بسم الله الرحمن الرحيم
Sahabat2 seaqidah sekalian..
kali ni, ana nk kongsi ckit mngenai kelebihan zikrullah.. sebab skejap lagi (0330 am) ana kena mengetuai zikir munajat di Masjid UIAM.. Ini sebagai tazkirah untuk diri ana jga.. Sesungguhnya ana nie sangat2 xlayak untuk mengalunkan zikrullah ini apatah lagi di khalayak ramai.. Allahu akbar..!
Tapi aku terima juga jemputan ini kerana diriku yang memerlukan pengisian ini.. Semoga diri, jiwa, dan roh kita sentiasa berzikir dan mengingati Allah sentiasa.. bkan sahaja dalam program sebegini tetapi sentiasa basah di bibir kita dan terang dalam hati kita~ InsyaAllah..
Antara kelebihan zikrullah ialah:
1.Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
2.Menimbulkan kejernihan,kemanisan pada hati dan wajah.
3.Mendapat kasih sayang,kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
4.Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
5.Mendapat penghormatan dan doa daripada malaikat.
6.Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini,di alam barzakh dan titian sirat nanti.
7.Membina rumah dan istana dalam syurga.Apabila kita berhenti berzikir,maka berhentilah pembinaannya di syurga.
8.Menjadi pendinding dan perisai daripada neraka.
9.Mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
10.Menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
11.Menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
12.Membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan penyakit.
13.Menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
14.Menghapuskan dosa serta maksiat kecil.
Semoga kita semua termasuk dalam kalangan hambaNya yang sentiasa mengingatiNya~
سبحان الله
الحمد لله
الله أكبر
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan