..
1 singgit..! 1 singgit!

antara bangunan di sekelilingnya..


Disekeliling Kota Tua ni terdapat Muzium Fatahillah, Muzium Keramik, Muzium Wayang, Muzium Bank Indonesia, Muzium Bank Mandiri dan Muzium Bahari.. tetapi kami hanya masuk 2 muzium sahaja kerana terlalu capek.. haa~ nice lah utk hari pertama.. we need rest.. keletihan~ tapi seruu.. asyikkk.. haha~ (maksudnya happy lah)

cukup dlu bahagian pertama yer.. haha.. selepas tu, kami ke Mall tepi laut.. Waww! hebat kut jakarta nie.. haha..sekejap jer melihat2 pemandangan tepi laut.. stelah itu, kami menjamu selera di Steak House.. nyummy~

Malam tu kami balik, langsung tidur tak sedar.. jam 4 dah kena bangun solat subuh dan bersiap ke Pulau Tidung pula.. Yeayyy!


UIA - TBS - KLIA 2 - Soekarno- Hatta International Airport - rumah kawan - Kota Tua - Mall - Steak House - rumah kawan.



Sabtu, 15 Mac 2014

Kumpulan Marhaban Citra al-Wafiyyah (IIUM) - FESTMA-V UPM 2014





Bismillah..



Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah yg masih memberi peluang dan  ruang kepada kita selaku hambanya dalam meraih kehambaan kepadaNya dan nikmat yang tidak ternilai dalam khidupan seharian kita.



Saja je malam nie, walaupun cuaca yg tidak menentu dengan kemarau dan jerebu, tetapi nikmat malam tetap dirasai. Yang penting setiap kita mesti berfikir akan hikmah setiap apa yang Allah jadikan.. Baik sesuatu yg pada pandangn kita buruk atau baik.. Eh! sebenarnya bukan niat utk berceramah atau cerita perihal nie.. buka2 jer blog nie, asalnya nk cerita la sikt pengalaman masuk pertandingn marhaban peringkat IPT nie.. Tajuk pun "Marhaban di UPM~ Citra Al-wafiyyah".. haha :)



Alhamdulillah.. bersyukur kpd Allah, kmi dri UIAM berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan nie.. oh ya! Citra Al-Wafiyyah tue, nma nma kumpulan kami... bkn kami yg letakkan yer.. UIA yg letakkan.. emm secara tepatnya, Nasyid Club yang letakkan.. sbb kami pegi atas nama UIA tetapi everything diuruskan oleh Nasyid Club nie ar.. hee~



Sebenarnya, suka2 jer masuk nie.. skadar nk dapat pengalaman dan minat terhadap seni marhaban nie sendiri.. so, kami betul2 training secara serius 2 minggu sebelum pertandingan.. So, xdak la sngt nk fokus naib juara apatah lagi juara.. haha~ tapi xtipu laaa, dalam hati ada la jga sikit2.. hehe.. bohong la klu ckp xnak menang an.. haha~



So, mulalah training setiap malam kot... pkul 9.30 - 12.. setiap hari.. Fuh!! mmg penattt sangt.. tapi apakan daya.. nk dapat yg terbaik, kna buat yg terbaik... Berlatih.. berlatih.. sampai laa org kt area kami berlatih tu tahu dah.. sbb marhaban nie, mmg gna suara yg paaaaaaling tinggi.. mmg dengar ar satu banggunan.. haha~ tapi, ada kmi kesah?? haha.. lagipun marhaban an.. selawat kpd nabi.. bkan kami mlalak yg ntah pape..



akhirnya.. tiba la msanya.. lpas jumaat, kami bertolak ke UPM dengan kereta masing2~ terus menuju ke hotel.. Check In.. kmudian terus ke UPM utk sesi taklimat dan atur cara... program ini dinamakan Festival Marhaban Kolej Kelima atau ringkasnya Festma 5 UPM.. pertandingn nie terbahagi kpd 2 peringkat.. yg pertama saringan.. yg terbaik dripada saringn baru boleh ke Final... Alhamdulillah.. kami dapat ke final.. banyak kumpulan2 lain yg mmg terbaik dari segi vokul, pakaian... kami nie juz masing2 jer.. jubah putih masing2.. rida' masing2.. kasut pn masing2.. haha.. klu tgok IPT lain, seragam semua.. kopiah pn seragam.. Perghh!! tpi xpalah.. kmi nie p pun gitu2 ja an.. nek reta sendiri.. pakaian semua sendiri.. urus sndiri2 jer.. kalau nk dibandingkan dngn IPT lain siap datang naik bas Universiti lagi... waaah! mmg gempak ar.. cuak jga sebenarnya bla tgok macam tue.. tapi.. kmi try rilek ja laaa.. serius cakap, kami p sana macam p jalan2 jer.. p makan angin duk hotel.. malam2 siap boleh p kareoke pastu main bowling lagi.. kul 2 pagi baru balik hotel.. kami duduk di hotel Mines Time kat area UPM tu jer.. haha~



pertandingn final pn bermula la... kami mmg buat yg terbaik ar... sampai basah baju ngn peluh.. spotlight pn terang sangt.. mcm konsert la pla an.. haha~ akhirnya, alhamdulillah.. kami dinobatkan sebagai naib juara.. ok laaa tue.. haha.. UTP mnjadi juara.. mmg patut pun sbb dpa siap ngn bju seragam.. blazer pn sragam.. haha~ ok.. nie sy share kan video kmplan kami... Sekarg nie, kami still berlatih utk belajar lagu2 lain pla beserta rawi @ berzanji.. dan kami bersedia utk persembahan di majlis2 dan ape2 prgram.. InsyaAllah.. Doakan smoga kami istiqamah dalam mnyampaikan puji-pujian kpada nabi dan zikrullah~ hayatilah marhaban daripada kami, Citra Al-wafiyyah.....




Isnin, 10 Mac 2014

Marhaban di UPM~ Citra Al-Wafiyyah UIAM

Bismillah..

Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah yg masih memberi peluang dan  ruang kepada kita selaku hambanya dalam meraih kehambaan kepadaNya dan nikmat yang tidak ternilai dalam khidupan seharian kita.

Saja je malam nie, walaupun cuaca yg tidak menentu dengan kemarau dan jerebu, tetapi nikmat malam tetap dirasai. Yang penting setiap kita mesti berfikir akan hikmah setiap apa yang Allah jadikan.. Baik sesuatu yg pada pandangn kita buruk atau baik.. Eh! sebenarnya bukan niat utk berceramah atau cerita perihal nie.. buka2 jer blog nie, asalnya nk cerita la sikt pengalaman masuk pertandingn marhaban peringkat IPT nie.. Tajuk pun "Marhaban di UPM~ Citra Al-wafiyyah".. haha :)

Alhamdulillah.. bersyukur kpd Allah, kmi dri UIAM berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan nie.. oh ya! Citra Al-Wafiyyah tue, nma nma kumpulan kami... bkn kami yg letakkan yer.. UIA yg letakkan.. emm secara tepatnya, Nasyid Club yang letakkan.. sbb kami pegi atas nama UIA tetapi everything diuruskan oleh Nasyid Club nie ar.. hee~

Sebenarnya, suka2 jer masuk nie.. skadar nk dapat pengalaman dan minat terhadap seni marhaban nie sendiri.. so, kami betul2 training secara serius 2 minggu sebelum pertandingan.. So, xdak la sngt nk fokus naib juara apatah lagi juara.. haha~ tapi xtipu laaa, dalam hati ada la jga sikit2.. hehe.. bohong la klu ckp xnak menang an.. haha~

So, mulalah training setiap malam kot... pkul 9.30 - 12.. setiap hari.. Fuh!! mmg penattt sangt.. tapi apakan daya.. nk dapat yg terbaik, kna buat yg terbaik... Berlatih.. berlatih.. sampai laa org kt area kami berlatih tu tahu dah.. sbb marhaban nie, mmg gna suara yg paaaaaaling tinggi.. mmg dengar ar satu banggunan.. haha~ tapi, ada kmi kesah?? haha.. lagipun marhaban an.. selawat kpd nabi.. bkan kami mlalak yg ntah pape..

akhirnya.. tiba la msanya.. lpas jumaat, kami bertolak ke UPM dengan kereta masing2~ terus menuju ke hotel.. Check In.. kmudian terus ke UPM utk sesi taklimat dan atur cara... program ini dinamakan Festival Marhaban Kolej Kelima atau ringkasnya Festma 5 UPM.. pertandingn nie terbahagi kpd 2 peringkat.. yg pertama saringan.. yg terbaik dripada saringn baru boleh ke Final... Alhamdulillah.. kami dapat ke final.. banyak kumpulan2 lain yg mmg terbaik dari segi vokul, pakaian... kami nie juz masing2 jer.. jubah putih masing2.. rida' masing2.. kasut pn masing2.. haha.. klu tgok IPT lain, seragam semua.. kopiah pn seragam.. Perghh!! tpi xpalah.. kmi nie p pun gitu2 ja an.. nek reta sendiri.. pakaian semua sendiri.. urus sndiri2 jer.. kalau nk dibandingkan dngn IPT lain siap datang naik bas Universiti lagi... waaah! mmg gempak ar.. cuak jga sebenarnya bla tgok macam tue.. tapi.. kmi try rilek ja laaa.. serius cakap, kami p sana macam p jalan2 jer.. p makan angin duk hotel.. malam2 siap boleh p kareoke pastu main bowling lagi.. kul 2 pagi baru balik hotel.. kami duduk di hotel Mines Time kat area UPM tu jer.. haha~

pertandingn final pn bermula la... kami mmg buat yg terbaik ar... sampai basah baju ngn peluh.. spotlight pn terang sangt.. mcm konsert la pla an.. haha~ akhirnya, alhamdulillah.. kami dinobatkan sebagai naib juara.. ok laaa tue.. haha.. UTP mnjadi juara.. mmg patut pun sbb dpa siap ngn bju seragam.. blazer pn sragam.. haha~ ok.. nie sy share kan video kmplan kami... Sekarg nie, kami still berlatih utk belajar lagu2 lain pla beserta rawi @ berzanji.. dan kami bersedia utk persembahan di majlis2 dan ape2 prgram.. InsyaAllah.. Doakan smoga kami istiqamah dalam mnyampaikan puji-pujian kpada nabi dan zikrullah~ hayatilah marhaban daripada kami, Citra Al-wafiyyah.....



Ahad, 2 Mac 2014

Cinta sejati

بسم الله الرحمن الرحيم
Salamullahi alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

semoga kalian berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. dah lama rasanya tidak ku bermain papan kekunci ini.. menulis rasa yg terbuku dalam sanubari ini.. eh! xde la perasaan sangt.. cma skadar apa yg bermain didalam fikiran saaat jari ini menari meyusun kata... malu juga apabila merasakan akan ada org yg membaca dan mesti tergelak membaca coretan demi coretan yang entah pape an.. haha~ tpi mcm ayat yg pernah aku dengar.. Aiman tak kisah.. (ce try sbut mngikut intonasinya) bagussssss! hehe~

Kebelakangan nie, cuaca kat Gombak ni, panas sngt.. hari2 yg dilalui, sngt membahang shingga ramai yg didatangi dengn sakit kepada, demam, batul dll.. tak terkecuali diriku ini.. smpai dpt MC sehari dr klinik UIA.. xpe.. sakit ni sebagai ujian dan jga ebagai kifarah kpd dosa2~ kan.. kan...

Ya Allah.. sedar xsedar, rupanya dh 5 tahun aku berkecimpung dlm tugasanku sebagai mahasiswa di UIA nie.. ye lah.. 2 tahun di Pusat Asasi UIAM di Nilai dn 3 tahun di main campus UIAM di Gombak nie... Rasanya dah bermacam2 benda aku telah tempuhi.. hee.. tapi xde la hebat mne nk dibandingkan dengan org lain an.. tapi aku bersyukur kepada Allah yg memberikan nikmat dan segala2nya kepada aku.. segala ujian dan dugaan, mehnah dn tribulasi, gembira dan sedih, susah dan senang, segala2nya sangt aku syukuri... masakan kita akan matang jka tiada ujian.. masakan kita dpt selesaikan sesuatu masalah jika kita tiada masalah, malah setiap saat yg kita lalui xkiralah macam mna pun adalah sesuatu yg kita kena syukuri.. berfikirlah akan hikmah terhadap segala sesuatu yg berlaku kepada kita dan sekeliling kita, nescaya kita akan merasai tenang dn cool dalm mghadapi liku2 perjalanan di dunia ini...

C.I.N.T.A S.E.J.A.T.I

hee~ sbnarnya bukan ini tujuan aku nk menulis hari ini, tapi rasa terpanggil utk berkongsi apa yg ada dlm hati ini.. bkn ape, nnti bila dah tua, boleh la nk tgok2 balik dn boleh dijadikan sebagai kenangan..
bla sebut pasal cinta sejati nie, ramai yg mngatakan dgn istilah2 cinta buta, ku sanggup renangi lautan api, biarku mati asalkan kau bahagia, tanpa engkau kekasihku xbermakna hidup, dan bermacam2 lagilah... wahhh! agongnya cinta sehingga sampai tahap yg macam tue... adakah manusia tidak mengerti bahawa akan ada dunia lain lagi..dunia yg kekal abadi... sehinggakan sanggup buat apa shj termasuk gadaikan maruah!! klu dah kawin, xpelah.. itu cerita lain.. bkn kategori gadai maruah dah, malah buat ape shj dpt pahala beb! suap air kosong kt pasangan pn dpt pahala kot! ok. bkn nk cerita pasal org yg dah kahwin, tpi couple2 yg belum kahwin nie... kluar merata2.. berpegangan tangan.. ucap janji2 dan kata2 manis, utk ape? malah org yg dah bertunang pun... heboh satu dunia tntang pertunangannya..utk ape? cuba fikirkan, seandainya tidak jadi, xke akan memberi malu? apatah lagi kpd si wanita...

