http://i248.photobucket.com/albums/gg194/xairiey/assalaamualaikum11.gif

SelAmaT berSua waHai shBAt2ku~ akU tidAk taHu baGaimana nak muLakAn bLog iNi.. tAk paNdai naK ber'BLOG'.. haha~ dAn sEbEnaRnyA sEkaDar caTatAn peRibaDi dAn tiDak aDa keNa meNgenA dEnGan seSiaPa yEr~~ peace~~!

~Ahlan Wsahlan Wa Marhaban Bikum~

Isnin, 26 Disember 2011

Jom koreksi diri!!

ASSALAMUALAIKUM WBT..
Selamat sejahtera buat semua sahabat2 yang sedang membaca ketika ini..
Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita..

Alhamdulillah dengan keizinan dan inayah-Nya, kita msih diberi ruang dan peluang untuk hidup di dunia yang penuh pancaroba dan penipuan ini.. Sesungguhnya beruntunglah bagi sesiapa yang tidak terpedaya dengan kehidupan dunia ini..

Kita telah menempuh 2 alam.. dan sekarang kita berada dalam alam ke 3 iaitu alam dunia.. dan dihadapan kita masih ada 2 alam lagi yang kita akan tempuhi..
Sebelum kita lahir di dunia ini, kita telah menempuh alam rahim.. saat itu adalah saat yang sangat membahagiakan.. kerana itulah saat perpisahan kita dengan alam rahim ini membuatkan kita menangis.. Maka lahirlah kita di dunia ini dalam keadaan menangis dan bertelanjang bulat tanpa secebis pun pakaian.. Saat itu, tiada langsung perasaan malu atau apa2.. di dunia ini lah kita diajar dengan pelbagai rasa atau perasaan.. Dia ajar dengan pelbagai cabang ilmu sehinggalah sa,pai satu tahap manusia dah berani mempertikaikan  kejadian dan qada qadar yang telah ditetapkan Allah. Dengan egonya mereka berani melawan dan menolak apa yang telah diperintahkan oleh Allah.. Astaqfirullah!!
Sesungguhnya maha besar segala apa yang telah disusun oleh Allah swt.. Selepas kehidupan dunia ini, kita akan menempuh pla alam kubur @ alam barzah.. Saat ini, ramai manusia dalam penyesalan yang teramat sangat kerana tidak beramal ketika di alam dunia.. Tetapi segala penyesalan tidak berguna lagi kerana mereka akan dibangkitkan pla untuk alam terakhir iaitu alam abadi.. atau alam baqo.. Alam yang kekal selama2nya.. Ketika alam ini, ada 2 pilihan sahaja tempat tujuan.. sama ada SYURGA atau Neraka!!
Saat itu.. bergembiralah bagi sesiapa yang terpilih dalam syurga Allah dan sengsaralah bgi sesiapa yang akan dicampak ke dalam neraka... 
Oh sahabat2!!
Kemana kita nak pergi??
Kalau kita kata nk ke syurga, cukup  lagi tak segala bekalan kita?
Bekalan apa yang cukup, amal soleh ka atau sebaliknya??

MasyaAllah!
Rupanya bnyak perkara yang kita perlu usahakan kalau kita nak bersama2 nabi dan syuhada di dalam syurga... Of course!!
Contoh kronologi yang kita boleh lihat..
Kalau kita dari kedah nak pergi ke Selangor, yang pertama mesti sediakan kenderaan.. kna sediakan juga duit untuk petrol, tol, makan, penginapan, atau kecemasan.. dan kenderaan jga perlu di service supaya tiada masalah dalam perjalanan.. Kepada pemandu tu pla, mesti tahu jalan untuk ke selangor.. Kalau x, nak pergi selangor, tetapi menuju ke utara.. akhirnya sampai Thailand.. huhu~ selain tu, driver jga perlu stamina yang baik.. tidak letih.. tidak mengantuk dan sebainya.. nah, disini kita dapat lihat persediaan untuk sesatu perjalanan! so, untuk perjalan kehidupan ini jga memerlukan persediaan atau bekalan...
oleh itu, sama2 kita koreksi balik mengenai bekalan2 yang patut kita siapkan untuk menempuh 2 alam yang bakal datang..
Bekalan bagaimana yang nak kita siapkan.. adakah makanan, harta, atau sebarang meterial  yang lain??
Sama2lah kita bermuhasabah seketika.. supaya apa yang kita impikan dapat tercapai..
=)

Jumaat, 23 Disember 2011

Hayya bizikrillah~~ IIUM Grand Munajat

بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat2 seaqidah sekalian..
kali ni, ana nk kongsi ckit mngenai kelebihan zikrullah.. sebab skejap lagi (0330 am) ana kena mengetuai zikir munajat di Masjid UIAM.. Ini sebagai tazkirah untuk diri ana jga.. Sesungguhnya ana nie sangat2 xlayak untuk mengalunkan zikrullah ini apatah lagi di khalayak ramai.. Allahu akbar..!

Tapi aku terima juga jemputan ini kerana diriku yang memerlukan pengisian ini.. Semoga diri, jiwa, dan roh kita sentiasa berzikir dan mengingati Allah sentiasa.. bkan sahaja dalam program sebegini tetapi sentiasa basah di bibir kita dan terang dalam hati kita~ InsyaAllah..

Antara kelebihan zikrullah ialah:




1.Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.

2.Menimbulkan kejernihan,kemanisan pada hati dan wajah.

3.Mendapat kasih sayang,kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.

4.Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.

5.Mendapat penghormatan dan doa daripada malaikat.

6.Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini,di alam barzakh dan titian sirat nanti.

7.Membina rumah dan istana dalam syurga.Apabila kita berhenti berzikir,maka berhentilah pembinaannya di syurga.

8.Menjadi pendinding dan perisai daripada neraka.

9.Mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.

10.Menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.

11.Menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.

12.Membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan penyakit.


13.Menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
14.Menghapuskan dosa serta maksiat kecil.


Semoga kita semua termasuk dalam kalangan hambaNya yang sentiasa mengingatiNya~
سبحان الله
الحمد لله
الله أكبر
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khamis, 15 Disember 2011

Oh hati!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besara Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam..
dan kepada keluarga, sahabat baginda 
dan seluruh umat manusia..

Terasa di hati ingin berkongsi perasaan ini.. aku tak pasti adakah ini anugerah atau ujian dari Allah.. Saat ini aku merasa lemah dalam menghadapi mehnah kehidupan dan laluan berliku yang penuh dengan duri.. kadang kala aku terlalai.. aku terleka.. aku asyik dengan nikmat walaupun aku tahu ada lagi nikmat yang lebih istimewa.. nikmat selama2nya..
Sesungguhnya aku takut kepada Allah tapi mengapa aku tega untuk melakukannya..?? Erm~ mungkin aku hanya memenuhi permintaan perutku yang minta di isi tapi rohku? batinku? rohani aku?? aku mesti sedar!! bahawa ini mungkin kemungkinan mengapa aku menjadi begini..
Pembaca sekelian.. mungkin anda tertanya2.. apa benda yang aku nk sampaikan nie..:)
hehe.. aku pun tak tahu bagaimana nk ceritakan benda nie..

sebenarnya aku mempunyai satu perasaan yang serupa dengan perasaan semua orang apabila mula menginjak 20 an.. mungkin anda semua tahu perasaan apa itu..
Kata orang itu adalah fitrah bagi remaja seperti aku.. tapi?? adakah dengan alasan fitrah boleh menghalalkan apa yang haram.. kalau kita lihat realiti sekarang ni, remaja tanpa segan silu berpegang tangan, berpelukan di khalayak ramai.. perasaan.. perasaan juga.. hukum tetap kena jaga..

sebenarnya apa yang berlaku kepadaku, bukanlah seteruk itu.. tapi aku dalam ketakutan seandainya mata, tangan, kaki, telingan aku yang telah berzina!!! dengan mesej.. kata-kata.. pandangan.. Ya Rabb! susahnya nak menjaga semua itu.. aku akui.. pernah terlintas perasaan ingin menyayangi dan ingin disayangi.. tapi akhirnya aku perlu sedar bahawa diriku masih belum mampu nak menanggung tanggungjawab yang sangat besar.. 
tapi syaitan akan sentiasa menghasut.. " kalau tak terus terang, nanti melepas", "bagilah masing2 tahu awak suka aku dan aku suka awak", " mesej saja lah, jangan lah jumpa" dan macam-macam lagi godaan.. sehinggakan kita terfikir.. betul juga..
huh! hebat betul syaitan ni atau nafsu ni..

Tapi seandainya.. benar perasaan ini anugerah dari Allah~ bagaimana kita nak selesaikan??
mungkin setelah beristikharah.. berdoa, solat hajat dan sebagainya kita dapati dia memang benar2 untuk kita.. bagaimana nak suarakan..
ya! ada satu cara iaitu jumpa kedua ibupabanya.. tapi mereka nk terima ke sedangkan mengaji pun belum habis.. 
Oh Tuhan.. bantulah aku..  seandai aku ditakdirkan sebagai seorang perempuan, bagaimana aku nk beritahu lelaki tersebut.. ya Allah.. beri aku kekuatan~
Ini lah yang buatkan kita terpaksa mengikut rancangan jahat nafsu.. tapi kawan2, seandainya kita dibentengi dengan iman yang kuat dan makanan rohani yang mencukupi~ InsyaAllah kita dapat menghadapi semua ini dengan tenang..
Islam ada pelbagai penyelesaian.. sekiranya tidak mampu nk beritahu ibu bapa, carilah orang tengah yang boleh dipercayai untuk beritahu perasaan kita kepada si dia.. kemudian mulalah membuat persediaan bukan sahaja fizikal tetapi mental juga.. Bersedia rohani dan jasmani.. 
ataupun.. jika anda benar2 yakin tiada sebarang sms, perjumpaan atau apa2 yang boleh membawa zina.. ayuh silakan terus terang 'direct' kepada si dia.. 




Kesimpulannya.. ape yang penting ialah jauhi zina.. tingkatkan iman.. yakinlah cinta yang agung iaitu cinta illahi.. InsyaAllah kelak ada cinta agung untukmu daripada orang yang mencintai Allah:) saat itu.. oh.. indahnya hidup anda tidak terperi nikmatnya.. apatah lagi apabila dapat bertemu semula di syurga abadi^_^ 

Selasa, 6 Disember 2011

Kematian~ adalah saat yang pasti!!

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين. وعلى آله وصحبحى أجمعين
Bersyukurlah kita kepada Allah swt kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya kita masih lagi panjang umur dan diberi udara yang segar serta nikmat keamanan di muka bumi Allah ini..

Erm~ sahabat2 semua perasan x mengenai satu saat yang semakin hari semakin dikesampingkan.. semakin dilupakan.. semakin dibuang jauh2 daripada kotak pemikiran... sedangkan saat ini adalah saat yang PASTI akan dilalui oleh semua makhluk Allah yang bernyawa.. Saat terpisahnya roh dan jasad.. Saat yang datangnya malaikat Izrail untuk menjalankan tugas.. tak terlewat sesaat pun dan tak tercepat sesaat pun hamba Allah ini melaksanakan tugasnya. 


Sahabat2, setiap yang bernyawa pasti akan mati.. dan harus diingat bahawa kita sebagai umat Islam WAJIB untuk percaya bahawa akan ada kehidupan selepas kematian.. Iaitu kehidupan di negeri abadi, negeri akhirat. Disana nanti kita akan dihisab sejauh mana amalan yang kita lakukan di dunia.. Adakah amalan kita dipenuhi dengan kebaikan dan ketaatan kepada Allah?? atau penuh dengan kejahatan dan kemungkaran kepadaNya?? 
Ayuh sahabat2.. renunglah.. muhasabahlah kembali amalan seharian kita.. Kita semua tahu adanya syurga neraka.. Dan sesiapa sahaja pasti akan menjawab dengan penuh yakin bahawa dia ingin masuk ke dalam syurga apabila ditanyakan ingin masuk yang mana..
TAPI,
Bolehkah kita nak masuk syurga Allah yang tak terbayang keindahan, kenikmatannya jika hanya sekadar Solat 5 waktu kita yang entah bagaimana keadaannya, puasa yang hanya sebulan dalan setahun itu pun kalau puasa dengan sebenar2nya.. atau hanya dengan zakat yang dikeluarkan RM7 setahun ketika Ramadhan.. Yang tu sahaja ke kita nak jadikan bayaran atau taruhan untuk memiliki syurga Allah???
Sahabat2 yang dirahmati Allah..
Dunia ni sekejap je.. Akhirat itu kekal selama2nya.. Sebenarnya Allah dan sebut banyak sangat dah bagaimana kita nk mendapat syurga Allah.. antaranya tawaran yang Allah tawarkan kepada hambanya dalam surah Assof ayat 10:-



Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (10)
(Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, (11)


niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (12)

Jadi sahabat2, jangan tunggu lagi untuk melaksanakan apa yang Allah perintahkan iaitu beriman dengan Allah dan rasulnya dengan sebenar2nya, dan kamu berjihad bersungguh2 untuk menegakkan agama Allah dengan harta dan jiwa kamu.. Bagaimana nak berjihad?? InsyaAllah selepas ini kita akan merungkai berkenaan jihad pula..


Akhir sekali... Ayuh kita rancang dan bina seni apakah kematian kita nanti.. Kita nak bagaimana keadaan kematian kita nanti.. Mati dalam beribadah.. Mati dalam menuntut Ilmu.. ataupun bagaimana?? Berdoalah selalu kepada Allah semoga kematian kita adalah husnul khatimah.. InsyaAllah..




Ayuh! sama2 kita berpuasa sunat Hari Asyura'~


Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.
Dari hadis riwayat Muslim bebrunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.
Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud,“Hari ini adalah hari yang besar dimana Allaah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم”bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”.  Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda“أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud, “Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel keatas Firaun”.يعني رمضان) وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.
Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?
Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim). Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).
Ibadat puasa adalah salah satu tunggak Islam terpenting dalam membina rijal Dakwah dan generasi masadepan Islam yang gemilang.
Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata  bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.
Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis “حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Dikalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai laangkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.
Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.
Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.
Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk syarah hadis Muslim no 1136).
Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita kea rah mendaulatkan kembali Islam di Negara, rantau dan dunia ini. Ameen.

Sabtu, 3 Disember 2011

Islam itu indah bagi sesiapa yang menghayatinya~

Salam kesejahteraan untuk semua..

Erm~ sebenarnya tak tahu apa yang ana nak kongsikan.. tapi daripada blog ini bersawang baik ana coretkan sikit2.. Ana nie bukanlah seorang 'ustaz' untuk memperkatakan soal agama dan bukan juga seorang 'motivator' untuk memberi apa2 motivasi.. 
tapi sebagai manusia dan juga sebagai khalifah yang Allah anugerahkan kepada kita maka ana nukilkan juga realiti atau situasi yang berlaku sekarang nie..
Sebenarnya ana tak faham kenapa masyarakat kita sangat2 pandang enteng kepada orang2 yang nk jalankan dakwah Islam (nk mengamalkan Islam)..
Seolah2 orang yang bawa Islam ini sesuatu yang pelik..
Contohnya realiti yang berlaku sekarang..
Orang tak malu kalau pakai 'baju adik'..
tpi malu kalau berkaian labuh.. macam tudung ke.. jubah ke..
ada jer kata2 kot belakang..
'tak ikut arus kemodenanlah..'
'kampunglah..'
ermm.. entahlah manusia zaman sekarang..
Itu baju pasal pakaian..
Belum tengok lagi dari segi sosial, muzik, budaya..
Senang cerita.. semuanya nak moden belaka la..
terdedah sana, terdedah sini..
melalak sana, melalak sini..
gelak tawanya..
kata mereka..
'Hidup mesti enjoy!!' Enjoy apa macam tu???
Ya.. ana tahu sebagai fitrah seorang masusia.. mendambakan keseronokan.. nak gembira.. Tapi sebagai orang Islam ada batasannya.. sebab apa??
Sebab selepas ini kita ada lagi kehidupan yang lebvih enjoy.. lebih happy.. lebih syoq dan lebih nikmat daripada segala nikmat yang ada kat dunia ini.. Ana rasa semua orang tahu apakah kehidupan itu.. tanyalah kepada sesiapa pun.. nak tak kehidupan itu?? semua akan jawab 'nak'.. Tapi apa usahanya?? hampeh!! kalau kita adalah pemain bola.. boleh ke kita dapatkan piala tanpa usaha nk menjaringkan gol? kalau kita seorang peniaga.. boleh ke hanya goyang kaki, tidur pastu tak ada apa2 usaha tiba2 nak kaya raya?? tidakkan sahabat2..?? semuanya perlukan usaha..
begitu juga kalau kita nak masuk syurga Allah yang masyaAllah tak dapat digambarkan kenikmatannya kita mesti berusaha.. Bagaimana usahanya?? kembalilah kepada Allah dan Rasulnya.. Setiap fitrah manusia dah ada jalan penyelesaiannya..
Islam itu indah sahabat2~
Carilah dan dalamilah Islam.. Seandainya Islam telah kau jumpai, rasailah kemanisannya.. ya'ni kemanisan memeluk Islam.. kau hanya akan rasai bilamana kau dapat hayatinya.. saat itu, tak apa dah yang dapat memisahkan anda.. sehinggakan anda sanggup mati kerananya!!!  
Allahu Akbar!!!


Kau sabar ke tak??

Subhanallah..
Setiap apa yang Kau jadikan mesti ada hikmahnya..


Dalam kesabaran ada kesenangannya..
Dalam kesenangan ada kesyukurannya..
Dalam kesyukuran ada kenikmatannya..
Dalam kenikmatan ada kemanisannya..
Dalam kemanisan ada rahmatnya..
Rahmat daripada Allah..
Itulah yang didambakan..
Oleh itu..
Bersabarlah dalam apa jua keadaan..
Sesungguhnya bergembiralah bagi orang2 yang bersabar^_^

Sabar separuh daripada Iman~
    

Syukur.. syukur... Alhamdulillah~

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Dengan Izin dan Limpah kurniaNya
aku masih diberi pelbagai nikmat 
nikmat iman, islam, udara yang kusedut ini..
kesihatan tubuh badan..
kesempurnaan jasad..
dan banyak lagi nikmat yang Allah telah kurniakan...
TAPI..
Adakah aku termasuk dalam kalangan orang yang bersyukur????
Ya Allah..
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur..
Jadikanlah aku hambaMu yang beriman dan bertaqwa kepadaMu..
sesungguhnya aku lemah dengan keasyikan dunia ini..
w'laupun aku sedar keasyikan di syurga lebih nikmat..
Tapi aku alpa.. aku cuai.. aku leka..
Ya Allah..
Hanya kepadaMu sahaja aku mengharap pertolongan..
Hanya kepadaMu sahaja aku memohon pengampuanan..
Bantula aku.. Ampunkanlah dosaku..
Semoga aku menjadi hambaMu yang bersyukur..
Semoga aku menjadi hambaMu yang beriman..
Allahhhhhhh~


Dakwah & tarbiah.. bukan untuk orang yang manja!!

Dakwah bukan untuk orang yang takut untuk bergerak dan mencabar diri.Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan, melarikan diri, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, dan cepat terasa.Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang dan mudah untuk dia ikuti, yang penat, bersusah payah mengelak.Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan. Jika tidak, batang hidung pun tak nampak.Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami,yang mengikuti hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan di saat dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang
didapat, tidak dikongsi dengan yang lain.

yang cepat mengalah,yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan acara-acara ‘penting’ yang lain.yang hanya pandai bercakap (dan menulis), tapi amal kosongyang hanya tahu membandingkan jamaah itu dengan jamaah ini, yang hanya boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam sesebuah harakah, sesuatu jamaah.Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan "last minute"Dakwah bukanlah untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah.Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan diberitahu dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu informasi.Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,Tanpa tarbiyyah,Tanpa dakwahBelum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tidak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.Berbahagialah seadanya.


"
Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~

Ahad, 6 November 2011

Langkah pertamaku~


Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Aku cuba untuk menulis dalam ruang ini sebagai permulaan untuk mencurahkan sedikit idea2 yang tidak seberapa ini.. Semoga kita semua benar2 menjadi hamba-Nya yang beriman lagi beramal soleh~ Cintailah Allah kerana sesungguhnya itulah cinta yang abadi dan kekal selamanya..

Catatan Popular