بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين. وعلى آله وصحبحى أجمعين
Bersyukurlah kita kepada Allah swt kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya kita masih lagi panjang umur dan diberi udara yang segar serta nikmat keamanan di muka bumi Allah ini..
Erm~ sahabat2 semua perasan x mengenai satu saat yang semakin hari semakin dikesampingkan.. semakin dilupakan.. semakin dibuang jauh2 daripada kotak pemikiran... sedangkan saat ini adalah saat yang PASTI akan dilalui oleh semua makhluk Allah yang bernyawa.. Saat terpisahnya roh dan jasad.. Saat yang datangnya malaikat Izrail untuk menjalankan tugas.. tak terlewat sesaat pun dan tak tercepat sesaat pun hamba Allah ini melaksanakan tugasnya.
Sahabat2, setiap yang bernyawa pasti akan mati.. dan harus diingat bahawa kita sebagai umat Islam WAJIB untuk percaya bahawa akan ada kehidupan selepas kematian.. Iaitu kehidupan di negeri abadi, negeri akhirat. Disana nanti kita akan dihisab sejauh mana amalan yang kita lakukan di dunia.. Adakah amalan kita dipenuhi dengan kebaikan dan ketaatan kepada Allah?? atau penuh dengan kejahatan dan kemungkaran kepadaNya??
Ayuh sahabat2.. renunglah.. muhasabahlah kembali amalan seharian kita.. Kita semua tahu adanya syurga neraka.. Dan sesiapa sahaja pasti akan menjawab dengan penuh yakin bahawa dia ingin masuk ke dalam syurga apabila ditanyakan ingin masuk yang mana..
TAPI,
Bolehkah kita nak masuk syurga Allah yang tak terbayang keindahan, kenikmatannya jika hanya sekadar Solat 5 waktu kita yang entah bagaimana keadaannya, puasa yang hanya sebulan dalan setahun itu pun kalau puasa dengan sebenar2nya.. atau hanya dengan zakat yang dikeluarkan RM7 setahun ketika Ramadhan.. Yang tu sahaja ke kita nak jadikan bayaran atau taruhan untuk memiliki syurga Allah???
Sahabat2 yang dirahmati Allah..
Dunia ni sekejap je.. Akhirat itu kekal selama2nya.. Sebenarnya Allah dan sebut banyak sangat dah bagaimana kita nk mendapat syurga Allah.. antaranya tawaran yang Allah tawarkan kepada hambanya dalam surah Assof ayat 10:-
ياأيها الذين آمنوا هل أدلكم على تجارة تنجيكم من عذاب أليم ( 10 ) تؤمنون بالله ورسوله وتجاهدون في سبيل الله بأموالكم وأنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون ( 11 ) يغفر لكم ذنوبكم ويدخلكم جنات تجري من تحتها الأنهار ومساكن طيبة في جنات عدن ذلك الفوز العظيم ( 12 )
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (10) |
niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (12) |
Jadi sahabat2, jangan tunggu lagi untuk melaksanakan apa yang Allah perintahkan iaitu beriman dengan Allah dan rasulnya dengan sebenar2nya, dan kamu berjihad bersungguh2 untuk menegakkan agama Allah dengan harta dan jiwa kamu.. Bagaimana nak berjihad?? InsyaAllah selepas ini kita akan merungkai berkenaan jihad pula..
Akhir sekali... Ayuh kita rancang dan bina seni apakah kematian kita nanti.. Kita nak bagaimana keadaan kematian kita nanti.. Mati dalam beribadah.. Mati dalam menuntut Ilmu.. ataupun bagaimana?? Berdoalah selalu kepada Allah semoga kematian kita adalah husnul khatimah.. InsyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan