http://i248.photobucket.com/albums/gg194/xairiey/assalaamualaikum11.gif

SelAmaT berSua waHai shBAt2ku~ akU tidAk taHu baGaimana nak muLakAn bLog iNi.. tAk paNdai naK ber'BLOG'.. haha~ dAn sEbEnaRnyA sEkaDar caTatAn peRibaDi dAn tiDak aDa keNa meNgenA dEnGan seSiaPa yEr~~ peace~~!

~Ahlan Wsahlan Wa Marhaban Bikum~

Ahad, 9 Disember 2012

Hidayatullah.com - Zionis Kian Gencar Gali Wilayah Sekitar Masjidil Aqsha

Hidayatullah.com - Zionis Kian Gencar Gali Wilayah Sekitar Masjidil Aqsha

Kelebihan Berselawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W


KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W


Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1.     Melaksanakan perintah Allah.

2.     Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.

3.     Bersamaan dengan selawat para malaikat.

4.     Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

5.     Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.

6.     Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.

7.     Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.

8.     Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.

9.     Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.

10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.

11. Allah akan menutupi segala dukacita.

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. Mendapat darjat al-Sidq.

14. Ditunaikan segala hajat.

15. Salam sejahtera pada hari kiamat.

16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.

21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

22. Tidak akan merasai fakir.

23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.

25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

31. Mendapat keberkatan daripada Allah.

32. Mendapat kesempurnaan iman.

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

36. Teguh pendirian dengan kebenaran.

37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.

40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.

41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

 

Rabu, 9 Mei 2012

kat kelas komputer in arab ni!! fenin kopla ambo!!

sekarang aku berada di kelas komputer ust sabri.. kdangkala penin la mgaji komputer dalam arab nie.. huhu.. btw.. aku boleh lagi tulis blog nie wlau dok tgh mgaji nie.. ish3.. teruk betoi aku nie.. aduhai.. apa nak jadi.. haha..

bye...

salamullahi 'alaik.. :)

 

tgok ar video nie!!!

Sabtu, 3 Mac 2012

Carilah seorang IMAM, bukan seorang JEJAKA!


"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "


" Maybe kot. Try search kat google.."


" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."


" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."


Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.


Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.


Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.




PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.


Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.


Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "


Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.


Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?



MENCARI SEORANG IMAM


Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.


Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.


Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.


Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.


Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.


Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.


Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.


Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.


Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG


Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.


Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.


Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.


Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.


ASALKAN DIA BAIK ?


Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.


Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.


Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.


Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?


Buatlah pilihan dengan bijak.


Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.


Sekian.

Jumaat, 2 Mac 2012

hati ini~ ingin mencintai dan ingin dicintai..


Bismillahirrahmanirrahim~
Kedinginan hujan yang turun petang nie benar2 membuatkan aku terasa nk tidur jer.. berapa nikmatnya dalam kesejukan ini dapat menyelimutkan tubuh dan berbaring atas tilam yang empuk dan bantal yang lembut.. dan seperti biasa di alam kampus ini, tiada sapa yang akan ganggu atau teguk whatever yang kita buat.. smuanya ISH.. ikut suka hati.. hehe~

Tpi aku ingt pesan nabi Muhammad supaya tidak tidur pada waktu petang kerana akan mewarisi sifat malas dan tidak baik tuk tubuh badan.. so, aku ambil msa nie utk conteng2 kat blog nie dan nk berlatih untuk jemputan baca quran malam ni..

Ya Allah!! Malam nie aku kna baca quran kat mahalah perempuan! Segannya.. huhu~ tapi perkara baik aku mmg xsanggup nk tolak.. semoga Allah menjaga aku daripada sifat2 yang mazmumah.. Amin~ sbnarnya aku takut dan aku xtahu apa yang patut aku buat.. kadang-kala bila aku dapat jemputan baca quran, akan diiringi dengan perasaan2 manusia yang mengagumi, suka dan pelbagai perasaan lagi.. so, bertambahlah dugaan aku dalam menghadapi perasaan2 tersebut dripada manusia2.. klu slain manusia xdak masalah.. tapi manusia! Huhu~ wlaupun aku nie boleh la dikategorikan orang yang tak dak rupa sngt.. bknnya seorang yang hensem, macho macam hero2 filem tapi insyaAllah cukuplah sifatnya seperti firman Allah dalam quran.. Sesungguhnya kami ciptakan manusia dengan sebaik2 penciptaan~ lebih kurang la maksudnya.. Tapi bagaimanapun, mereka tetap manusia yang punyai perasaan dan aku jga seorang manusia.. xterlepas drpad perasaan2 hati nie.. Ikut hati.. xkesah dah nk buat apa pun.. nk couple ka, atau apa2.. tapi Alhamdulillah~ Allah msih menjaga aku.. dan aku dapat rasakan antaranya disebabkan Alquran itu sendiri.. Apa2 ja yang aku nk buat, aku akan terfikir.. aku nie dikenali sebagai qari.. kadangkala dipanggil ustaz.. mengajar AlQuran.. tambah pla pelajar agama.. Ptut ka klu aku buat perbuatan2 yang xsepatutnya aku buat?! Mmg xpatut an.. so, berpeganglah dengn alquran.. kalam Allah.. InsyaAllah~ diri dan hidup kita akan lebih terjaga..

Shabat2.. sebnrnya aku pun xterlepas dripada perasaan ingin menyintai dan ingin dicintai.. rasa macam nak terus luah je kt akhowat nie.. tambah kami seuniversiti.. Siapa?? Biarlah rahsia dlu.. setelah beberapa pertemuan berlaku, aku msih xmampu nk luahkan.. cma secara kiasan shaja aku berani.. tpi petang nie.. aku dapat nasihat daripada seorang pak cik yang merupakan ayah kepada sahabatku.. pak cik tu cakap, “ perasaan tue fitrah.. dan dia macam burung ja.. dia hinggap sekejap je.. nanti dia akan terbang dan pergi meninggalkan kita.. kalau seandainya dia benar2 diciptakan untuk kamu, dia pasti akan kembali kepada kamu.. seandainya kamu sudah bersedia, langsungkan je perkahwinan.. tetapi kalau belum, ikutlah apa yang nabi ajar.. iaitu.. puasa.. kalau benar2 xtahan jga sehingga boleh memudharatkan kamu dan menghampirkan kamu dengan maksiat, maka berkahwinlah.. tpi apa yang pak cik nk ckp, kamu SABAR la dahulu.. itu tahap yang tertinggi dalam ujian keremajaan kamu nie sementara nk masuk alam dewasa..”  
InsyaAllah~ saya akan cuba bersabar.. dan aku mengharapkan agar bisikan hatiku ini sampai kepada sidia.. ok shabt2 dah maqrib.. jumpa lagi..
Assalamualaikum wbt..

Ahad, 26 Februari 2012

~26 februari 2012 (3 pagi)~

~Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu~

semoga shabat2 semua sihat2 selalu.. dan ceria2 sokmo..
dan jangan lupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah yang telah mengurniakan pelbagai nikmat, rahmat, dan kasih sayangNya kpd kita~

Aku menyeru kpada diriku dan diri sahabat2 semua supaya meletakkan cinta yang tak berbelah bagi kpd Allah tuan pnya alam..

Segala nikmat yang dikurniakan xterbalas dan tak terhitung bnyak nya.. contohnya udara yang kita hirup setiap hari.. Subhanallah!! cba bayangkan jka Allah xbg udara kata kita 1 jam, nescaya mati la kita nie.. tu menunjukkan bahawa kita nie lmah sangt.. sngt2 lemah.. ya!! sangat2 lemah.. kita sangat memerlukan bantuan, kekuatan dan rahmat daripada Allah untuk terus hidup di dunia yang sementara nie.. kemudia teruskan hidup dalam alam barzah dan menuju ke syurga Allah.. Allah!! betapa kami memerlukan bantuanMU..

Kalau dalam pemikiran kita hanya fikirkan Allah.. Fikirkan kematian yang bakal tiba @ pasti tiba, nescaya sesungguhnya xberasa langsung untuk fikir hal2 keduniaan nie..
Tapi ingatlah shabt2, melalui hal2 keduniaan nie la nk membawa kita ke syurga.. contohnya seperti pekerjaan, perkahwinan, dan lain2 lagi lah..
Bagaimana pla??

Senang aja.. kita buat semua tu hanya semata2 kerana Allah sahaja.. kerja kerana Allah.. kawin kerana Allah.. xkesah la whatever yang kita buat, hanya semata2 kerana Allah..
Kira main point yang aku nk ckap nie, jom sama2 kita cinta kepada Allah... Cinta yang abadi.. Cinta sejati..



Hayatila lagu2 nie ea.. Semoga bermanfaat.. :)

Jumaat, 17 Februari 2012

coretan diri ini~ hahah xleh blah~

Bismillahirrahmanirrahim~
Aku mulakan coretanku ini dengan namaMu ya Allah.. Sejuk dingin di UIAM nie sangat menyegarkan.. tit..tit.. dah pukul 2 pagi rupanya.. cepat betul masa berlalu.. malam nie malam saiyidul ayyam.. patut rase kenikmatannya.. eh2, jgn clap paham neh.. hehe
Sebenarnya xtau nk tulis apa kat sini, tpi sja nk cerita pngalaman awal2 sem 2 di uia nie..

Alhamdulillah~
dan la jga aku bercuti kt umah 3 minggu cuti sem 1 w'laupun xfully dok kat rumah (perghh! kluaq dah kedah.. xpa an.. sekali skala..) so, la nie aku dah sem 2. pastu msuk short sem.. then, naik la aku sebagai student  2nd year.. sat ja masa berlalu.. sedaq xsedaq umuq pn dah meningkat dah.. mcm xcaya ja.. pastu tetiba ada anak dah.. hahaha (calon pn xdak g nk pikiaq anak dah.. hehe) xpa.. tue orang kata sebagai perancangan masa depan.. ish~ lmbat g kot nk kawin nie.. hehe~ bnyak g tanggungjawab yang aku kna selesaikan.. tambah aku bakal dapat adek pla.. adek yang ke8.. so, kluarga aku ada 11 orang la termasuk umi ngn abah.. alhamdulillah.. tu la rezeki yang Allah bagi kat kluarga aku especially my parent.. Allah kurniakan anak2 yang berjaya n hebat2 (haha) w'lupun xdikurniakan harta yang melimpah ruah~ I'allah umi ngn abah jgn bimbang, suatu hari nanti kalian psti akan merasai keindahan dan keseronokan drpd kmi semua 9 adek beradik.. Aku jga sangat2 bersyukur kpada tuan punya alam atas apa2 aja yang diberikan kpdku.. aku boleh berdikari, ada kluarga yang baik2, kawan2 yang hebat2, kepercayaan yang org berikan kepada aku.. Allah!!! xterkira bnyaknya... Terima kasih ya Allah~:)

Sebenarnya aku xpernah crita langsung bab2 peribadi camni.. tapi apa salahnya an.. sekali sekala.. lgipun mpa bkn tau aku nie spa an.. haha~ ok2.. smbung balik pngalaman aku tue.. hehe~ aku nie bkn org yang hbat sangt pn.. stakat kata orang, kuli ja... Tpi xpa.. demi Islam, kuli pn xpa.. aslkan org msih menerimaku tuk kerja2 islam.. tu yang penting! aku tkut jga seandainya suatu hari nanti xdak orang nak ajak aku dah.. oh! alangkah ruginya hidup aku nie.. Aku xkisah w'alaupun setiap hari terpaksa tiduq lwat.. setiap hari dok penin kpala, rasa serabut sbb bnyk pikiaq.. Itu la yang berlaku kat aku lanie!! Cba byangkan.. dah la jrg balik umah, tetiba balik asyik prgram je.. balik 3 minggu cuti sem tu pn haya 5-6 hari ja aku fully kat umah... (aku hrp umi ngn abh merdhai aku) I'allah~ sgala letih2 aku ni aku hadiahkan kpd kalian yang telah mendidikku mnjadi setahap nie.. tanpa kalian, siapa aku...
Aku sangt berprogram.. w'alaupun ltih sangat2 tapi rasa kenikmatannya.. terutama buat kerja2 Islam.. memmg xdinafikan duit keluar, letih, penat, tension tapi subhanallah!! xdpt dibayangkan rasa nikmatnya... so, syarat untuk bakal isteriku mesti suka program jga.. haha~

UIAM~
disinilah tempat aku belajar.. sebelum ijazah, aku mengikuti peringkat asasi dlu selama 2 tahun kat Pusat Asasi UIAM kat Nilai 1.. bnyak kenangn kat citu,, Tapi la nie (2012) dah xdak dah.. dah pindah ke PJ.. 
xpa2~ len kali aku crita pasal nilai.. la nie aku kat Gombak pla.. W'laupun xsampai setahun lgi aku dok kat cini tapi bnyak jga pngalam2 baru yang aku dapat.. Erm~ ngantuk la pla.. (dah 2.40pagi dah) ah.. len kali la.. blurr dah.. huhu~ mybe arinie padat jadual aku.. stat pkul 5 pagi bangun qiam then solat subuh.. pastu pergi kelas madkhal fi usul fiqh pkul 8.30 hingga 10.00 pastu ada hal.. pegi maktabah pe.. pas solat zohor, smbung kelas Tilawah Quraniah then kelas Mabahis fi Ulum Hadis sampai pkul 5.10 ptang.. then terus solat.. pas solat terus meeting untuk buat modul program sampai pkul 7.. kmudian terus aku kalut2 bli makanan dan pegi iftor jamaie ngn kwn2~ then solat, pastu meeting pla untuk prgram di UIA.. lpas tue, meeting lain pla.. habis tue.. terus blik bilik untuk buat semula modul secara terperinci.. then, aku online jap... n.......... tulis la ayat2 mngarut nie.. haha~ sja ja drpada biaq dya bersawang (mna ada swang pan.. hehe) so... next?? la nie dah 2.30 pagi dah... haha~ jom!!! pegi awan...
بسمك اللهم أحيا وأموت

Isnin, 30 Januari 2012

Demi Cinta Ilahi~ aku tinggalkan cintamu...



Hembusan bayu yang bertiup lembut bersama-sama dengan deruan ombak yang memukul pantai begitu mententeramkan jiwa-jiwa hamba Sang Pencipta..
Nyaman dan damai..
"Alif, hati aku ni gelisah sangatlah rasanya sekarang ni" luah Asyraf kepada sahabatnya, Mohd Aliff
"apa yang buat hati kau gelisah tu? cube cerita kat aku ni. aku setia mendengar. Nak bebel panjang-panjang pun takpe. hehe" soal Alif sambil tersenyum kepada sahabat baiknya itu.
"hm, tak tahu lah. mungkin kerna dosa-dosa aku yang banyak kot. mahu saja aku jadi pokok kelapa ni. mesti tenang hari-hari dengar ombak yang menenangkan ni kan. huhu.. tapi tulah, sempena bulan Ramadhan ni aku nak sangat berubah. Aku nak berubah ke arah yang lebih baik. Aku nak jadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Tapi.."
"tapi apa?"
"tapi.. hmm. Kau tahu kan aku sekarang ni couple dengan Nur. Tapi, bibir aku ni berat sangat nak cakap kat Nur yang aku dah taknak terlibat dengan couple ni. Aku nak putus dengan dia.. aku tahu couple ni haram. Aku nak berubah. tapi, bila aku fikir balik, banyak benda dia dah berkorban untuk aku, dia dah bagi aku macam-macam.. banyak sangat aku rasa.. aku tak sangguplah mintak clash kat dia.. takut dia kecewa, takut dia merana, dan aku pun masih sayang kat dia..aku tak sampai hatilah ! tapi.."
"hm tapi ape lagi Asyraf?"
"tapi aku nak berubah betul-betul ni Alif.."
"aku faham perasaan kau Asyraf. Aku pun seorang lelaki macam kau.. tapi, alhamdulillah setakat ini, Allah masih menjaga hati aku ini, Allah masih memegang hati aku ni agar tidak terlibat dalam perkara maksiat dan aku pun selalu berharap pada Allah agar aku dengan kau dijauhkan daripada segala perkara maksiat.. sebab aku sayang kau Asyraf.."
"aku pun sayang kau alif"
"hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? tapi Asyraf kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?
" ish, tahulah. Mestilah Allah"
"kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?"
"of course lah pencipta kita, Allah"
"kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?
"Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan.."
" ha sekarang kau sedar tak?"
"sedar dah.."
"ape yang kau sedar?"
"aku sedar semuanya datang dari Allah.."
"lagi?" soal alif lagi..
"lagi apa?"
"kau sedar tak. Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau segak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri"
"tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni"
"abis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi Nur yang kau kata telah beri 'segala-galanya' tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..?kau sanggup membelakangkan Allah demi Nur?"
"hmm.." Asyraf tertunduk.. diam seribu bahasa.
"Asyraf, aku kenal kau bukan sekejap, dah lama dah, aku tahu kau bukan lelaki yang jahat-jahat. Kau baik. bagi aku kau sangat baik dan alhamdulillah sekarang ni kau ada niat yang sangat baik. nak berubah ke arah yang lebih baik. itu sangat baik tau. Fitrah manusia ni sentiasa suka pada kebaikan. Cuma kadang-kadang apabila nafsu menguasai diri, yang tak baik, buruk dan jelek tu nampak indah je di mata kita. itulah perlunya diri kita muhasabah diri kita kembali. Di mana kita, apa tujuan kita hidup ini. Adakah hidup ini hanya suka-suka. Pasti tidak bukan. Yang pasti setiap hamba Allah seperti kita ini mengharap pada redha-Nya agar ditempatkan kita di dalam Syurga-Nya. Jika kita jelas apa tujuan kita insyaAllah kita lebih matang dalam membuat pilihan. Tujuan hidup kita ni mengharapkan keredhaan Allah. Tapi, persoalannya disini, bercouple tu satu cara untuk mendapatkan redha Allah kah? Atau couple itu satu cara yang membawa kita ke dalam kemurkaan-Nya? Aku tahu kau dapat jawab soalan ini kan."
"Alif, aku tahu couple tu mengundang kemurkaan Allah bukannya mengundang keredhaan Allah.. tapi Alif, aku perlukan kekuatan untuk mintak clash tu. susah sangat aku rasa..aku sayang kat Nur dan aku tahu Nur pun sayang kat aku, tak kan aku nak biarkan dan tinggalkan dia camtu je..dia selalu kata kat aku yang dia akan cintakan aku sampai bila-bila."