ok jap.. klu la anda wanita solehah, mahukah anda dngn lelaki yg pernah berpegang tangan, berpelukan dngn perempuan lain tanpa muhrim? utk lelaki2 soleh pla, anda mahu jika mendapat isteri yg begitu? sudah tentu berat an walaupun itu adalah kisah silamnya... cool suda.. xperlu nk heboh2 dal media sosial atau ape2 pn... utk ape kita nk tayang diri kta dengn "boy@girlfriend" kita... klu suami dan isteri mgkin boleh cnsider sbb nk bagi org kenal ke an..

aku tulis, bukan nk kata aku perfect dn maksum (tiada dosa mcm para nabi).. malah, aku pun tak terlepas dripada mlakukan maksiat2 dan dosa2.. cuma, Islam mengajar kita saling nasihat menasihati, so, aku cuba utk berkongsi supaya hidup kita akan lebih bernilai dan mengikut segala yg diperintahkan oleh pencipta kita, ALLAH SWT..

kawan2~ cinta sejati di dunia nie hanya Allah... kepada manusia xde istilah cinta sejati yg sebenarnya hatta isteri sekalipun, sebab selalu sy ckp bhawa cinta sejati hanyalah apabila berpegangan tangan di syurga Allah nnti... berjaya memasuki syurga allah bersama2 suami dn isteri, berpegangan tangan, menghayati keindahan syurga yg mna mngalir dibawahnya sungai susu dan khamr... ada pohon2 yg menghijau dn istana bertatahkan zamruh dan berlian... luasnya seperti 3 dunia... di dalamnya xterucap dn xterungkap kenikmatannya... dan di sinilah kehipun kita akan selama2nya.. kekal abadi... bersama isteri tersayang... disini jauh dri sifat2 mazmumah, nafsu2 jahat, syaitan yang menghasut... disinilah bru cinta sejati yg sebenar2nya antara kasih dn kekasih...

Di dunia, hanyalah sebagai satu medan proses menyemai dan menanam benih cinta sejati itu utk dituai tatkala menjejakkan kaki di dalam syurga Allah nnti... Sebagai manusia biasa, kita xdapat lari dri perasaan malas, bernafsu, apabila keseorangan... sebab itu diciptakan teman yg akan saling.. saling.. dan saling (antara dua pihak) saling nasihat-menasihati, saling cinta-mencintai, saling ajak-mngajak membuat kebaikan dan segala2nya.. sbb hnya suami dan isteri shj yg dpt bersama dri bngun tdur sehingga tidur semula.. malah ketika tidur pn bersama... klu mak ayah, kawan2 dan org lain xkan dpt melalui setiap episod khidupan seharian kita... so, disinilah adanya proses2 tanam, semai, baja, dn jaga cinta sejati itu... bersama2 bertahajud.. sama2 mendidik anak2 mnjadi anak2 yg soleh/ah yg dpt mendoakan kita bla kita mati nanti, sama2 menambah ilmu dan mengamalkannya dlm kehidupan seharian, bertadabur alquran dn bermuhasabah.. nah! inilah yg akan membentuk keluarga yg allah redha.. apabila allah redha, allah sayang.. bila allah sayang, insyaAllah allah akan beri ganjaran dngn pertemuan semula kita bersama keluarga kita di dalam syurga allah... saat itulah saat mekarnya cinta sejati yg sebenar2nya...

tidak dapat tidak, proses ini bermula daripada diri kita sendiri bagi membentuk fardi muslim (individu muslim), kemudian pemilihan pasangan utk membentuk baitul muslim (rumah / keluarga yg mengamalkan ajaran islam sepenuhnya) kmudian anak2 yg soleh/ah dn masyarakat islam... jdi, kmbali apa yg aku perkatakan di awal2 tadi, penting utk kita melihat diri kita dan apa yg kita nak di kemudian hari... purata hidup manusia nie dlm 70-80 tahun shaja.. sekejap jer.. pejam celik.. pejam celik, dh dewasa kemudian tua.. kemudian mati.. dunia nie hanya sementara, jdi, rebutlah peluang ini utk bhagia di akhirat nanti didalam syurga Allah nanti.. Aminnn ya rabb~


Catatan Popular