Bahagian 3
27 Oktober
2015 (perjalanan ke Bandung)
Saat semua
orang masih diulit mimpi indah, kami telah bangun untuk destinasi seterusnya.
Pemandu(supir) telah tiba tepat jam 3.00 pagi seperti yang dijanjikan. Jadi
kami telah bangun jam 2.45 pagi dan bersiap ala kadar. Beg dicapai dan berpamit
dengan tuan rumah, iaitu kawan kami Jenni. Kerana selepas ini kami akan
bermalam di rumah kawan yang lain pula iaitu Evi. Tambahan pula kami ingin
bertaarufan dan bersilaturrahmi pula dengan keluarga Evi lantaran masih di
Jakarta. Sahabat mesti dicari sebanyaknya, musuh jangan bagi ada walau
seorang.. haha~ ok.. sambung cerita..
Tepat jam
03.00 pagi, kami keluar rumah dan berjalan menuju ke kereta di luar kawasan
perumahan rumah jenni. Kedinginan awal pagi terasa di tubuh kami. Selepas
menyusun beg dalam kereta, kami pun mulakan perjalanan. Kali ini solihin dan
putri pula menemani kami. Sebelum ini di Pulau Tidung, Evi dan Jenni yang
bersama kami. Mereka terpaksa susun dan membahagikan masa lantaran masih
belajar dan juga kerja. Kami benar2 terharu dan berterima kasih atas
kesanggupan mengambil cuti semata-mata menemani kami. Terima kasih ya kalian J
Perjalanan
awal pagi sangat lancar kerana jalanraya juga belum sibuk. Kami semua sudah ke
alam mimpi.. tinggallah pak supir memandu keretanya sahaja dek kerana terlalu
letih.
![]() |
penuh dengan motor! |
![]() |
antara pengankutan terpenting di Bandung |
Dalam perjalanan,
kami berhenti solat di Masjid (lupa nama masjid) dan terus ke puncak. Destinasi
pertama kami ke Kawah Putih. Jalannya MasyaAllah! Memang aku surrender! Selama ini
aku yang akan memandu jalan yang macam ni, tapi kali ini jadi penumpang, mmg
tahan jer isi perut. Kepala memang berdenyut. Tapi tahan jer.. cuba untuk kawal
mood happy dengan tidak endahkan semua itu! Haha~
Ok..
akhirnya kami sampai.. sebaik turun kereta, errrrr sejuknyaa.. suasana masih
awal pagi.. dalam jam 6.00 kami sampai (dah cerahlah.. disini subuh jam 4.00..
so, jam 6 ni macam jam 7-8 di malaysia). Malah kenderaan “angkut” untuk bawa
kami naik ke atas juga masih belum buka. Jadi kami mengambil peluang ini dengan
menekan punat kamera di setiap sudut termasuklah selfie2..haha~ dan tak lupa
juga untuk singgah di kedai-kedai ole2. Putri membeli baju ala2 musim sejuk
macam tu di sini. Kawanku Sakinah juga membeli penutup kepala ala2 kat western
time musim sejuk tu.. haa.. aku pula hanya melihat sahaja sambil menghirup
udara segar atas bukit.
angkut~ antara kenderaan umum di Indo. |
Ok..
kaunter tiket dah buka.. langsung Putri dan Solihin membelikan tiket dan kami
naik angkut. Angkut ini adalah van kecil yang di ubahsuai (tgok gambar nnti lah
J)
perjalanan dengan angkut dalam 10 minit mendaki gunung.. sebaik tiba di “Kawah
Putih”, hidung aku jadi menyengat.. haha.. kuatnya bau belerang! Kami di
galakkan untuk pakai penutup hidung.. ada dijual dengan harga rp5000. Keadaan yang
sejuk dan berbau belerang menyebabkan aku sedikit semput.. tapi still maintain
aja.
kena pakai mask kerana bau belerang yang kuat.. |
Sampai di
Kawahnya, Subhanallah! Cantikknyaaaa... tak dapat nak gambarkan kecantikannya
dengan kata2.. anda kena datang sendiri melihat kehebatan ciptaan Allah taala
ni! Pasirnya yang putih dan airnya yang hijau.. ada bukit pula beserta kayu
bakau yang indah! Wahh.. lantas kami mengambil peluang ini dengan bergambar sepuasnya.
kawah putih.. |
seperti salji pun ada.. haha |
kawah putih, Bandung.. |
lihat ape tu?? |
Setelah itu,
kami ke “Situ Patenggang” yang terletak betul2 di puncak.. tetapi yang
menariknya, di atas puncak ini terdapat tasik!!! Luas juga tasiknya.. tasik di
puncak gunung! Haha.. sebenarnya ada sejarah tempat ini.. tapi anda search sendirilah
dalam google.. kisah “situ patenggang”. Disini terdapat basikal itik utk disewa
dan boleh kayuh di dalam air.. di tengah tasik terdapat “batu cinta”.. bolehlah
ukirkan nama kita dan pasangan di situ (haha.. jgn percaya sangat yer).. di
sini juga terdapat banyak gerai makanan dan jualan. Setelah puas di sini, kami
bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu check in hotel... uwaaa.. letihh~
![]() |
gerai2 di Situ Patenggang |
bergambar dulu di pintu masuk.. |
basikal itik.. lupalah namanya.. haha |
Di Bandung
kami pilih “V hotel and luxury” yang berkonsepkan mewah, tapi murah.. haha..
ada swimming pool, disediakan breakfast yang sedap.. memang puas hatilah.. ptg
tu sebelum maqrib, kami mengambil peluang mandi manda di swimming pool hotel
ini.. puas! Segar..
Malam itu,
selepas bersiap ala kadar, kami keluar dengan dipandu oleh pak supir mencari
makan.. atau dipanggil “Kuliner”.. cari punya cari, akhirnya KFC jer yang di
pilih.. haha.. lapar sangat kut.. KFC ini terletak di dalam mall “Cihampelas
walk”.. perghhh! Cantikk sangat mall ni.. design dan keadaan dia memang gempak!
Tak terlepas kami bergambar di sini.
jalan2 mall di Bandung.. gempak kut mall di sini! |
Selepas itu,
pergi ke lokasi wajib bagi siapa yang datang ke Bandung iaitu tempat shopping..
dekat jer dari mall tadi.. lebih kurang macam Jalan Bukit Bintang di Malaysia..
di sini yang banyaknya adalah pakaian. Aku tak ada beli apa sangt. Sebab waktu
ini aku dah ketandusan wang. Perlu ke money changer dulu.. haha~ selepas dah
puas, langsung balik ke hotel dan istirahat.. sampai bilik terus tidur dengan
kemeja apa semua. Ini betul2 letih ni.
28 Oktober
2015 (Bandung)
Awal pagi
kami dah bangun tidur, mandi, bersiap dan turun ke cafeteria hotel untuk
menikmati breakfast.. nyummy.. banyakk makanan.. aku cuba serba serbi.. haa..
Selesai bersarapan
pagi, kami terus check out hotel dan bergerak ke destinasi seterusnya yang
menjadi lambang puncak Bandung ni iaitu “Tengkuban Perahu”..
Tengkuban
Perahu ini adalah kawah gunung berapi yang masih aktif! Kami di beritahu tahun
2014 pernah meletus.. sehingga saat kami di sini juga, asap masih kelihatan
keluar dan disekelilingnya adalah belerang warna kuning yang sangattt kuat
baunya.. lebih kuat dari di kawah putih.. tapi aku tidak endahkan bau itu dan
menikmati keindahan di dapan mata ini. Hebat! Tiada lafaz yang boleh di
ucapkan!
kawah Tengkuban Perahu.. hidupan x boleh masuk.. mati terus~ |
korang dua!, itulahhh.. |
cantik pemandangan di sini.. |
kamuuu... |
dahsyat kan tempatnya~ real gunung berapi! |
hayoo.. datang sini.. |
masih berasap lagi! kuning tu belerang.. manusia masuk kesini terus mati! |
Selepas itu,
kami bergerak ke “DE’Ranch Lembang” iaitu kandang kuda.. haha.. time utk
menjadi koboi pula! Disini kami dapat naik kuda dan bergambar dengan pakaian
seperti koboi.. dengan topi dan vast koboi. Bagi aku yang selalu menunggang
kuda, aku sudah tak perlukan orang menarik tali kuda, tapi aku mengawalnya
sendiri.. nak tahu macam mna nak kawal kuda?? Senang jer..
nak jalan:
hentak badan kuda dengan kedua kaki kita.. lagi kuat, lagi laju..
nak
berhenti : tarik tali serentak
kanan,
tarik kanan.. kiri, tarik kiri.. haha.. senang jer kan.. kena try dulu baru
tahu senang ke susah.. J
De'Ranch.. |
kereta kuda.. still digunakan.. |
tudiaa.. koboi Malaysia.. haha |
bestt berkuda... |
laluan untuk nak berkuda... |
seterusnya??
Ayuh kita ke “float Market”.. haha.. di sini terdapat tasik, dan orang berniaga
di dalam perahu! Haha.. so, kita akan berada di tepi tasik dan membeli dari
peniaga di dalam perahu.. tempatnya sangattt cantikk.. ok.. tak tahu nak
gambarkan macam mana, lihatlah dalam gambar yer..
gerai dalam perahu! di Float Market.. |
tasik di tengah Float Market ni.. |
haha.. peace! |
antara taman di Float market~ |
tudiaaa.. |
di float
market, kami makan tgh hari, solat kerana selepas ini kami akan terus pulang ke
Jakarta. Perjalanan 4 jam. Malam ini kami akan menginap pula di rumah teman
kami Evi. Ibu dan ayahnya telah menantikan kami.. macam2 mereka masak..
masyaAllah! Enakk.. tambahan pula masakan ibu mmg sedap.. 3 kali aku tambah..
hambek!! Malam tu kami tidur dengan nyenyaknya..
29 Oktober
2015 (Jakarta)
Pagi ini
aku bangun dan mengikut ayah Evi ke masjid naik moto.. nasib aku telah siapkan jubah.. Ayah evi memperkenalkanku dengan
jemaah masjid.. aissh segannya.. ada jemaah yang menggunakan bahasa indonesia
pekat, so, aku hanya tersenyum sahaja tanpa tahu apa yang di cakapnya.. haha~
Makanan pagi
telah disediakan oleh ibu Evi.. sampai betul2 kenyang aku makan pagi ni..
betul2 berselera. Sebelum bertolak ke “bandara” atau airport, kami menyambil
peluang menyapa jiran tetangga yang juga merupan keluarga Evi.. di hadapan
rumahnya ada pasar pagi.. jalan2 dulu di pasar pagi melihat suasana. Orang jgn
cakaplah, mmg ramai.. motornya lagi..
Tepat jam
08.30, kami berpamit dengan keluarga Evi dan bergerak ke Airport dengan menaiki
kereta Jazz ayah Evi. Adiknya yang memandu. Sengaja kami keluar awal kerata
dikhuatiri jalan sesak.. tetapi rupanya, jalan lancar.. so, sampai awallah di
airport.. ga papa sih.. bisa santai2..
Terminal 2.. SHIA.. |
Malindo Airline~~ |
Tepat jam
13.50 (waktu jakarta), kami boarding dengan pesawat Malindo Air OD315. Jam 16.15
(waktu malaysia) kami selamat tiba di KLIA 2.. lantas kami naik bas JetStar ke
TBS kerana aku parking kereta di situ..
ladang teh di puncak bandung.. luass ladangnya.. |
Inilah 6 hari short journey kami.. letihh tapi bestt..
ikut tu banyakk lagi gambar kenangan kitorang.. tapi cukuplah dulu sebagai utk berkongsi..
kepada teman2 di Jakarta (Putri, Solihin, Evi dan Jenni) terima kasihhh sangat2 yg x terhingga.. tumpangkan kami tidur di rumah.. siapkan makan.. temani kami.. susun jadual trip yg seruu (bestt).. happy aku dapat mengenali kalian.. persahabatan kita walaupun jauh beribu batu, tetapi sangt akrab..
kepada Filzati dan Sakinah, thanks soo much sebab sudi mengembara bersamaku.. tak tahu nak ungkap dah rasa terharu ini.. hee..
dan semua teman2 yang lain juga.. aku bersyukur dapat mengenali semua..
jom next trip~~~~~
kemana? haha.. jomlah plan..
wuih Bestttt bang.. happy juga aku kenal kamu dan kawan lainnya.. Fil .. Kinah anf Ain.. jom lah next trip hehe
BalasPadamHee... Jom2.. :)
BalasPadamHee... Jom2.. :)
BalasPadam