http://i248.photobucket.com/albums/gg194/xairiey/assalaamualaikum11.gif

SelAmaT berSua waHai shBAt2ku~ akU tidAk taHu baGaimana nak muLakAn bLog iNi.. tAk paNdai naK ber'BLOG'.. haha~ dAn sEbEnaRnyA sEkaDar caTatAn peRibaDi dAn tiDak aDa keNa meNgenA dEnGan seSiaPa yEr~~ peace~~!

~Ahlan Wsahlan Wa Marhaban Bikum~

Ahad, 29 November 2015

A part of my experiences~~

Bismillah.. Dengan nama Allah aku bersyukur di atas segalanya~

Bayu angin malam menampar lembut tubuhku. Kedinginan terasa hingga ke tulang.. dek kerana bumi UIAM ini di kelilingi bukit dan hutan. Apatah lagi, bilik aku betul2 di sebelah hutan dan di kaki bukit. Sebab itu, angina malam sangat sejuk. Jam telah menunjukkan jam 3.00 pagi. Tetapi mata masih tidak mahu terlelap. Lagu2 yang lembut aku pasang sebagai halwa telinga. Mybe sebab tu tetibe rasa nak mengimbau nostalgia dan memori lama hidup aku. Haa.. lagipun, kalau tak di catat, pasti hilang macam tu sahaja. Kenangan dow..

So, aku letaklah catatan ni sebagai pengalaman adalah sebahagian pembelajaran.. haha.. sbb aku bukan nak cerita kenangan2 pasal hati2 ni.. haha.. ni kenangan aku dalam mencari pengalaman.. pengalaman hidup.. dan aku hari ni banyak belajar dari pengalaman ini.. ok.. dah la muqaddimah.. hee~

1st sekali, bila orang tanya aku belajar apa di UIAM, so aku jawab belajar bahasa arab.. degree bahasa arab.. then, pasti dia akan cakap,ooo, lepas ni boleh mengajar jadi ustaz lah… haa.. maaf ya.. sejujurnya aku kurang minat dalam hal mengajar.. mengajar seronok, tapi sampingan tu yang aku lemah sikit.. laporan macam2, itu ini, mesyuarat dan segalanya.. aku tahu, kerana aku dah berpengalaman mengajar semua jenis sekolah di Malaysia nie.. hahaha~ sori.. bukan nak bangga diri, tapi ini pengalaman aku.. tetapi mngajar sekejap2 jer la.. time cuti sem..

Ok.. aku nak try list sekolah yang aku pernah mengajar :
Sekolah Rendah Islam darul Aman (SRIDA), Sek Keb Dato Wan Mat saman, Sek Keb Seri Pantai, Sekolah Menengah Keb di Gombak (lupa nama sekolah), Sek Ren Agama Saidina Ali di Gombak, Saudi International School (sekolah totally dibwah embassy Saudi di sebelah zoo Negara), Caliph School di Ampang (private school.. org kaya jer nie), Sek Men Agama di KL (lupa nama sbb ngajar sekejap jer), sek keb Ijok, hulu Selangor dan di pusat tuisyen juga pernah.. haa.. nie sekolah yang aku pernah mengajar.. macam2 subjek.. quran, bahasa arab, subjek2 agama, subjek akademik dll..

Kemudian, aku pernah juga di jemput utk bagi bengkel yang aku mahir iaitu bengkel tarannum dan bengkel khat.. antaranya di Uni KL sebelah UIA, Sek Men Kg Pandan KL, Pengajian Islam UM, di KUIS, Maktab perguruan Darul aman, maktab perguruan di sebelah UM dan beberapa sekolah dan masjid.. selain tu, aku juga selalu bagi taklimat untuk Jemaah umrah.. macam tahun ni (2015) hampir setiap bulan… so.. ini pengalaman aku dalam pendidikan ni.. insyaAllah tahu laa sikit2 pasal dunia mengajar ni.. tapiii.. macam aku cakap, macam x kena jiwa aku.. haha~

Sejujurnya.. jurusan bahasa arab yang aku ambil di UIA ni bukan pilihan aku.. dulu masa isi boring MOHE, aku juz letak Ekonomi, Akaun dan pengajian Islam di semua Universiti yang menawarkannya.. takde langsung aku pilih bahasa arab.. tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, dan sekarang aku sangat bersyukur.. sebab tu, apa2 hal istikharah itu penting.. mohon bagi Allah pilih yang terbaik untuk kita.. aku istikharah, dan aku dapat apa yang aku langsung x pilih, tetapi pilihan itulah yg terbaik untuk aku..

Haa.. sebab apa?  Sebab biola kita pelajari bahasa ni kita mampu untuk buat macam2… dapat bahasa, dapat apa yg boleh relate dengannya… haa~

Alhamdulillah.. Allah dah aturkan hidup aku dari aku kecil lagi… sejak darjah 4 aku dah mula bersosial dengan org dengan cara Alquran, kumpulan marhaban, kumpulan di bawah pejabat sultan kedah.. kira darjah 4 aku dah mula punya income sendiri.. hee~ hampir setiap minggu kami ada show, persembahan di majlis2.. dan sekali sekala aku di jemput untuk bacaan quran pembukaan majlis.. masuk pertandingan2.. klu yang sultan kedah pula, mana tuanku pergi kami akan follow sebagai team “lagu negeri” haa.. setiap kali jemputan mmg makan di hotel dulu, makan di Istana, dan makan di meja VVIP lah.. haa.. seingat aku darjah 5, akun dah terlibat kursus protocol di Langkawi oleh Bahagian Protocol Istana.. belajar protocol istana, protocol majlis VVIP, protocol di meja makan dll.. haa.. hal ni, dari aku sekolah rendah smpailah aku sekolah menengah… bersama teman2 seperjuangan yang lain di bawah kelolaan dato haji kassim Ahmad.. guru aku dari kecil smpai sekarang..alhamdulillah ala kulli hal.. inilah aturan Allah yg terbaik untuk aku…

Lps SPM, aku dapat ke asasi UIAM.. di sini rupa-rupanya ramai senior aku dari Maahad Mahmud, so, mereka kenal aku dan akhirnya aku di taklifkan macam2 jawatan… masuk 1st year pun dah kena pegang jawatan President BARB society (kelab bahasa arab), dalam FRC dibawah UIA, kelab anak kedah dan macam2 jawatan.. so, selama 2 tahun di asasi UIA, terlalu banyak pengalaman yg aku dapat dalam mengurus organisasi, event management, dan dah mula ke merata tempat.. Taman Negara Pahang, kem di Port Dickson, Terengganu, Melaka, dan lain2.. pernah wakil asasi UIA pertandingan tilawah alquran di KISDAR Perak..

Habis Asasi UIA, batch aku bercuti hampir 6 bulan! Sebab batch aku yg pertama akan mula masuk Gombak bulan 9.. habis asasi bulan 3.. lama cuti.. dan kembara aku bermula di sini yang bukan atas sebab program. Aku dan kawan2 atur trip ke kuala Terengganu dan Kelantan.. dari Kelantan balik terngganu semula.. dan dri Terengganu pulang ke kedah.. haa~

Selepas tu aku mula buat my 1st kembara seorang diri bermula di kedah. Masa ni tahun 2011 klu x silap.. Naik bas ke penang, jalan2 sekejap.. then naik KTM ke KL.. dari di KL duduk rumah pak sedara di PJ.. dari KL ke Pahang naik bas seorang.. gi rumah mak sedara, mendaki gunung senyum.. kemudian, naik bas pula ke Kuantan.. dari kuantan, naik bas ke KL.. dari KL naik bas ke Cameron Highland.. turun Cameron balik semula ke KL.. last, aku pergi  KEM Bahasa Arab yang mana aku sebagai pengarah program.. program ni lebih kurang untuk persediaan ke UIA Gombak khusus utk semua pelajar bahasa arab dri Asasi.

Di UIA Gombak, kehidupan aku sedikit berubah.. kerana aku ditaklifkan pegang jawatan, tugas aku sebagai pelajar dan dalam masa yang sama aku mula mengajar.. mengajar sekolah dan mengajar alquran di rumah2.. Alhamdulillah, tahun 2 di UIA aku Berjaya beli sebuah kereta kecilku warna hitam.. haha~ Viva jerr.. tapi viva ni banyak bakti kat aku nie.. haa..

Sejak ada viva ni, semakin advance sikit.. mengajar, bengkel, dan macam2 lagi lah… haha~ sebenarnya nak dapat viva tu, aku bekerja keras juga.. masa short sem sebelum dapat viva, aku buat hampir 3 kerja sehari sampai demam.. siang aku bekerja di Pasaraya istafa (jual barangan arab.. gedung kurma..), petang siap, ke hotel Holiday Villa sebagai Imam Hotel.. jam 12 malam aku kerja di KFC pula.. haa..dpt bertahan 2 bulan shj.. lps tu, demam teruk dan berhentiu semuanya.. tapi kwngan dah cukuplah untuk beli kereta.. hee.. lps tu lah aku dapat beli kereta vivaku tu..
Ok.. yang nie betul2 masih segar dalam ingatanku nie…

Di Uia, aku telah ambil study leave atau cuti spnjang… aku dapat offer ke mekah free.. peluang hanya sekali.. tambahan pula time ni aku akan bawa atuk, nenek, mak2 sedara, sepupu juga ke mekah.. so, aku ambil study leave.. dan mulakan pengalaman baru ni… lama juga di madinah dan mekah.. aku pergi bertugas bawa Jemaah, tetapi aku tetap ada ruang untuk menyendiri dan beribadah.. Alhamdulillah..

Balik dari mekah, masuk Ramadhan.. sepanjang ramadhan 2015 aku terima jemputan imam terawih di Kedah sahaja berbanding sebelum ni. Ramadhan 2014, sebulan aku duduk di HOTEL  CASUARINA, Ipoh.. ramadan 2013, aku di TH Hotel, Kuala Terengganu, 2012 dan 2011 di Hotel Holiday Villa, Alor setar.. kira start ramadhan 2011 aku xpernah jadi makmum lagi utk ramadhan.. huu.. ok.. ni juga pengalaman yg bernilai bagi aku.. nak belajar bersosial dalam kalangan korporat2 dan org2 kaya ni.. haa.. dapatlah handphone sebiji, ada dato bagi masa di Ipoh.. lepas raya terus aku datang ke KL walupun sebulan lagi nak buka sem baru.. aku datang mengajar sprti aku gtau di atas.. selain tu, aku buat sambilan kerja banci kenderaan.. haa.. (tgok gambar di bawah nnti.. haa)

Sebelum gi mekah, aku ke Pulau langkawi sebulan.. balik, pergi pula beberapa hari.. sampai masyi sangat di Langkawi bersama teman baikku fais..

Asalnya planning kononnya nak kerja cari pengalaman di hotel2.. tapi puas cari, masuk keluar hotel2, xde rezeki kali di situ.. so, macam gi bercuti jer lah.. gi mandi pntai, melayan perasaan kt tepi pntai.. haa~ tapi Alhamdulillah ada juga rezeki kami sebagai DRIVER untuk LIMA LANGKAWI 2015.. LIMA nie dibawah tentera, so, selama 10 hari aku bekerja dan jadi tentera.. haa.. aku mendapat tugasan sebagi driver untuk “Panglima Tentera Darat South Africa”.. tapi aku bawa PA dy jer.. abg tentera dri Kor Logistik yang drive Panglima tu.. dan kami di escort 24 jam oleh abg2 tentera MIA.. dyorang ni ala2 CIA macam tu lah.. haa.. kebal.. boleh bawa senjata masuk airport.. haa~ duduk ngn dyorg, sy pun jadi kebal gak.. haha.. dalam group ni, aku seorang ja org biasa.. bukan tentera.. tapi Kernel yang jdi ketua konvoi aku tu buat aku macam tentera gak! .. haha.. arahan dia bukan lembut2.. tapi “DENGAR! Aku nak hang terpacak di sini tepat jam 5 pagi! Kalau tak dak, aku tendang hang!! Faham???!” dengn cara macam bgi arahan dalam tentera.. aku kena balas setiap kata2 dia dengan “baik tuan!!”.. haha.. ada gaya dak.. gila kutt..

Awai2 ketar juga.. tapi akhirnya ok la.. ajar aku lebih confident dan tegas! Haa..
Selama 10 hari aku kerja sebagai driver LIMA langkawi (gambar dibawah)

Lepas tu, jadi Driver untuk penutup Sidang kemuncak ASEAN (Asean Summit yang melibatkan semua ketua 10  Negara)  kali ini aku bekerja bersama abang2 polis pula dalam kovoi PM Singapore.. haa.. dapat pengalaman drive sampai dalam kawasan airport.. berenti depan private jet.. 10 negara, 10 private jet tersusun.. paling Gempak dari Brunei.. airbus 2 tingkat.. besaqqqqq! Di escort dengan 10 biji polis motorbike.. 2 biji peronda bersiren.. 2 biji kereta polis biasa.. selain tu, kereta2 kami iaitu vellfire, vios baru, mers, BMW rasmi… haa.. pngalaman 3 hari yang ni, mmg seriously xkan dapat klu xde macam ni..

Haa.. balik langkawi.. buat kerja tulis Khat di dinding sekolah dan surau.. then, berangkat ke mekah..
Alhamdulillah~ cuti mid-sem baru ni (2015) aku teruskan trip kembara aku ke luar Negara.. kali ini ke Jakarta dan Bandung.. (bacalah catatan blog aku yang sebelum ni.. haha)

Sebenarnya ini trip aku yg ke dua ke Indonesia.. sebelum ini aku dah ke Surabaya.. tapi under kelab.. JKQ Kelab.. masa tu, aku sebagai president kelab JKQ UIAM ni.. so, mmg aku suka jalan, so, aku plan ngn kawan2 kelab, buat program 6 hari ke Surabaya Indonesia.. dan ketika itu, aku juga sebagai pengarah program.. penattt! Tapi puas.. ingat lagi, masa tu kebanyakan yg pergi 1st time buat passport dan ada juga 1st time naik flight! Tu pngalaman yg juga berharga bagiku.. masa ni tahun 2013 xsilap.. dalam tahun yang sama juga, aku pegang jawatan Exco PR ALA.. atau Arabic Language Association IIUM.. so, kami masa tu buat program ke Serawak seminggu.. Baktisiswa.. masa ni aku Cuma urus modul ja.. buat program di kampung, sekolah dll.. di kg Santubung, Sarawak..

Tpi 2015 ini mula aku bnyak ke luar Negara.. passport aku pun dah renew yg kedua.. Januari ke Singapore, kmudian ke mekah madinah, ke Jakarta dan bandung.. ok la tu dlm setahun 3 negara.. planning untuk 2016 pla.. haa.. target: Australia, Bangkok, mekah tu aku dah nk wajibkan setiap tahun insyaAllah..

Dan ada Negara impian aku ke Istambul Turkey pula selepas ni..tapi kena tunggu dulu.. haa.. planning dah siap, tunggu masa jer (nak simpan untuk honeymoon.. acecece.. haha~ calon pun xdak gi.. xdak spe nak.. huhu)

Hahaha~.. dah la cerita pasal ni.. aku bukan nak berlagak apa tau! Tapi aku tulis kat sini supaya aku boleh baca lagi suatu hari nnti dan boleh la tunjuk kat anak cucu.. perghhh! Haha..
Alhamdulillah.. ini pengalaman hidup aku.. aku nak jdi seorang yg flexible.. boleh buat apa sahaja.. hee~ terima kasih awak yg membaca noltalgia panjang nie… xde sape sngt yg tahu blog saya ni.. spa yg tahu ni adalah seseorg yg istimewa bagi aku.. ok.. dah rasa ngantuk ni~~ cukup dululah…

BAKSIS ALA 2013 di Santubung Serawak..

ini pula BAKSIS JKQ Club di Surabaya, Indonesia..
Aku sebagai Pengarah Program..

Ramadhan 2013 : Imam terawih sebulan di sini (TH Hotel Kuala Terengganu) 

Pernah mewakili UIAM Gombak dalam
Pertandingan Marhaban antara Universiti.. 

Masa di CFS Nilai : mewakili CFS UIA
Pertandingan Tilawah Al-Quran..
2010 nie..

antara sekolah yang aku mengajar..
Sek Ren Agama Saidina Ali, Gombak.

Antara anak murid yang aku ngajar quran secara private di
rumah mereka.. Rindu kalian..

3 tahun berturut aku terlibat dalam perogram ni sebagai Ketua Modul.

zaman sekolah dulu, inilah kerja aku setiap kali cuti.
Ini KEM di Langkawi..

berprogram ni sejak aku sekolah lagi.. haa~ ni 2009 x silap..

antara program yg aku ikuti sepnjang di CFS UIAM..
Ni program di bawah FRC CFS IIUM di Taman Negara, Pahang..

haa.. kerja Driver masa Penutup Sidang Kemuncak Asean 2015 di Langkawi.

Ini kereta rasmi PM Singapore yg aku bawa..
Sidang Kemuncak Asean 2015

dalam kawasan airport ni..
menunggu ketibaan pesawat pribadi PM Singapore.

Pesawat peribadi PM Singapore.. 

anatara program aku masa CFS UIAM.. 2010..

OPS Bom.. setiap kereta konvoi akan diperiksa oleh Unit Bom Polis sebelum mulakan perjalanan.
Sidang kemuncak Asean 2015.

Kereta2 rasmi 10 ketua negara ASEAN..

Abg2 Polis yg segak bergaya dah ready untuk convoi..

Kereta rasmi ketua negara ASEAN..

ni pula masa LIMA Langkawi.. bersama abg2 tentera pla..
DApat try bawa moto Polis Tentera round2.. haa..

ini SU Sulit kepada JENERAL Utama South Africa..
Merangkap PA Jeneral..
BAik sangat dia ni.. 

View dari bilik Hotel yg aku duduk di Langkawi..
Lagoon Hotel, Langkawi.. 

bersama abg2 Army Malaysia... MIA..

Abg2 Tentera Malaysia.. MIA.. dalam airport ni mngiringi Jen.
Aku tangkap gambar nie.. haha..

LIMA LANGKAWI..
ini flight kecil untuk training.. nak dptkan lesen pilot..
InshaAllah one day!
Pilot flight ni baru umur 19 tahun kut!

Kereta Rasmi Jeneral...

Flight traning...

antara kerja aku buat.. Survey kereta.. banci lalulintas..
mcam JPJ kan.. haha~
orang nmpak kami, terus tarik talipinggang keledar.. haa~

pengalaman aku semasa
Mukhtamar Alami Bahasa Arab di UIAM..
bukan kawin yer.. haha

Ramadhan 2014: Imam Terawih sebulan di Hotel Casuarina Perak.

Sepanjang di Mekah..

Sepanjang di Madinah..

Antara kerja aku.. menulis khat di dinding..
YAng ni di Surau Sek Keb. Klang Utara.

Sepanjang LIMA LANGKAWI.. 

Sidang Kemuncak Asean 2015 di LAngkawi..

Abg2 polis konvoi PM Singapore... Aku sorg jer org biasa.. haa~

Ini di Surau Sek. Keb. Kubur Panjag, kedah..

Ini di rumah tok aku.. haha~ saja syoq2..


Haaa~ begitulah antara pengalaman aku.. aku x cerita habis laa.. cukup dulu yg ni antara yang paling berharga setakat 2015 ini.. hee~ ok2.. Have a nice day~~ All the best in our life :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular