http://i248.photobucket.com/albums/gg194/xairiey/assalaamualaikum11.gif

SelAmaT berSua waHai shBAt2ku~ akU tidAk taHu baGaimana nak muLakAn bLog iNi.. tAk paNdai naK ber'BLOG'.. haha~ dAn sEbEnaRnyA sEkaDar caTatAn peRibaDi dAn tiDak aDa keNa meNgenA dEnGan seSiaPa yEr~~ peace~~!

~Ahlan Wsahlan Wa Marhaban Bikum~

Selasa, 27 Oktober 2015

My short Journey to Jakarta and Bandung (Bahagian 3) -last

Bahagian 3

27 Oktober 2015 (perjalanan ke Bandung)

Saat semua orang masih diulit mimpi indah, kami telah bangun untuk destinasi seterusnya. Pemandu(supir) telah tiba tepat jam 3.00 pagi seperti yang dijanjikan. Jadi kami telah bangun jam 2.45 pagi dan bersiap ala kadar. Beg dicapai dan berpamit dengan tuan rumah, iaitu kawan kami Jenni. Kerana selepas ini kami akan bermalam di rumah kawan yang lain pula iaitu Evi. Tambahan pula kami ingin bertaarufan dan bersilaturrahmi pula dengan keluarga Evi lantaran masih di Jakarta. Sahabat mesti dicari sebanyaknya, musuh jangan bagi ada walau seorang.. haha~ ok.. sambung cerita..

Tepat jam 03.00 pagi, kami keluar rumah dan berjalan menuju ke kereta di luar kawasan perumahan rumah jenni. Kedinginan awal pagi terasa di tubuh kami. Selepas menyusun beg dalam kereta, kami pun mulakan perjalanan. Kali ini solihin dan putri pula menemani kami. Sebelum ini di Pulau Tidung, Evi dan Jenni yang bersama kami. Mereka terpaksa susun dan membahagikan masa lantaran masih belajar dan juga kerja. Kami benar2 terharu dan berterima kasih atas kesanggupan mengambil cuti semata-mata menemani kami. Terima kasih ya kalian J

Perjalanan awal pagi sangat lancar kerana jalanraya juga belum sibuk. Kami semua sudah ke alam mimpi.. tinggallah pak supir memandu keretanya sahaja dek kerana terlalu letih.

penuh dengan motor!
Akhirnya, kami tiba di kota Bandung. Saat ketibaan kami, semua orang mulai keluar untuk pergi kerja, sekolah dan pelbagai urusan. Motor memang tak terkira banyaknya. Waww! Dahsyat! Haha.. ada naik motor sehing 4-5 orang! Haha.. bagi mereka, ini adalah biasa, tapi bagiku ini sangat lain. Haa..

antara pengankutan terpenting di Bandung
Ini motor sahaja, belum masuk segala jenis penganggutan lain. Dan di Bandung terdapat banyak kereta kuda. Untuk mengangkut barang, bawa penumpang.. kira rata-ratanya menggunakan kereta kuda. Sebaik sampai di sini, cepat2 aku keluarkan kamera untuk tangkap gambar kereta kuda tu, tapi rupanya banyakkk di sini. Haha~ Almaklumlah di Malaysia mana ada situasi macam ni. Hehe~

Dalam perjalanan, kami berhenti solat di Masjid (lupa nama masjid) dan terus ke puncak. Destinasi pertama kami ke Kawah Putih. Jalannya MasyaAllah! Memang aku surrender! Selama ini aku yang akan memandu jalan yang macam ni, tapi kali ini jadi penumpang, mmg tahan jer isi perut. Kepala memang berdenyut. Tapi tahan jer.. cuba untuk kawal mood happy dengan tidak endahkan semua itu! Haha~

Ok.. akhirnya kami sampai.. sebaik turun kereta, errrrr sejuknyaa.. suasana masih awal pagi.. dalam jam 6.00 kami sampai (dah cerahlah.. disini subuh jam 4.00.. so, jam 6 ni macam jam 7-8 di malaysia). Malah kenderaan “angkut” untuk bawa kami naik ke atas juga masih belum buka. Jadi kami mengambil peluang ini dengan menekan punat kamera di setiap sudut termasuklah selfie2..haha~ dan tak lupa juga untuk singgah di kedai-kedai ole2. Putri membeli baju ala2 musim sejuk macam tu di sini. Kawanku Sakinah juga membeli penutup kepala ala2 kat western time musim sejuk tu.. haa.. aku pula hanya melihat sahaja sambil menghirup udara segar atas bukit.

angkut~ antara kenderaan umum di Indo.
Ok.. kaunter tiket dah buka.. langsung Putri dan Solihin membelikan tiket dan kami naik angkut. Angkut ini adalah van kecil yang di ubahsuai (tgok gambar nnti lah J) perjalanan dengan angkut dalam 10 minit mendaki gunung.. sebaik tiba di “Kawah Putih”, hidung aku jadi menyengat.. haha.. kuatnya bau belerang! Kami di galakkan untuk pakai penutup hidung.. ada dijual dengan harga rp5000. Keadaan yang sejuk dan berbau belerang menyebabkan aku sedikit semput.. tapi still maintain aja.

kena pakai mask kerana bau belerang yang kuat..
Sampai di Kawahnya, Subhanallah! Cantikknyaaaa... tak dapat nak gambarkan kecantikannya dengan kata2.. anda kena datang sendiri melihat kehebatan ciptaan Allah taala ni! Pasirnya yang putih dan airnya yang hijau.. ada bukit pula beserta kayu bakau yang indah! Wahh.. lantas kami mengambil peluang ini dengan bergambar sepuasnya.

kawah putih..
seperti salji pun ada.. haha
kawah putih, Bandung..
lihat ape tu??
Setelah itu, kami ke “Situ Patenggang” yang terletak betul2 di puncak.. tetapi yang menariknya, di atas puncak ini terdapat tasik!!! Luas juga tasiknya.. tasik di puncak gunung! Haha.. sebenarnya ada sejarah tempat ini.. tapi anda search sendirilah dalam google.. kisah “situ patenggang”. Disini terdapat basikal itik utk disewa dan boleh kayuh di dalam air.. di tengah tasik terdapat “batu cinta”.. bolehlah ukirkan nama kita dan pasangan di situ (haha.. jgn percaya sangat yer).. di sini juga terdapat banyak gerai makanan dan jualan. Setelah puas di sini, kami bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu check in hotel... uwaaa.. letihh~

gerai2 di Situ Patenggang
bergambar dulu di pintu masuk..
basikal itik.. lupalah namanya.. haha
Di Bandung kami pilih “V hotel and luxury” yang berkonsepkan mewah, tapi murah.. haha.. ada swimming pool, disediakan breakfast yang sedap.. memang puas hatilah.. ptg tu sebelum maqrib, kami mengambil peluang mandi manda di swimming pool hotel ini.. puas! Segar..

Malam itu, selepas bersiap ala kadar, kami keluar dengan dipandu oleh pak supir mencari makan.. atau dipanggil “Kuliner”.. cari punya cari, akhirnya KFC jer yang di pilih.. haha.. lapar sangat kut.. KFC ini terletak di dalam mall “Cihampelas walk”.. perghhh! Cantikk sangat mall ni.. design dan keadaan dia memang gempak! Tak terlepas kami bergambar di sini.

jalan2 mall di Bandung.. gempak kut mall di sini!
Selepas itu, pergi ke lokasi wajib bagi siapa yang datang ke Bandung iaitu tempat shopping.. dekat jer dari mall tadi.. lebih kurang macam Jalan Bukit Bintang di Malaysia.. di sini yang banyaknya adalah pakaian. Aku tak ada beli apa sangt. Sebab waktu ini aku dah ketandusan wang. Perlu ke money changer dulu.. haha~ selepas dah puas, langsung balik ke hotel dan istirahat.. sampai bilik terus tidur dengan kemeja apa semua. Ini betul2 letih ni.

28 Oktober 2015 (Bandung)

Awal pagi kami dah bangun tidur, mandi, bersiap dan turun ke cafeteria hotel untuk menikmati breakfast.. nyummy.. banyakk makanan.. aku cuba serba serbi.. haa..

Selesai bersarapan pagi, kami terus check out hotel dan bergerak ke destinasi seterusnya yang menjadi lambang puncak Bandung ni iaitu “Tengkuban Perahu”..

Tengkuban Perahu ini adalah kawah gunung berapi yang masih aktif! Kami di beritahu tahun 2014 pernah meletus.. sehingga saat kami di sini juga, asap masih kelihatan keluar dan disekelilingnya adalah belerang warna kuning yang sangattt kuat baunya.. lebih kuat dari di kawah putih.. tapi aku tidak endahkan bau itu dan menikmati keindahan di dapan mata ini. Hebat! Tiada lafaz yang boleh di ucapkan!

kawah Tengkuban Perahu.. hidupan x boleh masuk.. mati terus~
korang dua!, itulahhh.. 
cantik pemandangan di sini..
kamuuu... 
dahsyat kan tempatnya~ real gunung berapi!
hayoo.. datang sini..
masih berasap lagi! kuning tu belerang.. manusia masuk kesini terus mati!
Selepas itu, kami bergerak ke “DE’Ranch Lembang” iaitu kandang kuda.. haha.. time utk menjadi koboi pula! Disini kami dapat naik kuda dan bergambar dengan pakaian seperti koboi.. dengan topi dan vast koboi. Bagi aku yang selalu menunggang kuda, aku sudah tak perlukan orang menarik tali kuda, tapi aku mengawalnya sendiri.. nak tahu macam mna nak kawal kuda?? Senang jer..
nak jalan: hentak badan kuda dengan kedua kaki kita.. lagi kuat, lagi laju..
nak berhenti : tarik tali serentak
kanan, tarik kanan.. kiri, tarik kiri.. haha.. senang jer kan.. kena try dulu baru tahu senang ke susah.. J

De'Ranch.. 
kereta kuda.. still digunakan..
tudiaa.. koboi Malaysia.. haha
bestt berkuda... 
laluan untuk nak berkuda...
seterusnya?? Ayuh kita ke “float Market”.. haha.. di sini terdapat tasik, dan orang berniaga di dalam perahu! Haha.. so, kita akan berada di tepi tasik dan membeli dari peniaga di dalam perahu.. tempatnya sangattt cantikk.. ok.. tak tahu nak gambarkan macam mana, lihatlah dalam gambar yer..
gerai dalam perahu! di Float Market..
tasik di tengah Float Market ni..
haha.. peace!
antara taman di Float market~
tudiaaa.. 
di float market, kami makan tgh hari, solat kerana selepas ini kami akan terus pulang ke Jakarta. Perjalanan 4 jam. Malam ini kami akan menginap pula di rumah teman kami Evi. Ibu dan ayahnya telah menantikan kami.. macam2 mereka masak.. masyaAllah! Enakk.. tambahan pula masakan ibu mmg sedap.. 3 kali aku tambah.. hambek!! Malam tu kami tidur dengan nyenyaknya..

29 Oktober 2015 (Jakarta)

Pagi ini aku bangun dan mengikut ayah Evi ke masjid naik moto.. nasib aku telah siapkan jubah.. Ayah evi memperkenalkanku dengan jemaah masjid.. aissh segannya.. ada jemaah yang menggunakan bahasa indonesia pekat, so, aku hanya tersenyum sahaja tanpa tahu apa yang di cakapnya.. haha~
bersama ayah Evi..

Pasar Pagi

Makanan pagi telah disediakan oleh ibu Evi.. sampai betul2 kenyang aku makan pagi ni.. betul2 berselera. Sebelum bertolak ke “bandara” atau airport, kami menyambil peluang menyapa jiran tetangga yang juga merupan keluarga Evi.. di hadapan rumahnya ada pasar pagi.. jalan2 dulu di pasar pagi melihat suasana. Orang jgn cakaplah, mmg ramai.. motornya lagi..

Tepat jam 08.30, kami berpamit dengan keluarga Evi dan bergerak ke Airport dengan menaiki kereta Jazz ayah Evi. Adiknya yang memandu. Sengaja kami keluar awal kerata dikhuatiri jalan sesak.. tetapi rupanya, jalan lancar.. so, sampai awallah di airport.. ga papa sih.. bisa santai2..


Terminal 2.. SHIA..

Malindo Airline~~

Tepat jam 13.50 (waktu jakarta), kami boarding dengan pesawat Malindo Air OD315. Jam 16.15 (waktu malaysia) kami selamat tiba di KLIA 2.. lantas kami naik bas JetStar ke TBS kerana aku parking kereta di situ..



ladang teh di puncak bandung.. luass ladangnya..

Inilah 6 hari short journey kami.. letihh tapi bestt..
ikut tu banyakk lagi gambar kenangan kitorang.. tapi cukuplah dulu sebagai utk berkongsi..
kepada teman2 di Jakarta (Putri, Solihin, Evi dan Jenni) terima kasihhh sangat2 yg x terhingga.. tumpangkan kami tidur di rumah.. siapkan makan.. temani kami.. susun jadual trip yg seruu (bestt).. happy aku dapat mengenali kalian.. persahabatan kita walaupun jauh beribu batu, tetapi sangt akrab..
kepada Filzati dan Sakinah, thanks soo much sebab sudi mengembara bersamaku.. tak tahu nak ungkap dah rasa terharu ini.. hee..

dan semua teman2 yang lain juga.. aku bersyukur dapat mengenali semua..

jom next trip~~~~~
kemana? haha.. jomlah plan..

3 ulasan:

Catatan Popular