http://i248.photobucket.com/albums/gg194/xairiey/assalaamualaikum11.gif

SelAmaT berSua waHai shBAt2ku~ akU tidAk taHu baGaimana nak muLakAn bLog iNi.. tAk paNdai naK ber'BLOG'.. haha~ dAn sEbEnaRnyA sEkaDar caTatAn peRibaDi dAn tiDak aDa keNa meNgenA dEnGan seSiaPa yEr~~ peace~~!

~Ahlan Wsahlan Wa Marhaban Bikum~

Sabtu, 12 Disember 2015

perasaan jer~

12/12/15 – 3.00 pagi
Malaysia – UIAM

Bismillah..
Dengan nama Allah aku tulis dan dengan namaNya aku memohon pertolongan dan kasih sayang..

Entah mengapa mata masih belum mahu terlelap.. fikiran pula jauh melayang.. sehingga aku sendiri pun tak tahu apa yang aku fikirkan.. segalanya bersimpang siur.. kadang-kadang rasa semangat, rasa gembira, rasa sunyi, rasa tertekan, rasa tiada apa2.. haa.. tidak tahuu.. maaflah jika penulisan aku kali ni xde manfaat sangat.. sekadar melepaskan apa yg membelenggu fikiran sahaja.. kadang2 hal kecil pun boleh buat aku sedih, lemahnya diri ini.. tidak! Aku MESTI kuat! Dan aku memang KUAT! Masih mencari diri yang sebenar.. apa yang aku nak kecapi dalam hidup dunia sementara ini?? Apa yang aku nak sebenarnya?? Segalanya bermain di fikiran.. meratapi hidup yang penuh pancaroba.. Jgn bimbang! Hadapi sahaja dengan tenang~~

Siapa teman kita.. siapa sahabat kita.. siapa di sisi kita yang mencorakkan diri kita.. aku bersyukur di kurniakan teman2 yang baik.. Cuma syaitan sentiasa membisik kepadaku untuk sentiasa “terasa hati” dalam berteman ini. Padahal, itu hanyalah perasaan dan bisikan yg mencemburui.. kadangkala aku di salah ertikan persahabatan itu.. entah.. aku pun xtahu nak cakap.. mungkin aku yang keterlaluan atau memang diri aku x disenangi.. Ahh~ saja ja nk lontarkan.. x betul pun.. haa~

Saban hari Allah memberikan kepadaku rakan yg datang dan pergi.. satu ketika, dialah temanku saat itu, dan aku rasakan itulah teman yg sanggup susah senang bersamaku sebagai sahabat.. tetapi akhirnya dia pergi… datang pla sahabat yg lain atas sebab tertentu.. habis sebab itu, berlalulah dia tanpa khabar berita lagi.. begitulah yang dilalui sepanjang hari demi hari.. Rilek!! Sahabat yg baik sentiasa ada.. haha~ Cuma biasalah, masing2 sudah ada tugasan dan tanggungjawab masing2.. aku juga mungkin menjadi teman dalam situasi2 yang sama.. berlalu pergi tanpa khabar.. Apa alasan aku? Begitu juga dia.. salamatussodri akh! (berlapang dada saudara!).. haha~ ya! Xde hal lah..

Sebab tu, aku bertekad selagi peluang masih ada untuk mencari seorang teman seumur hidup aku yang benar2 boleh menjadi teman, kawan dan sahabat aku sampai aku mati.. haha~ kalian tahu lah siapa yang aku maksudkan.. itulah seorang isteri, yg juga org paling rapat dengan aku disaat aku tidur dan jaga.. dia yang menyempurnakan diri aku dalam kehidupan dunia ini dan kehidupan akhirat nanti.. berusaha bersama untuk ke syurga Allah dengan anak2 yang soleh solehah yang sentiasa mendoakan untuk ibu dan ayahnya~ itu sahaja dunia.. sebab kehidupan sebenar di akhirat nanti yg selama2nya.. kan??

Itu impian aku.. dan mungkin impian kalian juga kan?

Hanya doa jer dulu yang mampu aku tadahkan untuk merealitikan impian ini. Disamping aku mencari.. dan terus mencari.. sebenar si dia dah ada disekeliling kita sahaja.. mungkin telah bertemu.. haha~ tapi kita masih tidak mengetahui.. kita hnya akan tahu di saat akad dilafazkan..itulah yg betul2.. haha.. right??

So, bersabarlah untuk tunggu saat itu.. bagaimanapun dia di saat itu, itulah segala2nya bagi kita.. itulah teman seumur hidupkita.. itulah sahabat susah senang kita.. itu kawan gurau senda kita.. tpi bisakah dia hidup dengan kita? Selalu bermain persoalan ini dalam fikiran.. membayangkan sesuatu yg tak terjangkau dek fikiran kerana itu adalah masa depan.. masa depan kita mampu merancang, tapi kita xtahu realitinya.. mungkin xseperti kita bayangkan.. jika lebih baik, Alhamdulillah.. jika sebaliknya, sebagai ujian kepada kita.. mohon lah sungguh2 kepada Allah supaya berikan kepada kita yang terbaik.. aishh~ jgn silap faham maksud yg terbaik itu! Yg terbaik itu adalah terbaik untuk diri kita.. bukan terbaik pada pandangan orang.. kadang2 terbaik pada pandangan org, x semestinya terbaik kepada diri kita.. contoh: bagi dia pekerjaan yg terbaik adalah menjadi seorang doctor.. tpi bgi kita tak.. kerana kita merasakan yg terbaik itu adalah perniagaan.. begitulah analoginya.. haha~

Ok lah~

Sesaje nak lontarkan perkara nie… berdoalah banyak2 kepada Allah.. itu sahaja jalanNya buat masa ini. Siapa pun di sekeliling kita, hargailah.. nanti bila dia tiada, kamu pasti merinduinya.. baik buruk dia itulah diri dia.. kita sebagai temannya yg melengkapinya sebagai teman.. jangan di pandang org lain, tapi lihat dulu diri kita.. lihat cermin, bercakaplah kepada diri.. segala persoalan dalam fikiran lontarkan kepada diri.. dan cubalah menjawab segala persoalan itu dengan cara yang paling berhikmah.. nescaya kita akan dapat jawapannya.. ini yg di panggil sebagai muhasabah.. haha~ ikut lah nk muhasabah ape pun.. muhasabah cinta.. muhasabah keyakinan diri.. muhasabah kerja.. muhasabah apa2 sahaj lah..

Ok2~

Haa.. dah 2 kali ok dah.. so, setakat ni sje lah dulu omongan aku ni.. haa~ spe yg bace tu, xde kena mengena dengan sesape yer.. saya, sharafi memohon jutaan kemaafan jika ada salah silap, khilaf dalam tindakan, tutur bicara dan segalanya sepanjang perkenalan kita.. entah kenapa rasa sebak sangat.. rasa terlalu sunyi.. arghh! Perasaan je tu! Jgn di layan.. ok2~ selamat2.. aku sentiasa doakan semua teman2 dan yg mengenaliku sentiasa sihat, happy dan di permudahkan segala urusan.. walaupun tiada khabar diriku, tapi doaku sentiasa untuk kalian.. dan aku sentiasa menunggu khabar kalian~ maafkan aku xmenjadi teman yg perfect untuk kalian kerana aku tidak perfect~
Ok.. jom beristirehat dulu..


Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular