12/12/15 – 3.00 pagi
Malaysia – UIAM
Bismillah..
Dengan nama Allah aku tulis dan dengan namaNya aku memohon
pertolongan dan kasih sayang..
Entah mengapa mata masih belum mahu terlelap.. fikiran pula
jauh melayang.. sehingga aku sendiri pun tak tahu apa yang aku fikirkan..
segalanya bersimpang siur.. kadang-kadang rasa semangat, rasa gembira, rasa
sunyi, rasa tertekan, rasa tiada apa2.. haa.. tidak tahuu.. maaflah jika
penulisan aku kali ni xde manfaat sangat.. sekadar melepaskan apa yg
membelenggu fikiran sahaja.. kadang2 hal kecil pun boleh buat aku sedih,
lemahnya diri ini.. tidak! Aku MESTI kuat! Dan aku memang KUAT! Masih mencari
diri yang sebenar.. apa yang aku nak kecapi dalam hidup dunia sementara ini?? Apa
yang aku nak sebenarnya?? Segalanya bermain di fikiran.. meratapi hidup yang
penuh pancaroba.. Jgn bimbang! Hadapi sahaja dengan tenang~~
Siapa teman kita.. siapa sahabat kita.. siapa di sisi kita
yang mencorakkan diri kita.. aku bersyukur di kurniakan teman2 yang baik.. Cuma
syaitan sentiasa membisik kepadaku untuk sentiasa “terasa hati” dalam berteman
ini. Padahal, itu hanyalah perasaan dan bisikan yg mencemburui.. kadangkala aku
di salah ertikan persahabatan itu.. entah.. aku pun xtahu nak cakap.. mungkin
aku yang keterlaluan atau memang diri aku x disenangi.. Ahh~ saja ja nk
lontarkan.. x betul pun.. haa~
Saban hari Allah memberikan kepadaku rakan yg datang dan
pergi.. satu ketika, dialah temanku saat itu, dan aku rasakan itulah teman yg
sanggup susah senang bersamaku sebagai sahabat.. tetapi akhirnya dia pergi… datang
pla sahabat yg lain atas sebab tertentu.. habis sebab itu, berlalulah dia tanpa
khabar berita lagi.. begitulah yang dilalui sepanjang hari demi hari.. Rilek!! Sahabat
yg baik sentiasa ada.. haha~ Cuma biasalah, masing2 sudah ada tugasan dan
tanggungjawab masing2.. aku juga mungkin menjadi teman dalam situasi2 yang
sama.. berlalu pergi tanpa khabar.. Apa alasan aku? Begitu juga dia..
salamatussodri akh! (berlapang dada saudara!).. haha~ ya! Xde hal lah..
Sebab tu, aku bertekad selagi peluang masih ada untuk
mencari seorang teman seumur hidup aku yang benar2 boleh menjadi teman, kawan
dan sahabat aku sampai aku mati.. haha~ kalian tahu lah siapa yang aku maksudkan..
itulah seorang isteri, yg juga org paling rapat dengan aku disaat aku tidur dan
jaga.. dia yang menyempurnakan diri aku dalam kehidupan dunia ini dan kehidupan
akhirat nanti.. berusaha bersama untuk ke syurga Allah dengan anak2 yang soleh
solehah yang sentiasa mendoakan untuk ibu dan ayahnya~ itu sahaja dunia.. sebab
kehidupan sebenar di akhirat nanti yg selama2nya.. kan??
Itu impian aku.. dan mungkin impian kalian juga kan?
Hanya doa jer dulu yang mampu aku tadahkan untuk
merealitikan impian ini. Disamping aku mencari.. dan terus mencari.. sebenar si
dia dah ada disekeliling kita sahaja.. mungkin telah bertemu.. haha~ tapi kita
masih tidak mengetahui.. kita hnya akan tahu di saat akad dilafazkan..itulah yg
betul2.. haha.. right??
So, bersabarlah untuk tunggu saat itu.. bagaimanapun dia di
saat itu, itulah segala2nya bagi kita.. itulah teman seumur hidupkita.. itulah
sahabat susah senang kita.. itu kawan gurau senda kita.. tpi bisakah dia hidup
dengan kita? Selalu bermain persoalan ini dalam fikiran.. membayangkan sesuatu
yg tak terjangkau dek fikiran kerana itu adalah masa depan.. masa depan kita
mampu merancang, tapi kita xtahu realitinya.. mungkin xseperti kita bayangkan..
jika lebih baik, Alhamdulillah.. jika sebaliknya, sebagai ujian kepada kita..
mohon lah sungguh2 kepada Allah supaya berikan kepada kita yang terbaik..
aishh~ jgn silap faham maksud yg terbaik itu! Yg terbaik itu adalah terbaik untuk
diri kita.. bukan terbaik pada pandangan orang.. kadang2 terbaik pada pandangan
org, x semestinya terbaik kepada diri kita.. contoh: bagi dia pekerjaan yg
terbaik adalah menjadi seorang doctor.. tpi bgi kita tak.. kerana kita
merasakan yg terbaik itu adalah perniagaan.. begitulah analoginya.. haha~
Ok lah~
Sesaje nak lontarkan perkara nie… berdoalah banyak2 kepada
Allah.. itu sahaja jalanNya buat masa ini. Siapa pun di sekeliling kita,
hargailah.. nanti bila dia tiada, kamu pasti merinduinya.. baik buruk dia
itulah diri dia.. kita sebagai temannya yg melengkapinya sebagai teman.. jangan
di pandang org lain, tapi lihat dulu diri kita.. lihat cermin, bercakaplah
kepada diri.. segala persoalan dalam fikiran lontarkan kepada diri.. dan
cubalah menjawab segala persoalan itu dengan cara yang paling berhikmah..
nescaya kita akan dapat jawapannya.. ini yg di panggil sebagai muhasabah..
haha~ ikut lah nk muhasabah ape pun.. muhasabah cinta.. muhasabah keyakinan
diri.. muhasabah kerja.. muhasabah apa2 sahaj lah..
Ok2~
Haa.. dah 2 kali ok dah.. so, setakat ni sje lah dulu
omongan aku ni.. haa~ spe yg bace tu, xde kena mengena dengan sesape yer..
saya, sharafi memohon jutaan kemaafan jika ada salah silap, khilaf dalam tindakan,
tutur bicara dan segalanya sepanjang perkenalan kita.. entah kenapa rasa sebak
sangat.. rasa terlalu sunyi.. arghh! Perasaan je tu! Jgn di layan.. ok2~ selamat2..
aku sentiasa doakan semua teman2 dan yg mengenaliku sentiasa sihat, happy dan
di permudahkan segala urusan.. walaupun tiada khabar diriku, tapi doaku
sentiasa untuk kalian.. dan aku sentiasa menunggu khabar kalian~ maafkan aku
xmenjadi teman yg perfect untuk kalian kerana aku tidak perfect~
Ok.. jom beristirehat dulu..
Wassalam..