"Asyraf, Asyraf.. kau pasti kah Nur sayang kau? Cuba kau fikir ya betul-betul. Nur mesti tahu kan yang couple ni boleh mengundang kemurkaan Allah. Dia tahu benda ni berdosa. Dan kalau dia sayang kau, mengapa dia sanggup mengajak kau turut bersama-sama dengannya bergelumang dengan dosa-dosa serta bersama-sama menempah kemurkaan Allah?adakah itu yang kau panggil sayang?. kau kata tadi dia selalu ucap yang dia akan cintakan kau sampai bila-bila.. sampai bila-bila tu sampai mana? Sampai bila-bila di neraka atau sampai bila-bila di syurga? Jika di syurga tak kan lah dia mengajak kau melakukan sesuatu yang mengundang murka-Nya?tak kan dia tidak tahu yang bila Allah murka ke atas kita, nerakalah tempat kita.."
Asyraf diam.. tertunduk.. rasa bersalah menghempap dirinya.. airmata hangat membasahi pipinya..
"Asyraf, kalau benar-benar dia sayang kau, dia tidak akan mengajak kau pada perkara-perkara yang boleh merosakkan kau, boleh menganggu gugat kelakian diri kau, kesolehan yang kau bina, dia tidak akan mengajak kau pada perkara-perkara maksiat ni dan kalau benar dia sayang dengan kau pasti dia ingin bersama kau bahagia hingga ke syurga, pasti dia mahu lihat kau sentiasa dalam keredhaan Allah serta pasti juga dia akan benar-benar serius untuk bersama dengan kau dengan ikatan yang halal yang diredhai oleh Allah.. Aku sayang kau asyraf.. aku sedih bila kau begitu cepat termakan dengan kata-kata manis wanita. Wanita yang baik itu membawa ke arah kebaikan, bukannya merosaki.Aku taknak lihat kau jadi seperti kebanyakan remaja di luar sana, yang berpeleseran, berdua-duan, bermanja-manjaan dengan perempuan yang belum tentu menjadi isteriya. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Biarlah kau menangis.. Aku lebih rela melihat kau menangis di depan aku saat ini daripada kau menangis di hari yang tiada guna lagi segala esakan tangisan. Tapi sebagai seorang lelaki, memang memalukan kalau kau menangis kerana wanita yang bukan halal bagikau"
"hmm.. aku tak tahu nak cakap apa lagi.. kau doakan aku ya.. insyaAllah aku akan cuba melawan semua ini.."
"insyaAllah, kau boleh Asyraf.. sesungguhnya.. kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayang kau kepada Nur tidak menjamin apa – apa bentuk kebahagian pun kerna rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap. Teruskan niat baik kau tu Asyraf. Aku sentisa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakrdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya... InsyaAllah"
"terima kasih Aliff ! InsyaAllah.. demi Cinta-Nya aku akan tinggalkn cinta manusia yang tidak menjamin apa-apa..."
"alhamdulillah.. teruskan bermujahadah melawan nafsumu wahai sahabatku..semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidak akan pernah mengecewakan. itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai.."
"insyaAllah.."
*************************************************************
malam itu, matanya seakan tidak mahu dilelapkan dek fikirannya yang masih menerawang memikirkan permasalahan yang tersimpan di kotak fikirannya. lantas, dicapainya sebatang pen... digerakkan pena itu di atas sehelai kertas putih..
Assalamualaikum...
Nur. Saya tidak tahu bila saya akan mati.. saya takut Allah akan tarik nyawa saya ketika saya masih lagi bergelumang dengan maksiat.. oleh itu, sementara iman ini masih bernadi, selagi kesedaran ini masih lagi dianugerahi.. saya tekad.. Demi Cinta-Nya, saya tinggalkan cinta awak...... saya mahu berubah. Tolong jangan hubungi saya lagi.. terima kasih atas segala-galanya.. ini adalah surat terakhir dari saya untuk awak.. jika awak benar-benar cintakan saya, sudilah awak menikahi saya. jika tidak bersedia, jangan mudah melafaz cinta pada sesiapa. sekian. moga Allah redha.. wassalam..
"semoga kau mengerti dan fahami niatku Nur", monolog hatinya..
"Ya Allah telah kumungkiri janji-janji pada-Mu.Ya Allah telah kukhianati segala amanah-Mu. Bagaimanakah untuk ku kembali kembali pada-Mu..aku begitu lalai dengan cinta dunia.. hinanya aku Ya Allah.. ampunilah dosaku Ya Allah..permudahkanlah untuk ku kembali pada jalanMu..", hati Asyraf dibisiki kata-kata keinsafan sambil airmata keinsafan tidak henti-henti mengalir di pipi..


#nma di atas bukan nama sbenar.. hnya rekaan semata2..

Apabila cinta bersua kembali~


Sedang duduk di depan laptop melayan FB, tiba – tiba handset berdering menandakan ada 1 mesej masuk. sedikit sebanyak membuatkan diriku terganggu.
“Salam. Apa khabar Asyraf di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya. Maaf, kiranya sms ini menggangu. Masih ingatkah Asyraf pada Farhana?”
Farhana, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang lama menyepi hampir 3 tahun yang lepas. Nama yang pernah menyentuh hati ini, yang pernah mencuri hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis dalam sanubari ini dan nama ini lah yang inginku cuba lupakan. Waktu itu, aku terperangkap dalam jerat cinta lantaran kejahilan dan kenaifanku sendiri.
“Asyraf, maafkan Farhana. Farhana masih menyayangi Asyraf. Perasaan Farhana masih segar seperti 3 tahun yang lepas…”
Aku tidak tahu apa yang nak dikatakan. Hatiku bagaikan keliru, adakah kata – kata yang Farhana lafazkan itu perlu digembirakan atau disedihkan. Dia kembali kepadaku. Namun, perlukah dia kembali?
Persoalan itu begitu ligat bermain di dalam mindaku. Mesej Farhana sengaja tidak ku balas.. ku biarkan waktu yang berbicara.
Aku sudah tekad mahu menjaga diri ini daripada terjebak dalam kancah maksiat. Aku tidak mahu diperkotak katik nafsu yang begitu menyeru diriku terpaut pada cinta haram itu. Aku tekad ! meskipun “cinta pertama” itu sukar dilupakan.. bagi aku, apalah guna “cinta pertama” pun jika Allah tidak diutamakan. Waktu itu aku terlalu bodoh, aku terlalu murah menyerahkan hati ini pada insan yang tidak sepatutnya, insan yang belum pasti mampu menemani aku ke syurgaNya. 
Tetapi, aku ini hanya lelaki biasa, yang lemah imannya.. jauh disudut hatiku, meronta – ronta inginkan seorang teman yang menemani aku di saat susah mahupun senang. Meskipun aku sudah cuba membenci dan membuang perasaan sayang kepada “cinta pertama” itu, tetap aku tidak berjaya. Hati lelakiku ini kadangkala begitu lemah walaupun disaluti dengan pelbagai kekuatan.. Kekadang rasa rindu dan sayang itu menjengah.. Aku tidak hairan dengan kepelikan dunia sekaran.. Kaum hawa tidak lagi kisah dengan peribahasa "perigi cari timba".. mungkin kerana ketandusan lelaki yang baik atau ntah la.. 
********
“Lelaki yang soleh takkan mengalah dan hanyut hanya kerana cinta seorang perempuan yang belum pasti menjadi isteri”, nasihat sahabat ku, Fauzan.
kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. Fauzan, pemuda yang berbaju raihan yang wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..
“Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ker? Rugi ayah awak menghantar awak belajar di sini Asyraf”
Aku tertunduk lagi.. terdiam.
“Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. “
“Berapa lama awak mengenali Farhana itu? Pastinya tidak selama awak mengenali pencipta kita, benar bukan? Cinta yang awak sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia wahai sahabatku. Cinta duniawi itu telah berjaya menumbangkanmu, bangkitlah sahabatku. Teruskan mujahadahmu. Ini hanya ujian kecil dari Allah. ”
Airmata aku tidak dapat ditahan lagi.. kehangatannya dirasakan dipipi
“Lihatlah wajah-wajah ayahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musuh Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah hampir terkulai layu.. awak takkan mampu menentang mereka, sebab awak tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu wahai sahabatku,”
Mendatar kalimah itu sambil bahuku disentuh lembut oleh Iman..
“Asyraf, Fauzan terlalu sedih, Asyraf hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kecintaan Asyraf padanya itu syahwat. Hampir semua orang yang jatuh cinta itu merasakan apa yang awak rasakan. Dan perasaan seperti itu tidak akan mampu awak keluarkan, awak usir dari hati awak kecuali jika awak memiliki dua hal. Pertama, rasa cinta kepada Allah yang luar biasa yang menggetarkan hati kita. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir. Kedua, rasa rindu kepada Allah yang dahsyat sampai hati kita merasa merana. Jika kau merasa merana karena rindu kepada Allah, awak tidak mungkin merana karena rindu pada yang lain. Jika awak sudah sibuk memikirkan Allah, awak tidak akan sibuk memikirkan yang lain. Saat ini, Karena hati awak miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya awak dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain. Saat ini yang menjajah hatimu adalah rasa cinta dan rindu awak pada si dia. Pada dia yang tak mampu memberi apa-apa kepada awak farah."
Dalam sungguh maknanya.. kerdil sangat dirasakan diriku ketika mendengar kata – kata Fauzan itu.. kerdilnya aku. aku selalu laungkan mahu akan cinta Allah. Tetapi dalam masa yang sama aku biarkan diriku melupakan Allah dan mencintai perkara yang dibenci Allah..
“Asyraf, jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah,” pesan Fauzan lagi sebelum dia memohon beredar kerna ada hal yang mahu diselesaikan katanya.
Alhamdulillah dengan izin Allah, nasihat dan pesanan Fauzan itu telah menyembuhkan imanku yang selama ini dihidap “virus merah jambu” itu.
Syukur !
Lantas SMS Farhana ku balas..
 “Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar hati sunyi tanpa kemaksiatan, akan tetapi jangan biarkan akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biarkan hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT”
#nama2 tersebut bukan nama sebenar..

Catatan Popular