http://i248.photobucket.com/albums/gg194/xairiey/assalaamualaikum11.gif

SelAmaT berSua waHai shBAt2ku~ akU tidAk taHu baGaimana nak muLakAn bLog iNi.. tAk paNdai naK ber'BLOG'.. haha~ dAn sEbEnaRnyA sEkaDar caTatAn peRibaDi dAn tiDak aDa keNa meNgenA dEnGan seSiaPa yEr~~ peace~~!

~Ahlan Wsahlan Wa Marhaban Bikum~

Sabtu, 24 Oktober 2015

My short journey to Jakarta and Bandung (bahagian 1)

Nukilanku dengan bahasa yang ringkas dan santai sebagai berkongsi pengalaman di negara orang.. hee~

24 okt 2015
02.50 - TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

                Kesejukan penghawa dingin di terminal bersepadu selatan (TBS) menggigit tulang belulang kami.. Masih setia menunggu ketibaan bas 'Jetstar' untuk membawa kami ke terminal KLIA 2.. Inilah permulaan perjalanan kami merentasi lautan ke negara jiran. Perancangna kami hampir 6 bulan akhirnya telah tiba masanya. Tidak sabar rasanya mahu menjejakkan kaki di bumi yang hanya selalu ditonton di dalam sinetron.
Tepat jam 03.00 pagi, akhirnya bas telah sampai.. Lantas kami bangun dan dengan segeranya menuju ke bas.. Beg kami capai dan simpan di ruang bagasi. Kami hanya bawa beg galas. Kononnya style backpacker.. Hehe..
Ok... Ini peluang untuk tidur sebentar.. Dijangka perjalanan mengambil masa selama sejam 15 minit.. Sempat untuk memejamkan mata. Okei.. Tidur dlu..

06.40
                Alhamdulillah.. Sekarang sudah berada di balai pelepasan gate Q3 untuk pesawat Lion Air JT0287 ke Jakarta. Boarding jam 07.40 dari KLIA 2.. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih kurang.. Dijangka akan sampai jam 9 lebih waktu tempatan.. Untuk di jakarta, berbeza sejam daripada malaysia. Awal sejam.. Kalau di malaysia sudah jam 10, di jakarta masih pukul 9.. Begitulah.. Ok. Sekarang seriusly mmg sangat mengantuk.. Soo sleepy..

09.40 (8.40 pagi jam tempatan)

Alhamdulillah.. Macam tak percaya sudah mnjejakkan kaki di bumi jakarta... Soekarno- Hatta International Airport yang bercirikan tradisional indonesia menyambut ketibaan kami. Teman Jakarta Mas Irwan dan Evi telah menunggu ketibaan kami dan menjemput aku dan 2 lagi kawan di terminal 2, airport Jakarta ini... Luas benar airport ini kerana sebaik tiba, kami turun dari pesawat, langsung naik bas airport seperti di jeddah.. Bas bawa kami ke terminal ketibaan.. urusan imegresen dan kastam juga sangat mudah.. kami disambut dengan ucapan selamat datang Mas,Mbak. Hehe.

Perjalanan dengan kereta Mas Irwan sangat lancar melalui jalan toll. Disini, jalan toll tiada langsung motor,  beca dan sejenisnya. Jika jalan umum, fuh! Jika aku drive, tak berjalan kereta.. terlampau banyak motor, angkut, bajai, beca, penjual kaki lima.. macet bangat sih! Haha..

Hampir sejam perjalanan, akhirnya kami tiba di rumah kawanku bernama Jenni. Kawasan perumahan yang padat di tengah ibukota Jakarta. Wah! Ini pengalaman baru bagiku. Jarang aku merasai keadaan yang sangat sesak seperti ini. Semua orang dengan ragam masing-masing.. golongan tua berborak sambil minum teh (disana glemer dengan teh.. teh pucuk, teh wangi, teh hijam.. segalanya teh.. haha), golongan muda berlumba-lumba mencari pelanggan untuk gerai mereka dan dari kenderaan yang di panggil angkut-angkut (van yang diubah suai menjadi pengangkutan awam utama di sini), juga abang Gojek (taxi motor) menunggu pelanggan mereka. Keadaan seperti ada karnival kalau di Malaysia.
Setelah sampai, kereta di parking di hadapan Indo Mart kerana laluan ke rumah kawan hanya boleh dilalui oleh motor atau berjalan kaki sahaja. Hanya muat untuk berselisih motor sahaja. Ini keadaan biasa di Indonesia baik di Jakarta, bandung atau di Surabaya (perjalanan 24 jam menaiki kereta dari Jakarta) haha.. kalau malaysia, dri Perlis ke Johor bahru baru 10-11 jam.

Ok.. teruskan cerita..

Kami di sambut dengan rasa senang bangat oleh kawanku. Di rumahnya hanya dia dan kakaknya sahaja. Ibu dan ayahnya bekerja di tempat lain. Jadi meriah dengan kedatangan kami ditambah pula kawan-kawan Jakarta yang lain seperti Putri dan Solihin.. kami bertiga, di tambah Mas Irwan dan Evi, Jenni, Putri dan Solihin, 8 orang kami berborak santai.. temanku lagi 2 orang masih belum mahir menuturkan bahasa Indonesia, jadi suasana jadi kelakar dan senda gurau antara 2 bahasa. Aku juga masih tak boleh. Kadang-kadang mereka sampai tertawa bahasa aku.. haha.. lucu bangat bahasanya bang.. haha.. akhirnya kami hanya tertawa.

Kedatangan kami telah di rancang sejak awal lagi. Jadi, mereka telah bersedia menunggu kami dengan makanan yang di masak oleh mereka sendiri.. haha.. ada maggi, nasi, pisang cokelat, dan tak lupa makanan wajib mereka adalah keropok dan tempe. Kami makan dengan berseleranya tengah hari itu.. kerana selepas ini kami ada agenda lagi. Di rumah, kami sekadar makan, bersiap ala kadar dan letakkan begpack kami. Hari pertama ini, kami Cuma di Jakarta melihat ibukotanya.. kami dibwa ke Kota Tua.

Kota Tua, Jakarta

Wah!!! Ramainya orang.. aku fikir keadaannya sama seperti di Malaysia kerana aku di beritahu di Kota Tua hanya terdapat muzium-muzium.. klu di Malaysia, Muzium ni sunyi..haha..
Ok. Aku semakin teruja setelah sampai disini.. monopod dan kamera langsung aku keluarkan. Punat kamera di tekan sesuka hati sahaja. Takpe, pakai memory card.. haha..
Disini terdapat costum-costum, pameran dan boleh masuk muzium-muzium.. terdapat juga bagi sesiapa yang nak berbasikal “basikal tua di malaysia” dan nak berbelanja ole2 dan makanan.. pelbagai makanan pelik2 bagiku yang aku lihat disini..

Ya udah.. lihat sahaja lah foto2 di bawah ya... 

selfie sokmo~ hehe

cukkk.. cakkkk!..haha~ manusia terapung derr.. 

terdapat banyak manusia patung macam ni dalam pelbagai posisi dan style.

Dataran Kota Tua, Jakarta. Disekelilingnya adalah Muzium-muzium.

tak terkecuali costum2 kartun..

dah jadi kawasan dyorang bersantai petang2..

wah! Upin Ipin juga ada.. Happy dyorang bila di beri wang kertas RM1..
1 singgit..! 1 singgit!

antara bangunan di sekelilingnya..


Disekeliling Kota Tua ni terdapat Muzium Fatahillah, Muzium Keramik, Muzium Wayang, Muzium Bank Indonesia, Muzium Bank Mandiri dan Muzium Bahari.. tetapi kami hanya masuk 2 muzium sahaja kerana terlalu capek.. haa~ nice lah utk hari pertama.. we need rest.. keletihan~ tapi seruu.. asyikkk.. haha~ (maksudnya happy lah)

cukup dlu bahagian pertama yer.. haha.. selepas tu, kami ke Mall tepi laut.. Waww! hebat kut jakarta nie.. haha..sekejap jer melihat2 pemandangan tepi laut.. stelah itu, kami menjamu selera di Steak House.. nyummy~

Malam tu kami balik, langsung tidur tak sedar.. jam 4 dah kena bangun solat subuh dan bersiap ke Pulau Tidung pula.. Yeayyy!


UIA - TBS - KLIA 2 - Soekarno- Hatta International Airport - rumah kawan - Kota Tua - Mall - Steak House - rumah kawan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular