http://i248.photobucket.com/albums/gg194/xairiey/assalaamualaikum11.gif

SelAmaT berSua waHai shBAt2ku~ akU tidAk taHu baGaimana nak muLakAn bLog iNi.. tAk paNdai naK ber'BLOG'.. haha~ dAn sEbEnaRnyA sEkaDar caTatAn peRibaDi dAn tiDak aDa keNa meNgenA dEnGan seSiaPa yEr~~ peace~~!

~Ahlan Wsahlan Wa Marhaban Bikum~

Khamis, 15 Disember 2011

Oh hati!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besara Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam..
dan kepada keluarga, sahabat baginda 
dan seluruh umat manusia..

Terasa di hati ingin berkongsi perasaan ini.. aku tak pasti adakah ini anugerah atau ujian dari Allah.. Saat ini aku merasa lemah dalam menghadapi mehnah kehidupan dan laluan berliku yang penuh dengan duri.. kadang kala aku terlalai.. aku terleka.. aku asyik dengan nikmat walaupun aku tahu ada lagi nikmat yang lebih istimewa.. nikmat selama2nya..
Sesungguhnya aku takut kepada Allah tapi mengapa aku tega untuk melakukannya..?? Erm~ mungkin aku hanya memenuhi permintaan perutku yang minta di isi tapi rohku? batinku? rohani aku?? aku mesti sedar!! bahawa ini mungkin kemungkinan mengapa aku menjadi begini..
Pembaca sekelian.. mungkin anda tertanya2.. apa benda yang aku nk sampaikan nie..:)
hehe.. aku pun tak tahu bagaimana nk ceritakan benda nie..

sebenarnya aku mempunyai satu perasaan yang serupa dengan perasaan semua orang apabila mula menginjak 20 an.. mungkin anda semua tahu perasaan apa itu..
Kata orang itu adalah fitrah bagi remaja seperti aku.. tapi?? adakah dengan alasan fitrah boleh menghalalkan apa yang haram.. kalau kita lihat realiti sekarang ni, remaja tanpa segan silu berpegang tangan, berpelukan di khalayak ramai.. perasaan.. perasaan juga.. hukum tetap kena jaga..

sebenarnya apa yang berlaku kepadaku, bukanlah seteruk itu.. tapi aku dalam ketakutan seandainya mata, tangan, kaki, telingan aku yang telah berzina!!! dengan mesej.. kata-kata.. pandangan.. Ya Rabb! susahnya nak menjaga semua itu.. aku akui.. pernah terlintas perasaan ingin menyayangi dan ingin disayangi.. tapi akhirnya aku perlu sedar bahawa diriku masih belum mampu nak menanggung tanggungjawab yang sangat besar.. 
tapi syaitan akan sentiasa menghasut.. " kalau tak terus terang, nanti melepas", "bagilah masing2 tahu awak suka aku dan aku suka awak", " mesej saja lah, jangan lah jumpa" dan macam-macam lagi godaan.. sehinggakan kita terfikir.. betul juga..
huh! hebat betul syaitan ni atau nafsu ni..

Tapi seandainya.. benar perasaan ini anugerah dari Allah~ bagaimana kita nak selesaikan??
mungkin setelah beristikharah.. berdoa, solat hajat dan sebagainya kita dapati dia memang benar2 untuk kita.. bagaimana nak suarakan..
ya! ada satu cara iaitu jumpa kedua ibupabanya.. tapi mereka nk terima ke sedangkan mengaji pun belum habis.. 
Oh Tuhan.. bantulah aku..  seandai aku ditakdirkan sebagai seorang perempuan, bagaimana aku nk beritahu lelaki tersebut.. ya Allah.. beri aku kekuatan~
Ini lah yang buatkan kita terpaksa mengikut rancangan jahat nafsu.. tapi kawan2, seandainya kita dibentengi dengan iman yang kuat dan makanan rohani yang mencukupi~ InsyaAllah kita dapat menghadapi semua ini dengan tenang..
Islam ada pelbagai penyelesaian.. sekiranya tidak mampu nk beritahu ibu bapa, carilah orang tengah yang boleh dipercayai untuk beritahu perasaan kita kepada si dia.. kemudian mulalah membuat persediaan bukan sahaja fizikal tetapi mental juga.. Bersedia rohani dan jasmani.. 
ataupun.. jika anda benar2 yakin tiada sebarang sms, perjumpaan atau apa2 yang boleh membawa zina.. ayuh silakan terus terang 'direct' kepada si dia.. 




Kesimpulannya.. ape yang penting ialah jauhi zina.. tingkatkan iman.. yakinlah cinta yang agung iaitu cinta illahi.. InsyaAllah kelak ada cinta agung untukmu daripada orang yang mencintai Allah:) saat itu.. oh.. indahnya hidup anda tidak terperi nikmatnya.. apatah lagi apabila dapat bertemu semula di syurga abadi^_^ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular