http://i248.photobucket.com/albums/gg194/xairiey/assalaamualaikum11.gif

SelAmaT berSua waHai shBAt2ku~ akU tidAk taHu baGaimana nak muLakAn bLog iNi.. tAk paNdai naK ber'BLOG'.. haha~ dAn sEbEnaRnyA sEkaDar caTatAn peRibaDi dAn tiDak aDa keNa meNgenA dEnGan seSiaPa yEr~~ peace~~!

~Ahlan Wsahlan Wa Marhaban Bikum~

Isnin, 26 Oktober 2015

My short journey to Jakarta and Bandung (Bahagian 2)

Bahagian 2

25 oktober 2015 (Jakarta)

Tepat jam 4.00 pagi, penggera di telefon bimbitku berbunyi. Lantas aku terjaga. Aku ambil tuala dan bergegas ke kamar mandi.. bersihkan diri kerana semalam terus tidur tanpa mandi.

Alhamdulllah.. lega rasa.. segar~ baru syoq nak pergi jalan-jalan.

Evi dan kakak Jenni awal-awal lagi telah keluar.. Rupanya pergi beli “Nasi Uduk” kepada kami buat bekalan dalam perjalanan. Wah! Makasih ya mbak J

Tepat jam 6.00, kami berangkat ke Jetty Muare Angke.. tapi ferry ke pulau di pelabuhan Kali Adem. Perjalanan ke Jetty mengambil masa hampir sejam daripada rumah kawan kami kerana keadaan jalanraya yang sangat sibuk. Motor terlalu banyak di jalan. Belum masuk angkut, dan segalanya. Haha~ tapi kecekapan Mas Irwan memandu mampu melancarkan perjalanan. Kalau aku yang memandu, ntah berapa jam baru nak sampai. Haha~

Sampai di kawasan tepi laut, melalui denai perumahan nelayan dan rumah-rumah ikan. Kelihatan ribuan ekor ikan di jemur untuk buat ikan masin atau “ikan asin”. Juga terdapat sotong kering, udang kering dan segala hidupan laut lah.. seperti juga di kuala kedah, tepi-tepi laut macam tu lah. Bau memang ga usah omong lah. Sape yang tak tahan, boleh keluar isi perut. Itu situasi biasa di perkampungan tepi laut.

Kereta di parking dengan jaminan orang kampung berhampiran jetty. Iya.. of course berbayar.. rp50ribu untuk 2 hari semalam. Itu lebih murah katanya jika parking di kawasan khusus untuk pengunjung kerana perlu bayar ikut jam. Rp4000 sejam, kalau 2 hari? Kalau 24 jam, sudah hampir rp100ribu. Ok. Ga papa sih yang penting keselamatan terjamin. Hayo teruskan perjalanan.
Ferry kami telah dipenuhi orang dan dan bersedia nak bergerak. Lantas, agen kami untuk pakej pulau ini memberikan tiket kepada kami dan tergesa-gesa kami menuju ke ferry. Sebelumnya, aku gambarkan ferry seprti ferry ke Pulau langkawi kerana tempoh yang lama. Jika jetty Kuala Kedah ke Pulau Langkawi mengambil masa selama 1 jam 30 minit, tapi kali ini kami di khabarkan perjalanan 2 jam 30 minit!! Waww! Ok.. di situ aku dah lihat bnyak ferry, bot, speeed bot.. yang mana satu nih.. ohh! Yang cantik tu kot..

Langkah demi langkah kami berjalan di sebelah ferry2, akhirnya abg tu masuk ke dalam satu ferry yang menyebabkan aku tertelan air liur. Baik betul ferry nie?? Boleh ke untuk perjalanan 2 jam 30 minit??! Takut,, seram pun ada. Ferry kayu. Kalau dipukul ombak, berbunyi kayu “kree.kreekk” haha..

Ok bismillah, kami naik.. orang ramai penuh di sekeliling ferry (kapal).. oh! Mungkin dyorang duduk sekejap jer ku. Monolog ku dalam hati.. kami teruskan langkah masuk ke dalam. MashaAllah!! Nie kapal ke, rumah orang?? Haha.. ada yang berbaring, duduk bersila sambil sembang dan makan. Macam2 keadaan aku lihat di dalam kapal tersebut. Cuak sekejap melihat suasana baru ni. Kalau ferry pulau langkawi tak dibenarkan begini. Malah semua orang kena duduk di seat yang telah di tetapkan pada tiket. Sebelum perjalanan akan akan taklimat keselamatan daripada Jabatan Laut. Di tunjukkan tempat simpan jaket keselamatan. Kalau kapal ini, puas aku mencari pelampung atau jaket keselamatan. Haha.. mundar mandir aku berjalan di dalam kapal dan melihat apa2 yang boleh aku gunakan seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini.. nauzubillah.. kerana bersamaku kawan2 yang mesti aku jagai dan menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan keselamatan semua.. ciyeee~

Ok.. aku dah jumpa tempat pelampung dan beberapa jaket keselamatan di bahagian depan. Terasa lega sikit. Hal ini cuma aku lakukan diriku sendiri aja tanpa aku khabarkan kepada yang lain. Kapal dah mula bergerak. Kedudukan kami di belakang sekali hanya mendengar deruan enjin dan ombak di belakang. Pemandangan laut subhanallah! Sangat cantik!

Beberapa minit perjalanan, kami menjamu selera dengan nasi uduk.. sedapnyaa~ macam nasi lemak pun ada. Di makan dengan telur dan tempe. Dan menu wajib semua jenis makanan adalah keropok. Selepas itu, masing2 telah ke alam mimpi. Kawanku mengalami pening dan loya. Nasib baik aku telah siapkan ubat dan minyak cap kapak. Pengalaman sebelum ni ke Pulau Langkawi, pulau perhentian, pulau pangkor dan beberapa pulau lagi membuatku menyediakan kelengkapan awal.
Selepas 2 jam lebih perjalanan, akhirnya kami tiba di Pulau. Wah! Tidak sabar rasa nak menjejaki pulau ini. Jauhh dari malaysia dan hanya selalu ku lihat didalam internet sahaja. Tapi saat ini aku telah menjejakkan kaki di sini! Teruja sekejap.

Keadaan orang ramai dengan pelbagai aksi membuatku terkesima. Tingkap juga menjadi pintu!! Keluar melalui tingkap aja.. haha~ kami pun tiru je lah keluar kat tingkap atau dyorang panggil jendela. Waduhh! Unik betul lah... kami melepasi gate dan langsung di bawa oleh abang agen pakej (abg A). Kami langsung di bawa ke chalet dengan hanya berjalan kaki. Dekat jer dari jetty. Keadaan sekeliling benar2 rasa seperti di dalam perkampungan aja.. rumah orang di kiri dan kanan jalan. Oh ya.. kecik jer pulau ni.. memandang seperti ular.. ular tidung (tedung) haha.. macam tu lah aku di beritahu. Ada bahagian, dapat lihat laut di kanan dan kiri. Bermakna, hanya memanjang daratannya. Haha. Ok.. teruskan..

Akhirnya kami tiba di chalet.. subhanallah! Cantiknyaaa! Tenang rasa.. kami disambut dengan makan tengah hari yang sangat enak ditambah bunyian ombak dan angin laut yang menghembus. Nyaman sungguh suasana ini. Gelak tawa kami sambil menjamu selera benar2 hilang keletihan atas kapal tadi. Saat ini, dalam fikiranku hanya nak cepat2 masuk laut. Haha.. kejernihan air benar2 membuatku excited!

Setelah makan tengah hari, kami di bawa ke “family room”. Kami meletakkan barang2 dan bersiap untuk aktiviti pertama kami di sini. Yeayyy..

Selepas siap, kami diberikan basikal (sepeda) seorang satu..rase comel jer naik basikal ni. Hehe~ yang cowo warna merah, yg cewe warna pink.. haha. Ok.. aktiviti pertama ni, kami akan berbasikal ke utara atau dipanggil “kebon wa wahid” atau “tanjongan”.. disini ada Jembatan Cinta dan orang jual kelapa muda segar.. ok.. itu sebentar lagi. Sekarang masa untuk pergi snokling. Perahu telah menunggu kami untuk di bawa ke tempat snokling. Perjalan dengan perahu hampir 30 minit. Puas!! Tadi kapal 2 jam 30 minit, sekarang perahu 30 minit! Pening tu tak perlu cakap lah.. memang terasa sangat tapi aku cuba tidak melayaninya.. dari duduk di belakang, aku bergerak ke depan.. biar angin hilangkan pening tersebut.. alasan aku berikan kepada teman2, aku mau ber’selfie’ padahal dah pening sangat. Haha~

Petang tu, kami ber’snokling’ di 1 pulau nih kemudian bergerak ke pulau putih di sebelah pulau yang snokling untuk bergambar.. setelah itu, 30 minit pula untuk perjalanan pulang. Kawanku sakinah tak dapat bertahan lantas menyapu minyak cap kapak.. bukan dia aje, aku sendiri pun akhirnya terpaksa sapu minyak cap kapak juga. Haha~ laut agak bergelora. Saat perahu melawan ombak, air laut percik sampai dalam perahu.. kadangkala ombak tinggi sehingga kami dalam perahu bagaikan berada di kaki bukit dan di kelilingi gunung biru.. haha~

Akhirnya kami sampai ke tanjongan.. Alhamdulillah~

Sepatutnya aktiviti kami seterusnya adalah ‘banana boat”, tapi kami batalkan saja. Aku, Fil dan kinah pergi mencari kelapa muda untuk mengurangkan loya. Aku dan Sakinah sahaja yang peningnya, Fil kuat! Haa.. kawan ku lagi 3 org, Mas Irwan, evi dan jenni, mereka bergambar di atas ‘Jembatan Cinta’..   

Petang itu, kami berbasikal lagi ke. Tapi kali ini ke barat pula untuk melihat sunset. Tapi nasib tak menyebelahi kami kerana awan mendung. Kami pulang ke chalet dan berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti malam iaitu berBBQ.. yeayy~ kami di hiburkan dengan lagu2 indonesia.. malah berpeluang untuk menyanyi bersama2.. haha~

26 Oktober 2015 (Pulau Tidung)

Keesokannya, aku dan mas Irwan ‘berjalan2’ di dalam laut sehingga ke tengah kerana air surut.. jangkat jer. Sangat indahh.. nyaman.. tenang.. arghh! Tidak tahu nak ungkapkan dengan kata2.. J
Jam 10.00 kami sudah di dalam kapal dan berpamit dengan abang2 yang membawa kami sepanjang di pulau. Mereka turut memberikan kepada kami ole2 keropok buatan penduduk pulau tidung. Makasih ya mas! Haha.. keadaan di dalam kapal sama seperti kedatangan kami.. tapi kali ini dipenuhi budak2.. mungkin rombongan sekolah kut.. ah! Aku dah tak fikir, lantas kami tidur terus sehingga sampai ke pelabuhan Kali Adem. Pening dan loya tidak ku endahkan..

Jam 12.00 kami tiba dan langsung mendapatkan kereta. Destinasi seterusnya ialah MONAS yang menjadi tugu Jakarta. Tetapi nasib kami juga tidak baik kerana MONAS di tutup pada hari Isnin. Kami hanya dapat bergambar di luar sahaja. Ga papa asalkan bisa sampai udah puas.. J MONAS ini seperti menara. Kita boleh naik ke atas dan melihat pemandangan kota Jakarta. Di luarnya terdapat orang menjual ole2. Kami mengambilkesempatan untuk membeli serba sedikit.. sikit je beli kerana trip kami bukan nak membeli sangat, tapi nak jalan2 jer.. hee~ Selepas itu, kami makan “Mee Ayam Bakso”.. mee = maggi yang siap di tos campur ayam masak kicap.. dan di beri semangkuk Bakso.. haha.. kami makan sehingga licin. Alhamdulillah~

Setelah itu, kami ke masjid Istiqlal yang merupakan Masjid utama di Jakarta ini. Setibanya di Masjid, kami di minta bayar tiket masuk untuk kenderaan. Setiap kenderaan yang masuk mesti membayar tiket! Seperti di mall! Katanya untuk penyelenggaraan kawasan parking dan untuk pembangunan masjid. Ok lah tu.. kami masuk solat dan bergambar di persekitaran masjid..

Kami teruskan perjalanan melihat sekeliling ibukota Jakarta. Kelihatan Banggunan2 yang penuh dengan senibina indah. kami ke Tanah Abang.. antara tempat shopping.. jalan kaki di tengah bandar.. bergambar di tugu mercu tanda Jakarta.. Akhirnya, kami singgah di satu Mall yang sangat besar. Menikmati Aiskrim special Jakarta. Hee~

Malam itu kami disajikan dengan “Nasi Goreng + sayur + keropok” dan juga sate padang. Enaknya.. kedatangan Putri dan Solihin membawa makanan lagi.


Keletihan sudah terasa di seluruh tubuh.. kami pulau semula ke rumah kawan dan tidur senyenyaknya kerana esok kami akan ke Bandung pula! Yaeayy~



gerai2 seperti ini penuh di mana

gerai bergerak.. haha~ tak tahu lah apa namanya

perjalanan ke Pelabuhan Kali Adem

perkampungan tepi laut di pelabuhan kali adem.. kelihatan kereta
Mas Irwan tengah cari parking.

ferry2 di Kali Adem.. ku fikir ferry yang cantik tuu.. haha~

rupa2nya ferry ini yang membawa kami 2 jam 30 minit ke Tidung!!

selfie dulu di dalam ferry~

deruan ombak dan enjin membingitkan telinga..

hahah~ moto juga nak naik ferry!!

orang ramai hanya duduk di mana sahaja sekeliling ferry..

ini atas perahu masa dalam perjalanan snokling.

jembatan cinta!!! haha..
serius banyak ikan cantik2 di sini...

haha~ foto dulu...

besttt~~

kantoi selfie.. haha

jom BBQ dulu..

haha~ speed boat di air yang cetek..

inilah kawasan chelet kami... 

air surut.. boleh jalan hingga ke tengah.. jangkat jer..

pemandangan dari atas chalet kami..

basikah (sepeda) yang kami gunakan sepanjang di Pulau Tidung..
Haha.. mcam comel jerr...

Masjid Istiqlal, jakarta

Bajai.. antara pengankutan terpenting..

macettt.. segalanya ada atas jalan! haha

mercu tanda Ibukota Jakarta.. bukan yang baju biru tuu! haha

bangunana2 besar di ibukota Jakarta

gerai2 yang ada di mana2 di Indonesia..

pekena aiskrimm,,, sedappp.. aku punya nih!

aiskrim gula kapas.. haha

dari dalam Mall.. hebat do!

nasi gorengg... menu malam kami..

pempek palembang.. putri dan solihin bawa~ tapi dah kenyang..


haha~ cukup dulu lah bahagian 2.. haha~ dah letihh.. nanti sambung lagi bahagian 3 ke Bandung pula hehe~
selamat malam semua.. 
kalau nak tau pasal pakej pulau ni, boleh search aja kat google.. "paket pulau tidung murah" atau apa2 ja..pasti akan jumpa.. 
ok.. 
see u all my friend~

salam alaikum.. :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular